Rata-rata percaya sukar untuk orang-orang keturunan Siam mendapat pekerjaan dalam sektor kerajaan. Kebanyakkan kakitangan kerajaan terdiri daripada orang-orang Melayu. Kenapakah keadaan ini berlaku? Di jabatan saya, hanya saya seorang sahaja pegawai berketurunan Siam. Adakah orang Siam tidak minat bekerja dalam sektor kerajaan? Inilah sebabnya saya menamakan blog saya "Jejaka Siam Terakhir".
Saya amat bernasib baik sebab dapat bekerja dalam sektor kerajaan. Pada mulanya saya ditemuduga oleh satu panel temuduga di Kuala Lumpur pada tahun 1994. Salah seorang panel temuduga tersebut yang saya masih ingat ialah En. Yu Am Ping yang menemuduga saya. Beliau adalah seorang pegawai keturunan Cina. Akhirnya saya berjaya dalam temuduga tersebut setelah 3 tahun saya asyik menghadiri temuduga dan gagal. Bila saya ditawarkan jawatan tersebut, saya ditempatkan di bawah beliau di Ibu pejabat, Kuala Lumpur. Saya tak pasti, adakah saya akan berjaya dalam temuduga tersebut sekiranya saya ditemuduga oleh pegawai bangsa lain.
Setelah 1 tahun saya berkhidmat, saya mengalami masalah kesihatan. Saya telah menjalani pembedahan yang agak serius. Saya telah memohon pertukaran ke negeri Kedah kerana masalah kesihatan. Sekiranya saya berada di Kuala Lumpur, saya tiada saudara mara di sana. Apabila saya jadi apa-apa ketika itu, ia amat menyukarkan saya. Tetapi malangnya permohonan saya dipandang sepi.
Saya amat kecewa dan merasa seolah-olah saya sebagai pegawai keturunan Siam tidak diambil peduli oleh pihak atasan. Selama 14 tahun, saya tidak patah semangat untuk memohon pertukaran balik berkhidmat di negeri kelahiran di kawasan penempatan masyarakat Siam saudara sebangsa dengan saya. Saya tak pernah fikir untuk mengikut jalan pintas memohon pertukaran. Saya memohon pertukaran mengikut prosedur yang ditetapkan tetapi malangnya permohonan saya tak pernah dipertimbangkan. Cuma sekadar ditukar ke Penang dan seterusnya ke Perak. Tak pernah sampai ke sasaran iaitu negeri kelahiran saya.
Pada tahun 2008, saya mengambil keputusan menalifon secara terus kepada pihak yang berkaitan untuk memohon pertukaran balik ke Kedah. Akhirnya cubaan saya berjaya walaupun saya tidak mengikut prosedur. Inilah dilema seorang pegawai keturunan Siam dalam sektor kerajaan. Seolah-olah saya tak wujud sekiranya saya tidak menalifon pihak atasan. Tak sampai 1 tahun saya berkhidmat di negeri kelahiran saya, ada juga pihak yang tidak puashati dan cuba menukar saya keluar dari Kedah. Nasib baik saya mendapat boss yang bertimbang rasa. Jika tidak, entah saya ditendang ke negeri mana selepas ini.
Dalam penilaian prestasi perkhidmatan untuk mendapat cemerlang, menegak dan melintang,, kakitangan keturunan Siam jangan harap. Saya dah bekerja selama 15 tahun dalam sektor kerajaan, tak pernah ada bayang-bayang saya akan mendapat anugerah perkhidmatan cemerlang. Tetapi kalau bangsa lain, saya rasa tak sukar untuk mendapat anugerah tersebut sekiranya dah sah dalam jawatan dan menunjuk prestasi yang baik.
Macam mana pegawai keturunan Siam nak dapat cemerlang. Apabila kami membuat kerja pihak atasan tak pernah nampak. Sekiranya kami melakukan sedikit kesilapan, akan heboh satu pejabat. Saya tidak mengharapkan semua itu tetapi sekurang-kurangnya berilah sedikit pengiktirafan untuk pegawai keturunan Siam supaya tidak terasa tersisih.
Walau bagaimana pun, saya akan tetap setia kepada kerajaan yang memerintah. Harapan saya agar konsep Gagasan 1Malaysia yang diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri memberi keadilan kepada semua kakitangan kerajaan pelbagai kaum dalam sektor kerajaan dan juga mendapat perhatian yang samarata daripada pihak atasan.
Harap tuan dapat tabah jalani rutin harian. perjuangan untuk memartabatkan bangsa memang tidak mudah. Harap tuan dapat teruskan usaha buat yang terbaik. Saya cadangkan tuan dapat menyarankan penubuhan Yayasan Belia Siam untuk membantu generasi belia dalam pendidikan dan ekonomi.
