Friday, April 3, 2009

Dijemput ke Wat Siam untuk berpolitik.

Semalam semasa saya bertugas di DM Pekan Bukit Selambau, Enudeng a/l Edin, Ketua Kampung Padang Sekawan menjemput saya ke Wat Siam Bukit Selambau pada 3.4.2009 jam 7.30 malam. Katanya Datuk Seri Samy Vellu hadir untuk berceramah bersama-sama calon BN.

Saya tanya, boleh ke guna wat untuk berpolitik? Beliau menjawab boleh jika orang BN pergi ceramah. Saya tanya lagi kenapa boleh? Beliau kata tak tau dan beliau dah tanya Presiden, Presiden kata kalau BN ceramah tak pa tapi kalau pembangkang ceramah itu baru dipanggil berpolitik.

Pening campur ajaib?

Apa-apa pun tafsiran orang.. samada mereka tahu atau buat tak tau, atau mereka cuma memperbodohkan orang kampung.. Saya tetap tak akan pergi ke majlis tersebut.

Ceramah di dalam wat adalah tidak molek. Wat bukannya tempat untuk berpolitik. Begitu juga di masjid, kuil, gereja dan lain-lain tempat beribadat. Kenapa pemimpin kita tak ada otak nak fikir? Macam mana kerajaan lantik dia jadi Senator, buat malu bangsa sahaja.

1 comment:

  1. wat tmpt ibadat.sokong K.manit
    President siam perlu peka terhadap isu semasa,sosial ekonomi,politik,keagamaan,sukan,kesihatan,dll
    semua ini sudah diketegori tersendiri mengapa keagamaan dicampur dgn politik,adakah President yg diperkenalkan oleh pihak Perseketuan kurang memahami apa itu kategori yg sy sebutkan diatas kurang pedidikan mcm mn pulak boleh jd president,kalau asyik president mcm nie......bila lah org siam akan maju,belajarlah dari kesilapan.ambilah sebagai pengajaran masa depan.bkn nak kutuk tapi kalu pala ketapi bw jatuh longkang gerabak juga jatuh la.

    ReplyDelete