Persatuan Siam Kedah (PSK) telah mendapat jemputan khas ke Majlis Sehari Bersama PM di KLCC, Kuala Lumpur pada 11 Julai 2009 jam 10.00 pagi.
Pihak kami telah menerima jemputan itu semalam daripada Pegawai Tugas-tugas Khas Kepada YAB Perdana Menteri Malaysia. Kami diminta menghantar seramai 50 orang pemimpin daripada masyarakat Siam ke majlis tersebut. Ini merupakan jemputan khas kepada pemimpin-pemimpin masyarakat Siam melalui PSK daripada pemimpin tertinggi negara.
Majlis tersebut akan dihadiri seramai lebih kurang 1,000 orang pemimpin daripada seluruh negara bagi mewakili pelbagai kaum. Ini merupakan julung kali YAB Perdana Menteri mengadakan majlis seumpama ini. Pihak PSK akan menghimpun seramai 50 orang pemimpin untuk ke majlis tersebut secara berkonvoi dengan kenderaan sendiri. Perbelanjaan minyak petrol dan tol akan diusahakan oleh PSK. Team PSK akan bertolak pada 10.7.2009 jam 9.00 malam dari R&R Juru. Semua kereta akan berhimpun di R&R Juru sebelum bertolak beramai-ramai.
Saya pasti mesti ada pemimpin akan cuba mengambil kesempatan mengatakan rombongan ini adalah rombongan mereka. Untuk mempromosi dirinya sebagai kredit melobi jawatan senator. Tujuan PSK bukannya untuk tujuan melobi jawatan senator tetapi untuk menunjukkan taat setia masyarakat kita kepada pemimpin negara. Saya harap kepada mana-mana pemimpin yang cuba hendak menahan perangkap jarang, harap ubahlah fikiran. Orang Siam la ni dah pandai memikir, siapa yang bekerja dan siapa yang mengambil kesempatan.
Semoga masyarakat Siam Kedah akan bersatu semula di bawah payung PSK.
adakah hanya utk org PSK@team PSk,lain org x leh join ke,bgaimana pula dgn org kg yg blom tau apa2 PSK atau blom msuk ahli PSK,sebagai contoh nawan kat kg bukit perak,dia hari2 asyik noreh getah x tau langsung apa itu PSK,dan tetap mmg bkn keahlian PSK,dia jgk x leh membaca n menulis bila dgr brita heboh kata PM nak jumpa org thai.dia pun nak p jumpa gak,adakah Nawan ni dilabel Khonthai haram sbb dia x ada keahlian PSK.bolehkah bukan keahlian PSK nak join,bgmana kalau yg blom keahlian mereka dipanggil apa plak atau automatik kalau namanya org thai,,menjadi keahlian PSK,k.manit pls bt bancian keahlian PSk..bt promosi dr kg ke kg.byk lg org keliru dan apa itu PSK
ReplyDeleteJangan jadi bodoh, bukan PM nak jumpa Siam, tapi nak jumpa semua kaum, nak tunjukkan kpd umum bahawa 1Malaysia disokong oleh semua rakyat. Kalau PM nak jumpa siam, pergilah Kedah atau Kelantan.
ReplyDeleteProgram tersebut sempena 100 hari pentadbiran Najib sebagai PM. PSK dijemput kerana rapat dengan pegawai khas Najib.
ReplyDeleteKpd Khun BP, ahli PSK tak ramai. Buatpa nak banci sebab semua rekod ada dalam fail saya selaku setiausaha. Kebanyakkannya pemimpin atau tok ketua kampung Siam di Kedah. Kami akan mewakili semua khonthai, tak kira dia ahli PSK atau tidak. Siapa nak join pi KL malam pun boleh. Tiada halangan. Mana-mana khonthai ada masalah, bolehlah hubungi PSK walaupun bukan ahli PSK.
Bagi saya apa nak belaku tak kisah sbb saya tak tau nak aktif dlm bidang begini dan saya tak akan komen benda yang saya tak boleh buat,kalau nak komen biarlah membina.Jika jujur tak kira khun Manit atau sesiapa sahaja,saya berdoa khun Phrak khum krong thuk khon. Apa sekali pun mereka inilah menonjolkan masyarakat Siam dinegara ini.