ReplyDeleteSemoga usaha tuan diberkati.
SK Tin
jom lawat www.jombinabadan.com
ReplyDeletedaftar affiliate percuma
Saudara,
ReplyDeleteUntuk makluman saudara, bukan saudara seorang saja keturunan Siam yang bekerja dengan kerajaan. Saya tak dapat nak bagi statistik yang tepat, tapi setahu saya, ada ramai kawan-kawan saya yang bekerja dengan kerajaan dalam beberapa jabatan seperti Kastam, Imigresen, Polis, Guru dan lain-lain lagi. Memang tidak dinafikan dalam sektor awam ramai terdiri Kaum Melayu, tetapi kalau nak diikutkan, kaum Siam kita juga tidaklah dipinggirkan. Tentang peluang pekerjaan ini, bergantung kepada kelayakan dan rezeki kita juga.
Untuk makluman saudara, saya menyertai Jabatan Penerangan pada tahun 1990. Walaupun saya satu-satunya yang berketurunan Siam di Jabatan saya pada masa itu, saya diterima baik oleh semua rakan-rakan yang lain. Jodoh saya bersama Jabatan Penerangan tidak panjang bila saya berpeluang mendapat jawatan di Gred yang lebih tinggi di Kementerian Kesihatan dan ditempatkan di Tabung Darah Hospital.
Berhubung peluang untuk mendapat anugerah cemerlang, saya rasa semua orang mempunyai peluang yang sama, asalkan dia menunjukkan prestasi kerja yang juga cemerlang. Saya mula bertugas di hospital Klang pada tahun 1995 dan pada tahun 2000 saya telah dianugerahkan Khidmat Cemerlang. Selepas mendapat kenaikan pangkat, saya telah bertukar ke K.Lumpur pada tahun 2006. Pada tahun 2007, saya sekali lagi mendapat anugerah Cemerlang.
Saya jarang mengikuti penulisan saudara ataupun mana-mana penulisan yang berkaitan dengan Masyarat Siam, tetapi saya juga mempunyai impian untuk melihat anak bangsa kita lebih berjaya dan cemerlang. Oleh itu saya amat berharap Persatuan-Persatuan Siam yang ditubuhkan dan orang-orang Kuat di barisan hadapan ini mampu menggerakkan Persatuan ini ke arah memajukan pemikiran anak bangsa kita untuk lebih barjaya dalam semua bidang dan seiring perkembangan intelekual dan spiritualnya.
Sekian, Sawadde.
Salam muhibbah 1Malaysia......
ReplyDeleteSekadar memberikan pemahaman kepada jejaka siam ini supaya "think positif". Setahu saya pihak kerajaan tidak pernah meminggirkan semua rakyat dalam sektor awam ini. Untuk pengetahuan tuan dalam statistik kerajaan kita terdapat banyak pegawai kerajaan berketurunan siam yang sedang berkhidmat dalam pelbagai jabatan diseluruh negara. Malahan ada yang masih berkhidmat dan ada yang telah pencen, oleh itu saudara juga adalah salah seorang daripada mereka yang sedang berkhidmat dalam sektor awam ini. Bagi peningkatan pangkat dan status kecemerlangan haruslah di ikuti dengan usaha seperti mempersiapkan diri dengan ilmu dan taraf pembelajaran bukan sekadar meminta. Cuba saudara semak dalam bidang perubatan juga telah terdapat pegawai daripada keturunan siam yang sedang berkhidmat dan banyak lagi dalam bidang profesional yang lain. Kerajaan dibawah YAB Perdana Menteri sangat prihatin dengan masalah rakyat serta untuk semua rakyat tanpa mengira apa etnik pun. Bersamalah kita bina negara kita yang aman makmur ini agar terus disenangi di mata dunia. Sekian...1Malaysia dipersada dunia.
Sawasdee 1Malaysia...
ReplyDeleteWalaupun ilmu dan pengetahuan kita tak seimbang antara individu tetapi semua pasti mahukan kejayaan utk diri, keluarga dan masyarakat seterusnya kepada negara. Sektor pekerjaan apa pun merupakan lubuk rezeki untuk kita usahakan dgn gigih dan tabah seta amanah supaya kita berjaya dgn cemerlang,gemilang dan terbilang. Seperti kata pepatah Siam... 'harga diri seseorang terletak pada hasil kerjanya'
Harap Jabatan Penerangan tidak pupus pegawai berketurunan Siam.
ReplyDelete