Semasa cuti pada hari Jumaat lalu iaitu 31 Julai 2009, saya bersama En. Pin, Pengerusi Persatuan Kebudayaan Siam Perlis telah pergi ke Kok Yo, Songkhla untuk membeli pakaian tarian kebudayaan Siam bagi kumpulan tarian PEKEMAS. Sebenarnya saya meminta En. Pin menemani saya ke sana. Pergi seorang diri agak sunyi.
Kami bertolak lebih kurang jam 9.00 pagi dari Perlis melalui pintu sempadan Malaysia - Thailand di Padang Besar dengan menaiki kereta saya. Kami sampai di Kok Yo, Songkhla, Thailand lebih kurang jam 1 petang. Setelah semua urusan sudah siap dan kami berhenti makan tengahari di sana, kami pun bertolak balik ke Malaysia.
Semasa pergi En. Pin memandu kereta kerana beliau mahir jalan ke Kok Yo. Semasa balik saya pula yang memandu kereta. Lebih kurang 20 km saya memandu tiba-tiba kereta saya bunyi pelik,,, lepas tu bau hangit pula terasa melalui saluran air-cond. Saya pun berhenti kereta di tepi jalan. Di kawasan tersebut adalah kawasan sawah terbentang luas. Tiada rumah orang langsung.
Saya pun buka la bonet depan kereta.. Terkejut betul saya bila melihat enjin kereta saya naik asap, minyak pelincir pancur keluar dari enjin dan hos air pun pecah. Saya pun pelik macam mana boleh terjadi begini, sebelum datang ke Thailand saya dah check semua. Saya pun dah mula susah hati. Ini merupakan kali pertama saya menghadapi masalah kereta rosak di luar negara bukannya di negara sendiri. Kawasan kejadian tersebut, di luar bandar Hadyai masih jauh dari Malaysia.
Dalam hati, saya cukup cemas cuma tak diluahkan keluar. Nak contact orang tolong pun handphone tak boleh pakai sebab sim kad Malaysia. Lagipun saya bukannya kenal sesiapa di Hadyai. Nasib baik En. Pin mempunyai ramai kawan-kawan di Thailand. Tambahan pula handphone beliau dah daftar rooming dan boleh membuat panggilan walaupun berada di luar negara. Beliau pun menghubungi Khun Kitti, member beliau di Hadyai untuk minta bantuan. Beliau pun tak pasti nombor tersebut masih boleh guna atau tidak,, sebab dah lama tak contact. Khun Kitti adalah Pengusaha Syarikat Van Pengangkutan di Hadyai.
Kebetulan member yang beliau contact tersebut dapat dihubungi. Tidak sampai 10 minit Khun Kitti datang membantu dengan membawa bersama minyak pelincir. Beliau check kereta saya, katanya enjin kereta saya kena tukar baru. Kalau tukar di sini makan masa mungkin seminggu. En. Pin cadang bawa balik Malaysia sebab takut charge di sini mungkin tinggi sebab kami orang luar.
Maka khun Kitti bantu tarik kereta saya dari Hadyai sampailah ke Padang Besar. Cukup seksa bawa kereta kena tarik, sebelah tangan pegang stereng dan sebelah tangan lagi pegang hand brake sebab brek kaki tak boleh tekan sekiranya enjin tak hidup. Sampai di Padang Besar lebih kurang jam 6.00 petang. Rasanya lega bila sampai di Padang Besar. Saya mengucapkan terima kasih kepada khun Kitti dan hulurkan saguhati kepadanya sebanyak RM150 sebagai duit minyak walaupun dia tak minta. Saya juga belanja makan sebagai tanda terima kasih.
Seterusnya kami tolak kereta melepasi sempadan Thailand dan Malaysia. Bila dah sampai di Pekan Padang Besar sebelah Malaysia, En. Pin minta tolong kawannya hantar beliau balik ke rumah untuk mengambil keretanya dan datang balik untuk menarik kereta saya. En. Pin tarik kereta saya bawa pergi ke rumah saudaranya di Kg. Padang Jelutong, Perlis untuk tukar enjin baru. Kalau hantar ke workshop mungkin charge tinggi. Beliau minta anak saudaranya tolong tukarkan enjin baru. Kami sampai ke Kg. Padang Jelutong pun dah pukul 8.30 malam.
