Monday, January 11, 2010

Teruslah berjuang untuk remaja Siam di Malaysia.


Saya amat kagum dengan perkembangan terbaru golongan Alumni Ruamthai. Pada 12 & 13 Dec 2009 yang lepas mereka telah mengadakan Perjumpaan Alumni Ruamthai ke 3 di Wat Chetawan, Petaling Jaya. Turut hadir ialah Than Bun dan juga Than Phiang daripada Kelantan.

Saya amat sanjung kesungguhan Than Bun dan Than Phiang menjadi tulang belakang kepada pergerakan Ruamthai hampir 20 tahun. Saya rasa tiada orang yang bergelar Bhikkhu seperti beliau yang sanggup berkorban demi untuk membantu dan memimpin anak-anak Siam kita pada hari ini.

Kebanyakan golongan bhikkhu hari ini lebih fokus kepada projek mencari duit dan juga pangkat. Tiada siapa yang sanggup berkorban untuk membangunkan modal insan di kalangan remaja Siam kita pada hari ini.

Saya berharap agar mereka yang terlibat dengan kerja-kerja sosial ini terus berjuang. Pentingkanlah kualiti dan jangan goyah dengan kuantiti yang kecil. Jangan mudah putus asa bila menghadapi masalah. Terus bangkit berjuang walaupun jatuh. Saya percaya suatu hari nanti orang buta pun akan nampak hasil usaha anda.

Walaupun saya juga pernah jadi Setiausaha Seminar Ruamthai, saya tak dapat hadir kerana ada komitmen lain. Saya akan sentiasa bersama-sama dengan masyarakat Siam tetapi dalam landasan yang berbeza dan lebih mencabar. Saya berharap agar kita akan bergabung suatu hari nanti walaupun kita berada dalam landasan yang berbeza. Tetapi perjuangan kita tetap sama.

2 comments:

  1. syabas kepada remaja siam....!

    ReplyDelete
  2. remaja siam kini harus digilap dengan teliti oleh pihak yang mempunyai latar belakang kerjaya yang murni dan berpendidikan supaya mereka tidak tergelincir daripada falsafah pendidikan negara.

    pandangan: Kru Di Sriudum

    ReplyDelete