YB Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil akan merasmikan Program Skuad Sayang Negeri Kedah dan Parlimen Pendang di Kampung Tok Set, Pendang, Kedah pada 24 Jun 2010 jam 2.00 petang. Kampung Tok Set merupakan perkampungan kaum Siam dan Tok ketuanya bernama Nai Reang yang merupakan Penyelaras Masyarakat Siam Daerah Pendang merangkap AJK UMNO Bahagian Pendang.
Aturcara Majlis:
11.00 pg - Ketibaan orang ramai.
11.3o pg - Pertandingan Aspek Wanita.
1.oo tgh - Jamuan Makan dan Persembahan
2.00 ptg - Ketibaan YB Senator Dato' Seri Shahrizat Abd Jalil.
2.05 ptg - Persembahan Kebudayaan Siam.
2.10 ptg - Ucapan Aluan YB Suraya Yaacob, ADUN Sg. Tiang merangkap Pesuruhjaya Skuad Sayang Bahagian Pendang.
2.15 ptg - Ucapan YBhg. Dato' Paduka Haji Md Rozai Haji Shafian, Ketua UMNO bahagian Pendang merangkap Pengerusi Mayang Daerah Pendang.
2.30 ptg - Ucapan YBhg Datuk Maznah Binti Abdul Hamid, Pesuruhjaya Skuad Sayang Negeri Kedah.
2.45 ptg - Ucapan Perasmian oleh YB Senator Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merangkap Pesuruhjaya Skuad Sayang Kebangsaan.
3.15 ptg - Perasmian Skuad Sayang Pergerakan Wanita UMNO Negeri Kedah dan Parlimen Pendang dan Penyampaian Sumbangan kepada penerima bantuan.
3.40 ptg - Lawatan ke rumah pesakit kronik (lumpuh).
4.00 ptg - Bersuarai.
La ni awat semua menteri pakat mai kg Siam. Dulu depa pandang sebelah mata je. macam2 depa kelentong org Siam. Harap jgn lupa keperitan kaum siam walaupun menteri mai sampai kg. Undi hangpa itu hak hangpa. betoi la kaum Siam jadi anak mas la ni. Baru sekarang depa nampak harga undi kaum Siam. Dulu nak pijak kaki kat kg Siam amat jijik sekali. Ingat la siam wooi..
ReplyDeletebetul tu..sokong sangat comment anda
ReplyDeleteSaya nak tau samada bangsa Siam patut dikenali sebagai bangsa Thai? Kerana di seluruh dunia, mereka dari keturunan 'Siamese' kini dikenali sebagai berketurunan Thai, iaitu satu terma yg dianggap 'politically correct'. Ini tidak bermakna kita berasal dari Thailand, spt juga rakyat Malaysia berketurunan Cina - Malaysian-Chinese; kita sepatutnya Malaysia-Thai.
ReplyDeleteSaya juga ingin pengesahan kerana selama ini sy mengisi borang saya sebagai Warganegara: Malaysia & Bangsa : Thai. Tapi ada pegawai kerajaan yg kata saya sepatutnya tulis bangsa saya Siam