En. Pin beri saya pinjam keretanya untuk balik ke rumah di Baling. Pada malam tu, saya sampai Baling jam 1.30 pagi. Letih sungguh hari ini. Rasanya pakaian tarian kali ini bernilai beribu-ribu RM. Rasanya pengalaman kali ini sukar untuk saya lupakan seumur hidup saya.
Dah tak dak isu nak tulis ke? Ini macam karangan dalam peperiksaan PMR je? Abang tulislah yang sensasi dan membina ckit.
ReplyDeleteCatatan pengalaman yang berharga untuk dikongsi bersama tu Khun Manit, terutama pada mereka yang memandu kereta sendirian masuk Thailand.
ReplyDeleteMaklum sajalah, kawasan tu ramai penduduknya terdiri daripada orang melayu dan thai.Polis dan tenteranya pun bukan boleh percaya sangat...yang mana ori atau palsu,terutamanya waktu malam dan tempat sunyi yg. jauh dari penempatan penduduk.
Ini pengalaman pahit 2 beradik kawan saya, "Khun Morn" dan "Khun Phong" dari kpg. Langsat,Changlon Kedah untuk di renung bersama.Mereka ditahan pihak tentera Thai semasa memandu kereta malaysia di kawasan perkampungan orang melayu dekat Songkla.PEristiwa ini baru berlaku tahun lepas.
Tahu sajalah "pihak berkuasa" ni tak kira THAI/MSIA..sama saja, mereka semua betul..masuk lokap lah 2 beradik ni.Dengar kata "settle" pun pi RM10,000 lebeh.!
Pengalaman kHUN mANIT boleh di jadikan pedoman pada sesiapa yg nak memandu ke Thai terutama yg. tidak ada kenalan dan saudara mara disana.
Lainlah klu kita pergi "buat prak" kat Praktad Nakorn berkumpulan tu.
Ingat-ingatlah selalu bahwa MALANG DAN BALA PETAKA MEMANG TAK BERBAU.
Kepada khun Anon,
ReplyDeleteSaya hanya tulis dalam blog saya mengenai pengalaman yang saya alami sahaja. Mungkin pengalaman ini boleh dijadikan pengajaran kepada orang lain di masa akan datang.
Kalau nak sensasi pergi ke blog sebelah. Saya dah letih tentang isu sensasi. Bukan semua orang boleh tegur. Saya pernah komen tentang segelintir Bhikkhu yang berpolitik tetapi hasilnya heboh satu Malaysia (1Malaysia) kata saya menentang khanaksong.
Kalau aku lah jadi hang khun manit aku tak akan layan golongan anon yang dok bagi komen macam budak2. orang seperti itu bukannya memberi komen membina dan ikhlas tapi hanya nak kenakan orang saja. Depa seperti anon yang dok komen tu sebenarnya tak tahu apa gunanya blog atau website sendiri.Dia juga tak tahu blog sebenarnya dijadikan platform untuk berkongsi pengalaman dan maklumat.Nak buat iklan untuk business online pun boleh. Buta IT tak Tapi kabur IT kot. Aku anggap golongan anon yang asyik nak komen kutuk tu golongan tak ader teloq kot. kalau jadi anon tak kutuk itu kira ok la juga. Tapi jangan pulak tuduh aku tak ader teloq sebab aku tak kutuk orang cuma nak bagi paham ajer.he he he jangan mare noh...
ReplyDeleteLo Mo So,
ReplyDeletehang tak cerita pun pasal apa member dr kg Langsat tu kena tahan...atas alasan apa polis Thai tahan mrk? xcdent? Langgar anjing org? Masuk tanpa dokumen?
Bukan apa, kes kena tahan di Thailand ni ada yg betul, ada yg nak reka-reka. Takat nak reka utk tipu bini nak tidur kat Siam tu tak apalah, sesetengahnya tipu angkut duit dari kampung utk berfoya-foya di sana. Ada kes yg angkut duit sbb masih belum puas berfoya, ada yg terlajak berfoya terlebih duit dlm poket..maka hantar wakil atau call kampung suruh org hantar duit..kononnya kena culik la, polis tahan la..ada kes kampung aku, setelah dia pi lepak hadyai berminggu-minggu, terus kirim berita kpd keluarga yg dia kena culik dan penjahat minta wang tebusan (penjahat paria mana yg nak culik org sengkek mcm dia)..maka mak bapak pun pajak (gadai) sawah pasal nak bayar tebusan. Tak byk, tak sampai 10 k pun..tapi sbb tak dapat bayar duit pajak tu yg mana bunganya mengalahkan bunga along, sawah tanah pusaka itu pun dah jadi milik org...
