Thursday, July 29, 2010

Pandangan pengunjung: Perancangan pembangunan masyarakat Siam.

Saya amat tertarik dengan pandangan salah seorang pengunjung blog saya. Mungkin beliau tulis berdasarkan pengetahuan dan pengalaman beliau sendiri. Saya ingin paparkan pandangan beliau untuk kita renung bersama.

Fuel Less Power, said...

Apa yang orang Siam perlu adalah seorang pemimpin yang "persistent" dan tidak hangat-hangat tahi ayam. Kita selalu kena INGATKAN kerajaan bahawa kami wujud dibumi Malaysia dan kami masih mejunjung bumi ini dimana kami memijak.

Dari "observation" saya, saya boleh lihat bahawa ramai pemimpin yang "persistent" dikalangan orang-orang siam. So pemimpin itulah perlu selalu berkomunikasi dengan pemimpin kerajaan dari bawah hingga lah keatas.

Kita adalah kaum micro-minoriti di Malaysia, kita tidak boleh hanya menulis surat dan harapkan kerajaan tolong...kita kena follow-up, follow-up dan follow-up sehingga apa yang dijanjikan , ditunaikan oleh kerajaan.

Kita perlu adakan pusat pertadbiran orang-orang Siam di setiap kampung, dan mengumpul maklumat keluhan-keluhan orang siam dengan tandatangan-tandatangan dan hantartkan kepada wakil rakyat, copy kat Menteri-Menteri dan juga Senator Siam, dan juga hal ehwal luar bandar kat Menteri di Jabatan PM.

Kita kena kumpulkan keluhan-keluhan itu setiap 3 bulan dan rekodkan...so bila sampai waktu Pilihanraya, bila pemimpin hendak tahu apa keluhan-keluhan orang-orang Siam, kita ada ditangan kita pada bila-bila masa. Kita perlukan menyuarakan secara sistematik dengan strategik tertentu untuk merperingatkan kerajaan kewujudan ornag-orang Siam di Malaysia dan kita perlukan perhatian daripada kerajaan.

Apa kita perlukan buat adalah satu Kertas Cadangan yang mempunyai strategik bagaimana membangunkan masyarakat Siam. Kita mesti sediakan Kertas Cadangan Pembangunan Jangka Pendek Untuk Masyrakat Siam dan Pembangunan Jangka Panjang Untuk Masyarakat Siam. Dengan dedahkan professionalism/sistematik kita kepada kerajaan, kerajaan akan melihat kita sebagai aset kepada negara.

Dari dulu hingga sekarang, saya tidak pernah lihat apa-apa Kertas Cadangan yang Sistematik dan Komprehensif untuk Pembangunan Masyarakat Siam, tidak dari Senator kita, Tidak Dari PSM dan juga Tidak dari mana-mana pihak pemimpin-pemimpin masyarakat Siam. Kalau ada, saya sangat mengharapkan untuk membacanya dan ingin tahu ketahap mana pemimpin-pemimpin masyarakat Siam ingin membangunkan bangsa dia sendiri.

Saya mengalu-alukan pendapat-pendapat anda.

3 comments:

  1. kenapa blog kumpulan syam baru senyak aje? tak ada posting baru. dah mampus ke penulisnya? penyokongnya ikut mampus juga ke tak ada suara langsung?

    dulu hebat sangat kutuk ksb. apa dah jadi, sendiri mampus.

    ReplyDelete
  2. KSB masih ok lagi. Ini dikatakan pengwujudan tak ada matlamat. Tujuan nak hentam KSB je. Porahhhh.

    ReplyDelete
  3. ada sesiapa tau tak berapa ramai majoriti kaum siam yang terdapat di malaysia.
    pernahkah kita membuat bancian majoriti siam?

    ReplyDelete