ReplyDelete-JST adakah ini ID u Manit Si Nam!
ReplyDelete-Betulkah bawah ini u komen?
"Artikel yg ditulis nampaknya hinghoi masih mentah dalam penulisan dan penyusunan ayat betul..Artikel yg tidak membina langsung,lepas tu dok complaint blog org lain..improve diri sendiri dulu sebelum mengitik orang lain
JST (1st Warning)".
Tolong Jawab..!!i want ur answer ASAP
Kepada hinggoi, saya kenai anda dan anda kenai saya. ID saya ialah manitc6 bukannya Manit Si Nam. Saya tak pernah komen artikel dalam blog anda. Jangan terikut dengan puak provokasi. Thanks.
ReplyDeleteSaya yakin Manit tak lakukan perkara tidak berfaedah begini. Sesiapa saja boleh menggunakan nama samaran dalam komen. Perbuatan tidak bertanggungjawab begini perkara biasa bagi mereka yang gemar melaga-lagakan orang.
ReplyDeleteAdat berblog, tak selalunya manis, adakala dikeji dengan teruk. Sumbangan kita kepada pemikiran bangsa melalui tulisan kurang dihargai, sebaliknya dilihat sebagai penabur fitnah dan pemecah belah masyarakat.
Apa ni? Khonthai berlaga-laga lagi mcm budak2. Setahu saya tak baik kita hina org jika seseorang itu tak mahir menulis.kita patut tlg org lain especially khontai utk maju dlm penulisan.Am I right?
ReplyDeleteBerkenaan PSK jumpa PM,I nampak mcm ada personal gaining aje.Awt tak ajak khonthai lain? Khonthai lain bukan kaum Siam ke? Depa tak mampu sampai KL ke? I was there dan saya tgk ahli PSK bukan mai seronok bergambar dgn VIP sahaja. ha ha ha. Sepatutnya promote khonthai.(saya tahu akan ada org PSK yg akan nafi apa yg saya kata).Tapi percayalah apa yg saya kata benar belaka.
Kepada HINGHOI,khaphracau respect you. Blog you penuh info yg membina dan menjurus pada pembangunan minda khonthai.especially tentang masalah air di Kg Praimai.Ini yg kita mahukan.Bukannya blog yg kata mengata dan keji mengeji antara khonthai dan para sami.Tiada keikhlasan langsung.HINGHOI!! please keep it up. Jgn tunduk pada kritikan.Your blog is honest blog for all race especially khonthai.not the one that got personal gaining.Apa taknya? penuh dgn gambar dia dgn menteri je.For your info,phom pen khon DS juga.he he he!
Para alim ulama sekarang ini dah pakar dalam bidang IT, tahniah dan syabas. Kalau saya tak ada anak bini, kemungkinan besar saya juga nak jadi para alim ulama. Para alim ulama bebas bersuara dan tak pernah dikatakan tak betul. Kalau dia kata najis tu wangi, orang ramai akan angguk, ya ya...betul.
ReplyDeleteTeguran yg membina.kenapa melatah dan masih kaitkan dgn para alim ulama.Nape kaitkan mereka. Ketahuilah yg byk org dah muak dgn JST.dulu mereka diam tapi skrg mula bersuara kerana JST dan kre2 semua belum berhenti dari alam fantasi kutuk mengutuk.sekali lagi sebagai org yg sekampung dgn khun,pls tulislah yg baik2 dan penuh info demi kemajuan khonthai.Satu hari bila khun sudah berhenti,saya akan kenalkan diri saya. we're friend and friend forever.
ReplyDeleteAku berani potong kote, hang tak berani kenalkan diri sendiri. Hang sorang takleh tutup mulut JST. Hahahahaaaa.... Dia ni kepala malaikat pun dia bantai. Hihihihiiiiii
ReplyDeletepi raj jst
ReplyDelete