Monday, November 16, 2009

PSM dibubarkan kerana jawatan Senator.

Saya mendengar desas desus mengatakan PSM akan dibubarkan sekiranya PM tidak melantik Senator ke 3 bagi mewakili masyarakat Siam Malaysia di Parlimen. Saya juga mendengar ura-ura AGM PSM tidak akan diadakan selagi PM tidak melantik senator.

Saya selaku ahli PSM yang menjawat jawatan Penolong Setiausaha PSM cawangan Baling melahirkan perasaan kecewa dan tidak puashati sekiranya apa yang saya dengar adalah betul.

Tujuan utama penubuhan PSM adalah untuk membela masyarakat Siam di Malaysia dari pelbagai aspek pembangunan. Bukannya ditubuhkan hanya untuk mendapatkan jawatan senator semata-mata.

Kita haruslah meneliti semula perlembagaan PSM yang telah digarapkan oleh pemimpin terdahulu sebagai panduan untuk kita menerajui PSM demi kepentingan bangsa kita bukannya untuk kepentingan hanya segelintir pemimpin sahaja.

Harap semua ahli PSM dapat mendesak pemimpin-pemimpin atasan untuk mengadakan AGM dan memilih barisan kepimpinan yang baru dan seterusnya kita akan merayu kepada PM agar melantik Presiden baru PSM sebagai senator ke 3 bagi mewakili masyarakat Siam di Parlimen.

Moga-moga semua ahli PSM seluruh negara sedar tentang tanggungjawab masing-masing untuk menyelamatkan PSM daripada dibubarkan.

No comments:

Post a Comment