Monday, July 13, 2009

Keluhan Pemimpin Siam peringkat kampung.

Semalam, saya dihubungi beberapa ketua-ketua kampung dan ketua cawangan persatuan Siam. Mereka meluahkan perasaan tidak puashati mereka terhadap pemimpin atasan. Katanya pemimpin atasan mengugut serta menghina mereka selaku Tok Ketua Kampung.

Saya pula tanya, apahal. Ceritanya tentang perancangan pemimpin atasan untuk meraikan pengurniaan darjah kebesaran daripada Agong untuk memaklumkan kepada orang Siam seluruh negara bahawa pemimpin atasan tersebut sudah ada title Datuk.

Setiap pemimpin kampung yang juga merupakan ketua cawangan persatuan siam diwajibkan membayar kos majlis tersebut berdasarkan meja makan. Mana-mana pemimpin yang tidak berminat untuk hadir pun diwajibkan membayar juga. Sekiranya tak bayar maka peruntukan yang telah diberi sebelum ini kepada cawangan2 persatuan siam akan ditarik balik.

Saya rasa memaksa orang untuk meraikan seseorang pemimpin adalah tidak beberapa elok. Saya rasa pemimpin tersebut berkemampuan untuk menganjurkan majlis tersebut tanpa menyusahkan orang-orang kampung. Harap bertimbang rasalah sedikit tentang kesusahan orang kampung dalam keadaan harga getah sekerap yang murah ditambah pula hujan turun menyebabkan orang kampung tak boleh pergi menoreh.

Penulisan saya ini adalah untuk menyuarakan pandangan dan luahan pemimpin-pemimpin bawahan sahaja. Tidak ada niat untuk menghina atau menjatuhkan sesiapa yang tidak sehaluan dalam arus politik masa kini.

1 comment:

  1. Manit.. Tq atas kerjasama di Alor Star, nanti datang Sabah bagi tahu. Apa pun teruskan perjuangan. Sesungguhnya bukan senang untuk menakap impian & jangan kuat lawan arus nanti penat... he he he

    ReplyDelete