Hari ini merupakan hari sambutan Pesta Loy Krathong 2009 bagi masyarakat Siam seluruh dunia termasuk masyarakat Siam di Malaysia.
Saya ambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Loy Krathong kepada semua masyarakat Siam di seluruh negara. Semoga perayaan tahun ini kita semua diberkati.
Jemputlah hadir beramai-ramai ke Wat Thepsuwannaram, Kg. Wat Padang Peliang, Pendang, Kedah pada malam ini. Anda akan terhibur dengan persembahan band daripada kumpulan para remaja Siam..
Krathong disediakan oleh pihak penganjur dengan harga RM10.00 / satu krathong. Pembelian setiap Krathong akan diberi 2 tiket cabutan bertuah. Hadiah agak lumayan. Hasil yang diperolehi akan digunakan untuk pembangunan Sekolah Bahasa Thai Wat Thepsuwannaram.
Jangan lepaskan peluang ini, datanglah beramai-ramai. Pesta Loy Krathong hanya sekali dalam setahun iaitu pada Wan Phen Dean Sip Song bersamaan 2 November 2009 pada tahun ini. Penganjuran pada hari lain adalah bertujuan untuk mencari keuntungan bukannya untuk memelihara keunikan kebudayaan kita.

No comments:
Post a Comment