Persembahan gendang panjang untuk menyambut ketibaan dan mengiringi para VVIP ke Majlis Perasmian Pesta Songkran 2009.
Persembahan seni gendang panjang Siam di Majlis Perasmian Pesta Songkran 2008 di Wat Padang Pusing pada 11.4.2009.
Persembahan Tarian Kebudayaan Siam sebagai pembuka selera Majlis Perasmian Pesta Songkran 2009 di Wat Padang Pusing pada 11.4.2009.
Kumpulan Menora PEKEMAS membuat persembahan tarian Menora di Majlis Perasmian Pesta Songkran 2009 di Wat Padang Pusing.
Kumpulan Menora PEKEMAS membuat persembahan Menora.
Persembahan Seni Gendang Panjang dan Tarian Tradisional Siam.
Persembahan Seni Gendang Panjang dan Tarian Tradisional Siam.
Persembahan Seni Gendang Panjang dan Tarian Tradisional Siam.
Persembahan Seni Gendang Panjang dan Tarian Tradisional Siam
brapakah harga untuk satu-satu masa pertunjukan.dengar kata bertanggungjawab buat persembahan sedapnya kalau dengar.tapi kurang manis kalau dengar RM1k dilabur untuk tarian ini,kerjasama sesama kaum adalah satu baikan.tapi kalau duit kopi, duit transport pdg peliang ke padang pusing tak kan semahal tu kot.sewa trailer besar angkut barang dari padang besar ke KL baru RM700 je.bagus kalau duit itu di guna untuk tujuan umum.
ReplyDeleteDulu semasa buat persembahan Menora di KL saya charge RM2,800. Semasa Menteri Belia dan Sukan datang ke Dangsing pd 6.2.2009, saya charge Menora RM1,200 dan gendang panjang RM500.
ReplyDeletePesta Songkran di Dangsing saya cuma charge Menora RM1,000 dan sewa costium tarian dan gendang panjang saya tak charge cuma bergantung kepada pihak penganjur nak beri atau tidak. Penganjur beri RM200 untuk saguhati pakaian dan gendang panjang.
Kalau nak free, menarilah sendiri. Tarian Menora dan tarian tradisional Siam ada harganya tersendiri. Usaha untuk memeliharanya juga memerlukan kos. Buat persembahan program Pejabat Kebudayaan pun kami charge walaupun mereka dah sumbang kepada kami RM25,000 beli pakaian Menora.
Kalau ada tempat yang bagi free, silakan.
Jemput PHRA pi makan nasi dan baca doa sikit-sikit kat rumah kita pun kena bayar.
ReplyDeleteTak pa la kot.., sekali/sehari pertunjukan 1000...2000.ringgit.
ReplyDeleteKumpulan menora tu pun ramai orang juga..dibahagi-bahagikan duet tu,seorang berapa jer dapat.!
Bayangkan 2 orang laki-bini, klu motong getah hasilnya lebeh dari pi main menari menora..tapi kerana jemputan dan setia kawan khonthai,terpaksa rugilah sehari dua.
Anak-anak tinggalkan pd org tua uzur kat rumah.Anjing kesayangan yg setia ligan babi pun entah tumpang makan kat watt mana pun tak siapa habaq.
Pakaian dan peralatannya pun mau maintenance juga.
Saya tak percaya duet tu Khun Manit kebas sorang jer..atau semua masuk persatuan..?
Klu tidak menyalahi mana-mana akta pertubuhan ka, akta Khun Manit sendiri ka..Tolong ceritakan bagi orang siam kedah semua tau..ok.
BIAQ SEMUA ORANG TAU.. KETELUSAN NYA.!
Peruntukan yang dapat RM1200 semasa Menteri Belia datang ke Padang Pusing pd 6.2.2009 saya potong untuk tabung PEKEMAS sebanyak RM120 dan selebihnya RM1080 diagihkan kepada 9 orang ahli Menora.
ReplyDeletePeruntukan yang dapat RM1000 semasa Pesta Songkran di Padang Pusing pd 11.4.2009 saya tidak potong untuk tabung sebab dah dapat duit saguhati pakaian tarian sebanyak RM200 utk tabung PEKEMAS. Saya agihkan kesemuanya kepada 10 orang ahli Menora. Seorang dapat RM100.
Saya tidak mendapat apa-apa bayaran di atas khidmat saya kepada masyarakat. Saya cuma membantu setakat mampu untuk memelihara tarian Menora. Untuk kepastian sila tanya kepada En. Chai Menora (Padang Peliang)selaku Jurulatih dan juga Ketua Menora.
Untuk penari Tarian Tradisional dan kumpulan gendang panjang dibayar terus oleh penganjur.
Hah, tu..clear macam ni kan bagus..
ReplyDeleteSeni budaya kita pun terpelihara..
Anak muda mudi pun dapat wang kocek sekali kala..
Saya harap Manit memperhebatkan promosi kumpulan menora tu,buat ubahsuai mana yang perlu..!
Jangan asyik-asyik ituu.. saja..faham-faham la no.!
Getah sekerap tengah naik harga ni, naik kat highway sekejap ja..dah leh dok makan nasi kat DANNOK dah.
Alangkah baiknya kalau seni budaya kita dapat menembusi pasaran kaum-kaum lain juga di negara kita yang berbilang kaum..klu boleh biaq sampai ke SABAH dan SARAWAK.
CHEERS...