Sunday, November 1, 2009

Setiausaha Agung PSM dan Setiausaha PSK duduk semeja.

Pada 28 Okt 2009, saya telah ditugaskan untuk menjadi juruacara Program Sukan Sempadan di antara Malaysia - Thailand di Mini Stadium, Kuala Nerang. Sebelum majlis dimulakan saya telah ke kedai makan di Pekan Kuala Nerang untuk sarapan pagi.

Kebetulan Setiausaha Agung PSM juga pergi makan kat kedai tersebut. Beliau menegur saya dan kami duduk semeja sambil makan kami bersembang. Setelah selesai makan beliau membayar bagi saya. Terima kasih la kerana belanja saya makan. Saya rasa dah lama kami tidak duduk semeja sejak kali terakhir di salah sebuah kedai makan di belakang Wat Telok Wanjah sekitar tahun 2002 sebelum beliau menjadi Setiausaha Agung PSM lagi. Hubungan kami renggang ekoran perbezaan pendapat dalam arena politik.

Walaupun kita bercanggah pendapat di dalam arena politik, sebagai persaudaraan sebangsa kita harus menjalinkan perhubungan sesama kita. Berbaik sesama insan tidak akan merugikan mana-mana pihak. PAS dan UMNO bertikam lidah hebat di dalam dewan, bila di luar dewan mereka boleh makan bersama. Inilah orang politik, tiada musuh dan tiada kawan yang kekal.

5 comments:

  1. stedy la setiausaha agong psm ni. sapa dia.....

    ReplyDelete
  2. Ya lah anon 3.02, aku pun siam/thai juga tapi tak tau apa perkembangan psm. Sapa boss sapa ajk, manit boleh bagi tengok senarai nama ajk psm tak...? Trima kase.

    ReplyDelete
  3. AJK PSM dah expiry, tak tau bila mereka nak pilih yang baru utk penggal 2009/2010. Ni dah masuk bulan November, notis AGM cawangan pun belum buat lagi. Tunggu je la labu.

    ReplyDelete
  4. SABAR.....SABAR.....
    MANTAN SENATOR KITA SEDANG UASAHAKAN.
    DATO' SIW CHUN KITA SEDANG MEMIKIRKAN TARIKH YANG SESUAI AJE. JANGAN SUSAH HATI. SEDANGKAN PERSATUAN BELIA YANG TELAH DIMATIKAN OLEH SOMEBODY(MR.MANIT) PUN TELAH BERJAYA DISELAMATKAN DAN MASIH DALAM PROSES PEMULIHAN UNTUK BELIA DIMASA DEPAN

    ReplyDelete
  5. Bukannya persatuan belia diselamatkan oleh mereka. Sebenar dah lama mereka ingin mengambil alih persatuan belia tetapi gagal. Bila ada ruang setelah Akta Pembangunan dan Pertubuhan belia 2007 semua persatuan belia yg berdaftar bawah ROS perlu daftar semula dengan KBS. Maka puak ni terlebih dahulu pi KBS jumpa menteri utk tubuh Persatuan belia ikut acuan mereka. Saya dihubungi oleh KBS tentang perkara ini. Bila saya fikir balik, umur saya dah hampir tamat era belia maka saya bagi green light kpd mereka. Pd 3.2.2009 mereka jumpa menteri KBS utk tubuh persatuan belia walaupun tanpa menepati prosedur penubuhan yg ditetapkan KBS. Atas arahan menteri persatuan belia tu diluluskan serta merta dan menteri serahkan sijil pendaftaran kpd mereka semasa rapat umum di Wat dangsing pd 6.2.2009. Hari ni persatuan tu langsung tak bergerak sebab tujuan mereka hanya menyekat saya sahaja. Sekarang saya tubuh persatuan baru iaitu PSK dan PEKEMAS bagi mengantikan PBTM.

    ReplyDelete