BUKIT SELAMBAU, 4 April 2009: En. Bun Yin a/l Ai An, Pengerusi Persatuan Siam Kedah akan mengiringi YBhg Datuk Lat Shariman Abdullah, Pegawai Khas kepada YAB Perdana Menteri Malaysia untuk bertemu masyarakat Siam Bukit Selambau pada 5 April 2009 jam 8.00 malam.
Saya mendapat maklumat, pagi tadi Sdr. Bun Yin pergi menjemput YBhg Datuk Lat Shariman di Airport dan mereka dalam perjalanan ke Sungai Petani dan bermalam di Hotel Seri Malaysia.
Jika tiada aral melintang, YBhg Datuk Lat Shariman akan hadir ke Program Persembahan Menora di Kampung Padang Sekawan di atas usaha PSK ekoran permintaan pengundi-pengundi Siam di DUN Bukit Selambau.
Kehadiran Pegawai Khas PM dapat memberi gambaran bahawa masyarakat Siam tidak terpinggir dan masih terbela walaupun Kedah diperintah oleh parti Pakatan Rakyat. Siapa nakkan jawatan Senator ke 3 mewakili masyarakat Siam, lantaklah diorang. Kami akan terus dengan perjuangan kami untuk menjaga kebajikan masyarakat Siam di negeri Kedah tanpa mengharapkan bakal Senator datang membantu.
Saya juga rasa tergelak bila membaca komen dalam Bolg Komuniti Siam Baru mengatakan YAB Perdana Menteri Malaysia memberi surat kepada bakal Senator Siam ke 3 untuk berkempen di Bukit Selambau. Kehadiran bekas senator Siam ke pekan Bukit Selambau pun pengundi Siam di sini tak ambil tau. Tambahan pula, bekas senator hanya hadir jika ada VVIP hadir. Kalau tak ada VVIP, batang hidung pun tak kelihatan. Hanya muka saya tiap-tiap hari mereka nampak. Hari-hari saya makan free, pengundi Siam di sini belanja. Baik sungguh hati budi pengundi Siam di sini.
Apa sebenarnya yang berlaku kat bekas senator kita?
ReplyDeleteBanyak pertanyaan dan penyelewengan yg ditanya tak terjawab.PSM dan SENATOR tak ada laman web sendiri ke?
Pandai no dia orang KELENTONG!!
Masa mula naik dulu sangat kencang bak kereta Formula One, laju sampai habuk pun tak terkejar.!
Ramai kata ORANG KAMPUNG dah meluat kat senator. Di kpg dia sendiripun ramai dah menjauhi dia.
BIASA LA.. JURANG PERBEZAAN DIANTARA ORANG KAYA DG ORANG MISKIN!!??
SINDROM DILEMA DALAM MASYARAKAT KITA KOT NO!!??
Saudara Manit pun ingat-ingat sikit. Banyak kali dah makan free,faham la no..Orang siam kata dah makan budi le tu.
Mana tahu suatu hari nanti saudara "TERJADI PEMIMPIN" jangan menderhaka pd orang Siam..k.
Sekarang ni dunia bebas "SIBER", Orang bebas mengkritik .Luahan boleh bertukar menjadi "PISTOL MAYA".
BELAS KASIHAN ADA BATASANNYA..TETAPI SAYA TAK ADA BELAS KASIHAN KEPADA PENDERHAKA!!