Usul minta takrif bumiputera masyarakat Siam
SIK 12 Julai - UMNO Bahagian Sik dalam mesyuarat perwakilannya kelmarin meluluskan usul meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan agensi kerajaan memberikan takrifan lebih jelas terhadap status masyarakat Siam negara ini sebagai kaum Bumiputera.
Ketua bahagiannya, Mohd. Tajuddin Abdullah berkata, usul yang diluluskan sebulat suara itu juga akan dibawa ke persidangan pusat sempena Perhimpunan Agung UMNO, Oktober depan.
Katanya, usul itu dibuat ekoran masyarakat Siam yang kebanyakkannya merupakan ahli UMNO menghadapi kesulitan semasa berurusan dengan agensi kerajaan.
"Kita berhasrat mengemukakan usul ini ke peringkat lebih tinggi bagi menyelesaikan beberapa masalah yang dihadapi kira-kira 60,000 masyarakat Siam di negara ini."
"Masalah utama yang dihadapi adalah berhubung kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), pelaburan dalam skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan permohonan pemilikan tanah."
"Kita mahu minta status masyarakat orang Siam dikategorikan sebagai Bumiputera sepenuhnya bagi menikmati manfaat sebagai mana yang diperuntukan," jelasnya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini".
Sumber: Utusan Malaysia, 13 Julai 2010 m/s 8
Inilah UMNO Bahagian pertama yang telah memecah rekod membela masyarakat Siam di negeri Kedah sejak penubuhannya sejak 64 tahun dahulu. Sebelum ini, UMNO bahagian inilah juga yang bersuara untuk memberi jawatan Senator kepada masyarakat Siam Malaysia.
Saya pernah tanya seorang veteran salah satu UMNO Bahagian di negeri Kedah, "Pernahkah tuan bawa usul tentang permasalahan Siam dalam mesyuarat UMNO Bahagian?". Beliau jawab pernah tapi dicantas sebelum perbahasan Usul dibentangkan. Katanya lagi, semua usul diserahkan kepada urusetia sebelum mesyuarat dijalankan dan tidak pernah diluluskan oleh urusetia untuk dibahaskan. Wakil daripada UMNO cawangan Kampung2 Siam hanya mempunyai peluang berucap dalam agenda ucapan penangguhan sahaja.
Hanya UMNO Bahagian Sik sahaja yang berani bersuara bagi pihak masyarakat Siam. Terima kasih saya ucapkan.
org siam daerah sik terbaik..,
ReplyDeleteKita tunggu dan lihat dulu....Dah banyak kali orang-ornag tertipu dek kepala-kepala UMNO.... Mungkin ada udang disebalik mee....mana tau..jangan terlalu ghairah dulu...dah serik dah....
ReplyDeleteDiharap YB Belantik ini dapat membawa harapan dan sinar baru kepada masyarakat siam..sama-sama kita tunggu.Salah seorang AJK Bahagian beliau pun orang Siam..tapi jangan hanya tanam tebu di bibir mulut,cakap tak serupa bikin,pemimpin sebegini yang kita tak mahu.Janji mesti ditepati.HIDUP UMNO
ReplyDeleteAku percaya usul ni tak akan sampai ke atas. Hidop Melayu Hidop UMNO.
ReplyDeleteAGM UMNO pd Okt ni, ada sorang G7 kita khun Chiang, Tok Ketua Kg. Janam. Hang pi tengok sat, ada ka depa bawa usul ni? kalau tak, balik mai tubuh parti lain la noh. Pastu kita kecundangkan UMNO dlm PRU13.
ReplyDelete