Sunday, August 9, 2009

Kajian Budaya Masyarakat Siam Malaysia.

Kelmarin, En. Rahimi Bin Ahmad, pelajar dari UKM dalam bidang Psikologi Kaunseling telah ditugaskan untuk membuat kajian tentang Budaya Masyarakat Siam Malaysia. Mereka telah mendapat maklumat awal melalui website PEKEMAS.

En. Rahimi bersama 2 orang lagi sahabat telah sampai ke Pusat Kebudayaan Masyarakat Siam di Kg. Wat Padang Peliang, Pendang, Kedah pada jam 9.30 pagi. Kehadiran mereka disambut oleh saya dan juga En. I Tiang a/l Din Wan, Tok Ketua Kampung.

Mereka telah menemuramah saya selaku Pengerusi PEKEMAS, En. I Tiang a/l Din Wan selaku Ketua Kampung dan En. Isin a/l Ayong selaku Ketua Kumpulan Menora tentang budaya masyarakat Siam di Malaysia. Selepas itu kami membawa mereka melawat kubur dan wat Siam. Mereka juga menemuramah sami tentang peranan sami dalam masyarakat, aktiviti harian sami dan tentang peraturan tatatertib sami 227 peraturan.

Menurut mereka, maklumat yang terdapat dalam website PEKEMAS sudah cukup lengkap untuk mereka menyiapkan tugasan tersebut. Tetapi pensyarah mahu mereka mendapat maklumat tersebut dengan sendiri, bukannya dicedok melalui internet.

Saya harap dapat menyimpan satu salinan tugasan tersebut apabila ia siap kelak. Sebagai kenangan dan juga bahan rujukan kepada pelajar IPT seterusnya.

1 comment:

  1. agak kecewa juga bila bangsa lain yg mengkaji budaya kita...kemana agaknya orang bijak pandai masyarakat siam???seharusnya ada inisiatif dari awl lg oleh pihak yg bertanggungjawab...bukankah asal usul itu asas kepada pembentukan budaya?

    ReplyDelete