Sunday, June 13, 2010

Pak Menteri Kelentong SIAM BUMIPUTERA.


Kaum Siam bumiputera - Nazri

TUMPAT 12 Jun - Masyarakat Siam Kelantan dan di beberapa negeri di Semenanjung yang kesemuanya dianggarkan kira-kira 60,000 orang adalah kaum bumiputera di negara ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Masyarakat minoriti itu mempunyai hak yang sama dengan warga pribumi lain di samping menikmati pelbagai kemudahan yang disediakan oleh kerajaan, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Wanita Siam Dalam Era Globalisasi di Wat Machimmaram, Kampung Jubakar di sini hari ini.

Majlis sehari itu dihadiri kira-kira 400 wanita masyarakat Siam yang tinggal di kawasan Tumpat dan Pasir Mas dalam usaha meningkatkan kefahaman golongan terbabit sebagai warga negara ini.

Sehubungan itu, Mohamed Nazri yang juga Penaung Persatuan Siam Malaysia menyarankan semua pihak agar memahami status kewarganegaraan yang dinikmati oleh masyarakat Siam di negara ini sebagaimana diperoleh kaum bumiputera lain.

Mengenai kedudukan kira-kira 100 orang masyarakat itu di Kelantan mempunyai kad pengenalan merah sedangkan mereka tinggal sejak awal lagi dan boleh membeli tanah sendiri di Kelantan, beliau berkata perkara itu akan disiasat sebelum tindakan susulan diambil.

"Kita harap ketua masyarakat Siam dapat menyenaraikan nama-nama mereka dan beri kepada saya bagi tindakan susulan... kalau betul tidak salah dia mempunyai kad pengenalan biru," katanya. - BERNAMA

Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0613&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_10.htm

The Star OnlinePublished: Saturday June 12, 2010 MYT 3:42:00 PM

Siamese community enjoys Bumi rights: Nazri

TUMPAT: Some 60,000 Siamese in the peninsular, who are categorised as Bumiputeras, enjoy Bumiputera rights like the Malays, said Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

"As such, all quarters must accord them the Bumiputera rights like other Bumiputeras," he told reporters after opening the Women in the Globalisation Era at the Machimmaram Siamese Temple at Kampung Jubakar here Saturday.

Mohamed Nazri, who is also the patron of the Malaysian Siamese Association, said Siamese living along the border of Thailand with Kelantan, Kedah, Perlis and Perak had lived in the country for a long time.

He urged all quarters to understand the Siamese citizenship status and accord them the Bumiputera rights.On the problem of about 100 Siamese without identity cards in Kelantan, Mohamed Nazri said he would investigate the matter.

About 400 Siamese women from Tumpat and Pasir Mas attended the seminar, which is meant to enlighten them on their citizen rights. - Bernama

Ini lagi satu kelentong orang-orang politik terhadap kaum Siam di Malaysia. Kalau betul kita diberi taraf Bumiputera, kenapa Pak Menteri tak suarakan dalam Parlimen? Kenapa tak ubah Perlembagaan Malaysia Perkara 160 (2)? Kenapa hanya lantang kat luar saja? Kalau tak ada kuasa nak ubah Perlembagaan Malaysia perkara 160 (2) jangan dok kelentong kaum Siam lagi. Mudah sangat ke?,, kelentong kaum Siam utk meraih sokongan utk undi BN lagi pada PRU13 nanti.

14 comments:

  1. Tak usah dok cayo la....menteri ckp x leh pakai punya...perlembagaan ckp baru buleh pakai..jadi bola lagi org siam sempena FIFA world cup ni..555!

    ReplyDelete
  2. Kelentong orang Siam tak perlu bayar. Cuba kelentong kaum lain, padah jadinya. Kaum India, misalnya sudah berani bangun melawan BN sehingga takut BN dibuatnya. Yang terbaru 50 orang pelajar India dapat geran RM15,000 seorang daripada kerajaan. Pelajar Siam yang dikatakan Bumiputera dapat berapa?

    ReplyDelete
  3. Paling saya sedih ialah masih ramai lagi orang Siam suka berada di bawah tempurung. Bila orang Siam ada masalah dengan kerajaan, tak berani nak bersuara,, tak berani nak dedahkan. Bila org lain bersuara depa kata mencari publisiti murahan pulak.

    Depa kata tak bagus la dedah melalui blog.. kena jumpa PM la baru boleh selesai masalah. Hang ingat tak, berapa kali pemimpin kita dapat berjumpa dengan PM utk atasi masalah org Siam. Kalau jemput PM mai ucap atau rasmi apa2 semasa dekat pilihraya Umum tu rasanya boleh la.

    Memorundum yg dah beri kepada PM (pak Lah) oleh PSM semasa PM mai Wat Naka itu hari ada apa2 tindakan yg PM dah ambil. Memorundun yg PSK bagi PM (pak Najib) semasa PM mari raikan Hari Raya Puasa di rumah Pegawai Khasnya (Tok Li) di Padang Terap tu dah jadi lagu mana?

    Jumpa PM pun rasanya tak ada maknanya. Org Siam kena ada pendirian, kerajaan mana sokong orang Siam kerajaan itu harus kita sokong. Jangan sia-siakan undi orang Siam walaupun satu.

    ReplyDelete
  4. Kg Jubakar sari dua ni glamer weh..kelmarin nazri pi umum siam bumi...16 jun ni PM nak pi plk kg.jubakar ni..umum gapo plk deh?...Ada sapo2 tau ke?

    ReplyDelete
  5. Siam Kelate tak bodoh,, kelentong pi la. Nik Aziz tetap di hati..

