Sunday, November 8, 2009

Pesta Loy Krathong di Dangpleng

Krathong dibuat dalam pelbagai bentuk dan corak gubahan. Sungguh cantik sekali keunikan krathong yang dibuat oleh masyarakat Siam untuk dihanyutkan ke dalam sungai.

Setiap pembelian krathong dengan harga RM10 setiap satu akan diberi 2 tiket cabutan bertuah. Sesiapa yang bertuah akan membawa balik hadiah bernilai ratusan RM. Hadiah-hadiah cabutan bertuah terdiri daripada alat-alat elektrik seperti mesin basuh, TV, periuk nasi, kipas, handphone dan sebagainya.

Pelajar-pelajar Sekolah Bahasa Thai Wat Suwannaram sedang mempersembahkan tarian tradisional Thai bagi menunjuk bakat masing-masing untuk menghiburkan pengunjung ke pesta tersebut.

Sebelum krathong dihanyutkan (diloykan), terlebih dahulu mereka mengangkat krathong melepasi dahi untuk berdoa (Athittharn) memohon restu dan mengucapkan terima kasih kepada Dewi Air.

Selepas itu, krathong dilepaskan ke dalam sungai.

En. Phiang, Pengerusi MKK Kg. Padang Peliang sedang menghanyutkan krathong ke dalam sungai.

Krathong telah dihanyutkan ke dalam sungai dan ia akan mengalir mengikut arus dengan kilauan cahaya api lilin dan gaharu yang dipasang di atas bentuk krathong tersebut mewujudkan cahaya yang sangat menarik sekali sepanjang sungai.

Pengunjung ke pesta tersebut juga telah dihiburkan dengan pesembahan band oleh para remaja Kg. Wat Padang Peliang sehingga jam 2.00 pagi. Memang tidak merugikan kepada pengunjung-pengunjung yang hadir ke Pesta Loy Krathong di Wat Padang Peliang pada 2 November 2009 lepas. Semua hasil sumbangan orang ramai akan dimasukkan ke dalam Tabung Pendidikan Sekolah bBhasa Thai Wat Suwannaram, Padang Peliang.

1 comment:

  1. Tahniah untuk masyarakat Dangpleng.Sesuatu yang sedap dibaca dan menarik sebagai maklumat tambahan dalam memperkenalkan masyarakat siam kepada masyarakat lain. Tak sangka remaja siam juga berbakat dalam seni muzik dan nyanyian.Kesenian rekabentuk Krathong memang menarik. Hebat berseni!. Teruskan Usaha!.

    ReplyDelete