Tuesday, July 21, 2009

Kisah benar kemelot RM43k.

Pada bulan Februari 2009, En. Jokhi menghubungi saya dan memaklumkan bahawa kawannya Pembantu Khas kepada EXCO Kerajaan Negeri Kedah iaitu YB Arumugam meminta bantuan mendapatkan semua akaun 43 wat Siam seluruh Kedah dalam masa sehari. Kerajaan negeri Kedah melalui EXCO tersebut telah meluluskan peruntukan untuk Pesta Loy Krathong 2008 sebanyak RM43k untuk masyarakat Siam Kedah. Pembahagian tersebut berdasarkan satu wat dapat RM1k sebanyak 43 wat untuk tujuan anjurkan Pesta Loy Krathong 2008.

Peruntukan tersebut sekiranya tidak dituntut oleh masyarakat Siam Kedah, akan lupus begitu saja. Masyarakat Siam Kedah tak akan mendapat apa-apa. Saya pula diberi tempoh satu hari untuk mendapat akaun 43 wat untuk membuat tuntutan peruntukan tersebut. Saya cuma ingin membantu menyelamatkan wang peruntukan tersebut supaya tidak hilang begitu saja. Memandangkan saya sukar untuk mendapatkan akaun 43 wat maka saya cadangkan menggunakan akaun Persatuan Kebudayaan Masyarakat Siam Negeri Kedah (PEKEMAS).

Akhirnya pihak EXCO Kerajaan Negeri Kedah bersetuju menyalurkan wang peruntukan tersebut melalui akaun PEKEMAS dengan syarat saya perlu membuat surat akujanji dengan pihak Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) untuk mengagihkan wang tersebut kepada 43 wat siam seluruh Kedah.

Pada 14 Februari 2009, saya diminta untuk mengambil cek bernilai RM43k di pejabat EXCO Kerajaan Negeri. Semasa saya menerima cek tersebut, saya sekali lagi diminta untuk menandatangani surat yang mengatakan saya hanya pemegang amanah duit RM43k. Saya tidak boleh membelanjakan wang tersebut tanpa arahan seterusnya daripada EXCO Kerajaan Negeri Kedah.

Pada 15 Februari 2009, EXCO tersebut telah meletakkan jawatan sebagai EXCO dan juga ADUN Bukit Selambau sehingga terpaksa mengadakan pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau. Peruntukan tersebut tergantung, saya tak berani untuk membuat keputusan tentang kedudukan peruntukan tersebut.

Bila hal ini diketahui oleh pemimpin persatuan Federal dan juga beberapa orang alim ulama, maka mereka telah mengamuk. Pembantu Khas kepada EXCO tersebut memaklumkan kepada saya tentang perkara ini. Beliau juga beritahu kepada saya siapakah gerangan orang yang mengamuk itu. Pemimpin persatuan Federal mendesak EXCO yang baru dilantik untuk mengambil tindakan terhadap saya dengan alasan pihak sami marah kerana duit belum dapat. Sementara beberapa orang alim dengan ilmu agama telah menyebarkan maklumat di seluruh negeri Kedah bahawa saya makan duit wat, saya makan duit sami. Sehingga begitu rupa mereka menuduh orang yang menyelamatkan peruntukan tersebut. Seolah-olah saya tak ada kebaikan langsung. Beberapa orang termasuk Tuan DK juga meluahkan perasaan terhadap saya melalui forum PEKEMAS.

Bila peruntukan RM43k telah menjadi isu besar dan menjejas nama baik saya, saya nekad untuk menyimpan wang tersebut dalam akaun PEKEMAS untuk dijadikan bahan bukti di Mahkamah sekiranya ada pihak membuat laporan kepada SPRM. Sekiranya saya agihkan duit itu kepada pihak wat, saya dianggap melanggar surat perjanjian dengan EXCO. Dan jika kes ini dibawa ke muka pengadilan, sukar untuk saya heret sami ke mahkamah sebagai saksi. Oleh itu, lebih baik wang tersebut terus berada dalam akaun PEKEMAS.

Pada 19 Julai 2009, pihak EXCO Kerajaan Negeri Kedah telah memanggil saya dan beberapa orang ahli jawatankuasa PSK. Beliau ingin mendapat penjelasan daripada saya tentang isu ini. Setelah saya memberi penjelasan terperinci tentang isu ini, barulah beliau faham kedudukan sebenar tentang isu ini. Beliau juga melahirkan perasaan simpati kepada saya. Tujuan utama saya hanya ingin membantu menyelamatkan wang tersebut tetapi saya dihina sebegitu rupa.