Org suka berfoya ni bukan dia pikir apa dah...
Jangan marahkan Anon ya.Tipah tertipu.hih hih hih! Som nam na. Khuwak Khuwah kuah kuak kuah.Maafkan kami.1SIAM 1MALAYSIA
ReplyDeleteKhun Anon 4.55PM,
ReplyDeleteDia orang kena tahan kerana bawa daging biawak dan daging kera (mentah)dalam kereta(pendaftaran Msia).Klu kereta Thailand mungkin lepas kot..aku agak saja lar...!
Pengajaran dari pengalaman K Manit, K Morn dan K Phong ni ialah berhati-hati klu kita memandu kereta Msia masuk jauh ke Songkhla dan seterusnya.
Klu memandu gi setakat Dannork dan Padang Besar tak kisah lah; janji jangan main judi sajalah...ramai Cina, Siam, Melayu yang gadai motor dan kereta kat Dannork kerana kalah judi!
P/S Pada K Morn dan K Phong dua beradek sahabat ku, mohon maaf kerana siarkan peristiwa pengalaman pahit anda berdua,anggap saja sebagai "thambun hai tharn" pada phi nong Thai yg.memandu jauh ke Thailand.
Pada Khun Anon 4:55PM,"Aku pun macam hang juga, pasal cerita orang ni, klu tak tau cerita "detail" sampai habis hujung pangkal,mak depa hoiii...makan tak lalu mandi tak basah tidur tak lena....sakit kepala panadol kejadah apa pun tak sembuh tak lega...".
Huh..lega rasanya terlepas keluar dua tiga ketul angin dalam badan....!!!!
TQ Lo Mo So..tu yg kita nak tau..krn pada tulisan pertama khun tu tak berapa jelas..ingatkan polis tu tangkap tanpa alasan atau dlm kata lain saja nak pow..tambahan pula K. Lo mo tulis "..Tahu sajalah "pihak berkuasa" ni tak kira THAI/MSIA..sama saja, mereka semua betul.."
ReplyDeleteDlm kes ni mmg sdr anda tu yg tak betul.(polis betul) Memiliki haiwan lindungan kat negara mana pun salah. RM10k tu kira murah tu berbanding kalu kes sampai mahkamah dan didapati bersalah. Aku pun ada dengar cerita ni. Rasanya bukan kera, tapi Lutong (khang). Kat Thailand dah pupus, jadi puak Thai yg yg kebulog nak makan khang terpaksa order dari Siam Malaysia. Siam Malaysia pula nak dapat habuan yg sedikit sanggup menganiaya haiwan.
Aku nak cerita sikit tentang khang ni. Binatang ni kalu org yg bukan berhati binatang mmg tak sanggup nak bunuh dia. Ada yg bernafsu nak dapat duit baht Thai tu, khang sedang bawa anak pun dia tembak. Adik aku salah seorg drp mrk. Dulu dia selalu usung senapang bapa aku tembak khang bagi puak Thailand. Khang yg ditembak tu kadang-2 bukan mati kena sedas, ada yg ambil daun kayu sumbat luka dia tu..
Satu hari, adik aku tembak mcm biasa, khang tu pun jatuh berdebuk, tapi tak mati. Adik aku pun angkat kayu nak hayun bagi jalan terus. Khang yg IQ dia lebih baik dari babi itu mengangkat kedua-dua belah tangan seakan nak tahan pukulan tu..adik aku terus campak kayu, tak jadi pukul. Sejak hari tu dia tak tembak khang lagi. Org Thailand memang suka sakan bila kita bawa khang bagi depa..tapi bila kita kena tahan polis Thai, ada ka mrk tanya khabar? Pengajaran juga tu.
Saya langsung tak makan khang. Tengok depa buang kulit pun tak berani. Nampak macam bayi sedang disembelih. Kalau kura-kura ok sikit, tak nampak macam orang.
ReplyDeleteJangan lupa PANCA SILA kita wahai sahabatku semua.Cakap pandai praktik kurang sikit.
ReplyDelete