    ReplyDelete
  6. ana saran demo semua protes dgn tidak keluar undi PRU ke13,kita kena start heboh dari skrg,bkn hampir-hampir dekat-dekat PRU,ini adalah suggest alternatif untuk meraka dapat merasa hak kita..


    regards hinghoi

    ReplyDelete
  7. mana buleh x keluar ngundi..apa punya saranan ni...

    ReplyDelete
  8. Tidak seorangpun manusia yang mengisi borang sebelum ia dilahirkan didunia ini untuk memilih negaranya, bangsanya, keluarganya, agamanya, jantinanya dan sebagainya...tak tau la puak tu dah isi borang sebelum beranak kat dunia ni...

    Kalau dapat pilih hangpa nak pilih jadi puak tu jugak ka???

    ReplyDelete
  9. Saranan untuk boikot ngundi tak matang dan tak masuk akal langsung...

    ReplyDelete
  10. statistik adalah sangat penting sebagai maklumat untuk kajian atau bahan rujukan. Sehubungan itu, bilangan masyarakat siam sebanyak 60,000 orang yang disebut-sebut itu kalau tak salah angka ini diambil sejak Senator Dato' Charen Intracat menjadi Senator lagi (Tahun 2000) . Masyarakat siam perlu ditengok kembali angka tersebut. Sekiranya kita ambil mengiraan secara rambang kenaikan minima 2 % setahun, mungkin sekarang kita sudah mencecah 75,000 orang. Perkara ini kita semua perlu sama-sama ambil perhatian dan kalau boleh buat kajian terperinci supaya mendapatkan bilangan sebenar.Kita tidak mahu angka-angka yang ditonjolkan tidak releven lagi.

    ReplyDelete
  11. Statistik adalah sangat penting sebagai maklumat untuk kajian atau bahan rujukan. Sehubungan itu, bilangan masyarakat siam sebanyak 60,000 orang yang disebut-sebut itu kalau tak salah angka ini diambil sejak Senator Dato' Charen Intracat menjadi Senator lagi (Tahun 2000) . Masyarakat siam perlu ditengok kembali angka tersebut. Sekiranya kita ambil mengiraan secara rambang kenaikan minima 2 % setahun, mungkin sekarang kita sudah mencecah 75,000 orang. Perkara ini kita semua perlu sama-sama ambil perhatian dan kalau boleh buat kajian terperinci supaya mendapatkan bilangan sebenar.Kita tidak mahu angka-angka yang ditonjolkan tidak releven lagi.

    ReplyDelete
  12. KALAU KERAJAAN BETUL BETUL PRIHATIN MASUKKAN LA KITA SAMA MACAM IBAN,KADAZAN,MULUT DAN SEBAGAINYA..CUMA TAMBAHKAN SIAM DALAM KLUSA PERLEMBAGAAN TERSEBUT..MEMANG BUMIPUTERA PUN KITA NI.TAPI BETUL LA DILEMA NI TELAH DIHIDAPI SEJAK DULU LAGI...SAMPAI SEKARANG AKU DAH 35 TAHUN PUN BELUM DAPAT DISELESAIKAN LAGI..NAK MASUK U DULU KENA LAWAN DGN CINA,INDIA...NAK MASUK MATRIK TAK BOLEH,NAK BELI TANAH YANG RIZAB MELAYU TAK BOLEH TAPI GERAN YANG DOK ADA NAMA SENDIRI PUN RIZAB MELAYU CUMA BOLEH JUAL KEPADA MELAYU KALAU NAK BELI BALIK TAK BOLEH,,KALAU JUAL SAMA ORANG SIAM BOLEH BELI BALIK..FUH PENING..NAK BERNIAGA INGAT BOLEH BUAT PINJAMAN MARA, ITUPUN TAK BOLEH....KENA LA PINJAM DEKAT ALONG HA HA..NAK MINTA JADI KONTRAKTOR KELAS F PUN TAK BOLEH...NAK MINTA KONTRAKTOR KELAS BESAR..A,B,C,D CUMA DAPAT TERBUKA..TAK DAPAT TARAF BUMI...NAK PI LAWAN DENGAN KONTRAKTOR CINA SUSAH LA..MEREKA ADA PERSATUAN DAN KUASA EKONOMI YANG KUAT...NAK MINTA KEMENTERIAN KEWANGAN PUN DAPAT TERBUKA TAK DAPAT TARAF BUMI....NAK BELI RUMAH ATAU KEDAI SESETENGAH SYARIKAT BAGI ADA SESETENGAH SYARIKAT PEMAJU YANG TAK BAGI..HARGA DAN LOT BUMIPUTRA....FUH FUHHHH FUHHHH DILEMA SIAM 53 TAHUN SEJAK MERDEKA..........

    ANAK SIAM JATI...
    PENYOKONG KUAT UMNO
    PENYOKONG KUAT BARISAN NASIONAL
    SEJAK AZALI

    ReplyDelete
  13. undi dalam pilihanraya adalah kewajipan individu sebagai warganegara malaysia,tak kiralah bumiputera ke tidak bumiputera.undi ditangan anda terpulanglah anda nak mengundi pihak mana...saranan untuk tidak keluar mengundi dlm pru13 tidak masuk akal...fikir2 lah

    ReplyDelete
  14. Orang Siam adalah bumiputera... sebelum pilihanraya umum.
    Orang Siam adalah bumiputera...bila ada pilihnraya kecil.
    Orang Siam adalah bumiputera...bila Pak Menteri datang melawat.
    Orang Siam adalah bumiputera...bila kerajaan perlukan undi!!!

    ReplyDelete