Beliau akan mengarahkan pejabat SUK mengeluarkan satu surat kepada saya untuk mengatasi masalah ini. Pihak EXCO Kerajaan Negeri Kedah ingin mendapat balik peruntukan tersebut. Saya akan serah balik peruntukan tersebut kepada pihak EXCO Kerajaan Negeri Kedah dengan syarat ada surat hitam putih daripada pihak Kerajaan Negeri Kedah. Saya akan memegang surat tersebut sebagai bukti bahawa saya tak makan duit wat dan saya tak makan duit sami seperti yang didakwa. Pihak Jawatankuasa Hal Ehwal Khas Masyarakat Siam Kedah yang akan dilantik daripada 8 pemimpin PSM dan 8 pemimpin PSK akan membuat keputusan bagaimana hendak membelanjakan peruntukan tersebut.

Selama 13 tahun, saya terlibat dalam pergerakan NGO dan aktiviti kemasyarakatan, kerajaan BN tidak pernah meminta balik peruntukan yang telah disalurkan kepada rakyat. Kerajaan BN memberi ruang untuk rakyat membuat keputusan sendiri melalui organisasi yang disertainya. Sebab setiap organisasi yang berdaftar mempunyai undang-undangnya tersendiri. Inilah kali pertama saya menghadapi masalah ini. Kerajaan PR sanggup mengambil balik wang tersebut untuk diurus sendiri. Seolah-olah kami ini merupakan satu jambatan untuk menyalurkan dana. Silap langkah, saya akan teraniaya dengan teknik mereka. Saya campur tangan hal ini bukannya saya menyokong kerajaan PR. Saya cuma ingin menyelamatkan peruntukan yang disalurkan kepada masyarakat Siam Kedah daripada peruntukan itu lupus begitu saja.

8 comments:

  1. Dari satu sudut,saya simpati dgn kamu.tapi jika dilihat dari sudut yang lain,kenapa dari mula saudara bergerak sendirian dan libatkan PEKEMAS sedangkan DANA itu utk WAT Siam di Kedah.Ini pengajaran utk saudara.Lain kali jgn ambil tahu sgt dgn perkara yg tak sangkut dgn saudara. Amanah PEKEMAS utk saudara, jadi jagalah PEKEMAS sebaik mungkin. Majukan lagi kebudayaan kaum Siam yg masih tenggelam.Saya rakan saudara dan niat saya cuma nak saudara improve.Saudara banyak kebolehan jadi gunakanlah ia utk pembangunan insan kaum Siam kita.TQ

    ReplyDelete
  2. Bila saya baca komen anda, saya dah dapat rasa anda org yang macam mana. Saya benar2 yakin, anda juga terlibat dalam isu ini. Selaku orang yang alim, harap gunalah kedudukan anda yang dihormati oleh orang ramai untuk kepentingan umum bukannya kepentingan diri sendiri. Maaf kalau saya tersilap.

    ReplyDelete
  3. Kpd Phra Maha Nipon, maaf la JST. Niat dia nak bantu bukannya nak kebas duit kamu. Selaku Phra yg berkelulusan tinggi tak elok berdendam.

    ReplyDelete
  4. Ha ha ha ha! Jgn salah teka.Saya bukannya orang yg alim dan bukannya phra Maha Nipon.Saya sahabat kamu dan satu kampung dgn kamu.saya cuma nak menolong.tiada niat yang lain.kini ramai yg tertanya kenapa byk blog khonthai yg hentam menhentam aje.mereka dah muak dgn semua ni. jadi fikirlah dan hentikanlah benda yg tak baik. maaf sejuta maaf jika saya menyakiti kalian tapi niat saya ikhlas utk kita khonthai semua.Jgnlah org DS ditawakan barn khonthai yg lain.

    ReplyDelete
  5. Salam semua,tak baik kita memandang serong niat seseorang untuk membantu kita. Kita sepatutnya berterima kasih. Kepada mereka yang telah buat baik/tak baik, jangan lupa, setiap perbuatan ada balasannya.

    ReplyDelete
  6. Saya percaya setiap perbuatan ada balasannya. Cuma lambat atau cepat sahaja. Saya anak orang miskin, sudah biasa dengan penghinaan terhadap saya sejak kecil lagi. Saya dah tak kisah siapa nak hina saya. Yang penting saya masih ada pendirian saya sendiri.

    ReplyDelete
  7. saudara manit telah membuat yang terbaik dan keputusan untuk membantu menyelamatkan wang peruntukan ketika itu haruslah dipandang mulia.

    Harap jangan ada lagi kata2 sumbang yang menghentam saudara chao Thai kita sendiri.

    selalu2 lah tengok cerita 'wonder pet'...ia mengajar kita jadi lebih positif dan sentiasa bekerjasama antara satu sama lain.

    mari kita menuju kearah 1Malaysia.

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete