Setiap orang pasti mempunyai seorang atau beberapa orang sahabat. Ada sahabat biasa, ada sahabat sehidup semati dan ada sahabat tumpang sekaki.
Aku juga mempunyai ramai sahabat. Aku cuma nak kongsi di sini tentang seorang sahabat sejati aku. Kira-kira 14 tahun dahulu semasa aku bertukar ke Pulau Pinang, aku jumpa seorang sahabat.
Dia tu orang biasa sahaja tetapi ada pandangan yang jauh. Kami dok sebilik, makan seperiuk dan tidur sebantai. Kisah peribadi dia aku tahu, kisah peribadi aku dia tahu. Kita sentiasa tolong menolong di kala susah dan senang.
Kita aktif dalam program belia bersama-sama. Kita selalu anjur BBQ bersama-sama dengan budak Ruamthai USM. Dia sangkut kat awek USM, aku juga sangkut dengan awek USM juga. Perhubungan dia hingga ke atas pelamin, perhubungan aku hancur berkecai di tengah jalan. Nasib kita bukannya sama walaupun mempunyai citarasa yang sama.
Dulu, poket aku kurang sikit berbanding poket dia sebab income dia 2 kali ganda daripada aku. Kita masing saling bantu membantu tapi akulah yang kerap meminjam daripada dia. Bila dia nak kahwin, dia ajak aku sewa rumah 2 bilik. Dah ada bini mana boleh kongsi bilik dengan aku, kan?
Aku poket kering, dia dahulukan dengan bayar 2 bulan pendahuluan dengan sebulan sewa. Hujung tahun dapat bonus aku pun bayar balik hutang. Tiba2 aku pula yang kahwin dulu bukan dia maka hiduplah aku berkongsi rumah berasingan bilik dengan dia. Ikut kemampuan aku, langsung tak mampu sewa sebuah rumah walaupun 2 bilik. Kerana sahabat, aku boleh hidup di Pulau Pinang. Kita masih berkongsi periuk nasi walaupun aku beristeri manakala dia masih bujang.
Kita sama2 tubuh PBTM, Pekemas dan PSK. Sampai sekarang, kita masih akrab macam dulu. Baru2 ni aku menghadapi tekanan masalah peribadi. Aku call dia tengah malam, "boleh aku tumpang tidur rumah hang", kata ku. Lebih kurang jam 12 mlm, aku sampai rumah dia. Tilam, bantal dan selimut sudah disediakan. Keesokan pagi, dia pergi pekan beli nasi lemak untuk aku sebelum dia pergi kerja.
Bila dia jatuh sakit masuk hospital, hari2 aku pi jengok dia. Bila dia sakit, aku juga berasa sakit. Seolah-olah kita ni ada perhubungan talian persaudaraan sedangkan tidak ada langsung sebarang pertalian darah cuma sekadar seorang sahabat.
Dulu, pak mertuanya suruh anak (bini sahabatku) mendesak dia jangan berkawan dengan aku. Bapa mertuanya Pro-Senator ketika itu. Sahabatku tegas menjawab, "aku kenai sahabatku sebelum aku kahwin lagi, aku lebih tahu siapa dia", katanya.
Mungkinkah ini sahabat sejati aku? Ya, memang dia sahabat sejati aku selama ini.
Tetapi dalam politik masa kini sukar untuk mencari seorang sahabat sejati. Kebanyakkannya pentingkan diri sendiri. Oleh itu, nak kenal seorang sahabat sejati bukannya dinilai dalam masa sehari. Berhati-hatilah sebelum mempercayai seseorang jika kita belum pasti dia sahabat sejati atau tidak. Jika kita silap pilih sahabat, kita sendiri akan merana.
No comments:
Post a Comment