Wednesday, October 7, 2009

Rumah PPRT utk mangsa ribut masih belum dibina.

Pada 28 September 2009, sekumpulan penduduk Kg. Batu Seketul datang ke rumah saya di Kg. Padang Pusing. Mereka datang bukannya mengadu hal ehwal masyarakat kampung mereka kepada saya tetapi kehadiran mereka untuk meminang adik perempuan saya.

Semasa kami bersembang sambil meneguk air kopi, mereka pun membangkitkan isu kampung mereka dilanda ribut besar, seluruh kampung mereka terlibat. Mereka berkata pada 26 Ogos 2009, Datuk Paduka Ahmad Bashah, Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah pergi memberi sumbangan dari JKM dan berjanji nak bagi 5 buah rumah PPRT dan lain-lain mangsa hanya bantuan untuk baiki rumah sahaja di bawah peruntukan KEDA.

Kata mereka, sampai sekarang masih belum nampak bayang-bayang pembinaan rumah PPRT tersebut dilakukan. Manakala mangsa yang terlibat masih tinggal dalam khemah. Ada juga yang menumpang adik-beradik yang tinggal berhampiran.

Ada juga yang ingin membuat rumah sendiri dengan meminjam duit daripada adik-beradik dan kawan-kawan. Kalau tak buat nak tinggal kat mana. Tapi mereka pula khuatir pihak kerajaan akan menganggap mereka sudah kaya dan peruntukan rumah PPRT tersebut mungkin ditarik balik.

Kepada pihak berwajib cepat-cepatlah tunaikan janji yang telah dilafazkan di hadapan penduduk kampung pada 26 Ogos lalu. Supaya mereka lebih yakin dengan keprihatinan kerajaan BN terhadap mangsa ribut.

4 comments:

  1. Tahniah atas peminangan adik awak.Syabas!

    ReplyDelete
  2. sinator tak boleh tolong untuk follow up bagi percepatkan ker? Tak kala masyarakat siam ini memerlukan...

    ReplyDelete
  3. Siam mana ada SINATOR lagi...ha ha ha

    ReplyDelete
  4. Bila pula PM nak lantik sinotor tu?
    ke takde dah jawatan tuka orang siam.

    ReplyDelete