Sunday, October 18, 2009

Dilema tarikh sebenar pesta Loy Krathong.

Semalam saya menghadiri Mesyuarat Penganjuran Pesta Loy Krathong di Wat Padang Peliang. Saya hadir selaku Pengerusi Pekemas. Dalam kita bincang tentang pemilihan tarikh nampaknya ada 2 pandangan yang berbeza. Satu pihak mahu tarikh Loy Krathong pada Wanpen Dean Sipsong iaitu 2 November 2009. Satu pihak lagi mahu tarikh Loy Krathong tidak sama dengan pihak lain yang menganjurkan pesta tersebut.

Maka berbahaslah di antara 2 pihak yang berbeza pendapat ini. Ada yang kata, kita haruslah menganjur pesta Loy Krathong untuk memelihara kebudayaan kita supaya tidak hilang. Mereka memilih tarikh 2 November supaya tidak mencemarkan unsur2 kebudayaan kita.

Pihak satu lagi berkata tujuan kita anjur pesta Loy Krathong adalah untuk mencari duit bagi membiayai kos sekolah bahasa Thai. Kalau kita turun modal dan tak ada orang datang, buat apa kita rugikan duit yang kita ada. Puak ini tidak setuju anjur pada 2 November tetapi mereka setuju anjur pada tarikh yang tidak sama dengan pihak lain.

Bila mereka tanya saya, saya jawab saya lebih setuju pilih wanpen dean sipsong. Bila mereka tanya Phra dari Thailand (guru sekolah bahasa Thai) yg hadir dalam mesyuarat tersebut, Phra tersebut berkata Loy Krathong boleh buat dalam tempoh 1 bulan macam Thod Khathin. Beliau kata ada tulis dalam Kitab Tripitaka. Dia cerita la bab buddha dan asal wujudnya Loy Krathong. Ramai juga percaya kata-kata Phra. Ada orang bisik kat saya, betul juga Phra tu terangkan. Saya jawab, Phra tu terang dari segi agama Buddha. Memang betul berdasarkan kitab. (Saya tembak je, saya sendiri pun tak tahu dalam kitab itu ada tulis tentang asal-usul Loy Krathong)

Kata saya lagi, ini bukan berkaitan agama Buddha. Pesta Loy Krathong adalah salah satu kebudayaan kita. Ia bermula pada malam bulan purnama semasa nang Nopphamar iaitu gundik Raja Thailand mula Loy Krathong di sebatang sungai berhampiran istana. Bila dilihat oleh raja maka beliau mengistiharkan Pesta Loy Krathong merupakan salah satu kebudayaan di Thailand. Ada juga pihak percaya Loy Krathong ini merupakan budaya pengaruh hindu bertujuan menghargai peranan Dewi Gangga (Mea Khongkha atau Dewi Air). Dan ada ramai pihak lagi mempunyai kepercayaan yang berbeza-beza tentang asal-usul Loy Krathong. Untuk masyarakat Siam saya rasa sesuai kita pilih 2 November 2009 (wanpen dean sipsong).

Akhirnya Ketua Sami Wat Padang Peliang membuat keputusan pilih tarikh 2 November 2009 menganjurkan Pesta Loy Krathong 2009 di Wat Padang Peliang. Saya pula selaku wakil Pekemas memberi sponsor menyewa band untuk pemuzik-pemuzik Siam Padang Peliang menunjukkan bakat mereka pada malam tersebut.

3 comments:

  1. Tolong tanya Phra tu, kitab Traipidok bab berapa, pecahan berapa ada tulis tentang Loy Krathong? Setahu aku Loy Krathong bermula pada zaman Sukhothai seperti yang Khun Manit tulis tu.

    Woi, ingat jadi Phra boleh kelentong orang sesuka hati ke?

    ReplyDelete
  2. Loy Loy Kratong...........Loy Loy Kratong......
    Isu hari dan tarikh pun nak pertikaikah......
    Haru biru sungguh......Itu yang dikatakan
    kebudayaan. At dia disambut sebulan dalam
    bulan 12 kalender siam kira bolehlah, jangan
    pula kata phra tu betul kan tak betul.
    Semak sendiri dan baca sendiri la.......
    Kalau satu kampung sambut selang satu hari
    pun tak apa. Berapa kampung sangat kampung
    siam yang ada. Tolonglah posotif, jangan
    kata orang itu betul orang ini salah....
    Cermin2 wajah di air semasa loi...loi...
    kratung.

    ReplyDelete
  3. AKu dah siasat kat Thailand.. memang sana pun anjur pada wan pen dean sipsong. Cuma awal sehari atau lewat sehari jika majlis berterusan. Anjur loi krathong pd hari lain memang haprak tak kira sami atau tidak..

    ReplyDelete