Tuesday, April 14, 2009

Bila lagi pihak BN lantik wakil Siam di Kedah..

Kerajaan Negeri Kedah yang diperintah oleh Pakatan Rakyat telah melantik YB S. Manikumar, ADUN Bukit Selambau sebagai EXCO Kerajaan Negeri Kedah dengan memegang portfolio sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Masyarakat Siam, India, Pekerja Ladang serta Perpaduan.

Sebelum ini portfolio tersebut dipegang oleh En. V. Arumugam yang telah meletakkan jawatan sebagai EXCO dan ADUN Bukit Selambau pada 5 Feb 2009. Maka pilihanraya kecil di DUN Bukit Selambau terpaksa diadakan pada 7 April 2009 dan dimenangi oleh YB S. Manikumar.

Persoalan saya di sini, bilakah Kerajaan Persekutuan yang diterajui oleh BN melantik wakil masyarakat Siam di Kedah sebagai penghubung antara kerajaan BN dan masyarakat Siam Kedah supaya kesetiaan masyarakat Siam terhadap BN selama ini terbela.

Tindakan bagi mengambil hati pengundi Siam haruslah dilakukan secepat mungkin bagi memastikan pengundi Siam kekal setia kepada parti BN. Sebagai persiapan menghadapi Pilihanraya Umum Ke 13.

Sekiranya Kerajaan Persekutuan gagal melaksanakan tugas yang kecil seperti ini, saya rasa lama-kelamaan kesetiaan pengundi Siam terhadap BN semakin berkurangan. Fikirlah semasak-masaknya, sekiranya ingin merampas semula kerajaan negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.

Walaupun masyarakat Siam merupakan kaum minoriti, satu undi pun boleh menentukan kalah atau menang kepada calon yang bertanding.

1 comment:

  1. Jangan harap sangat lah saudara, Orang Siam ni sikit saja..umpama kutu diatas belakang kerbau.

    Kewujudan kita sekadar makanan burung saja..
    Kerbau tak rasa apa-apa pun,malah mereka buat tak pandang sebelah mata pun kat kaum etnik Siam,RAKAN SENEGARA MEREKA.

    Saudara tengok sajalah baru-baru ni, NAJIB RAZAK dan ANWUAR IBRAHIM berlumba-lumba mengucap Selamat Tahun Baru kat kaum Tamil, Malayalam,Singhalese,Sikh sampai mulut berbuih-buih.

    Adakah mereka mengucap selamat tahun baru pd komuniti Siam,jiran terdekat mereka..?
    Bukan mereka tak tahu kewujudan kaum kita,tapi kaum kita taklah penting sangat untuk politik mereka.

    Terima sajalah kenyataannya bahwa kita hidup di dlm sebuah negara yg pemimpinnya mengutamakan kaum dan kroni masing-masing.


    Nak harapkan pemimpin Siam kita pun tak nampak kewibawaannya, lagipun kena menadah tangan macam peminta sedekah.. KESIAN..!

    Saudara mempunyai perhubungan yg rapat dg Orang siam kat kampung dan rakan-rakan yg telah berjaya dlm pelajaran, gunakanlah kesempatan dan keistimewaan ini untuk menyedarkan kaum kita tentang pentingnya pendidikan dan pelajaran.

    Walaupun kita minoriti tanpa kuasa politik dan agak tersisih,tapi janganlah jadi saperti kutu di atas belakang kerbau..harungi kehidupan seharian dan jadi makanan burung akhirnya.

    Nasihatkan dan sedarkanlah kaum kita tentang kecerdikan seekor semut yg tahu dimana letaknya kelemahan seekor gajah yg lebeh besar dari kerbau itu.

    Bangsa dan umat yg berpendidikan saja yg mampu mengekalkan jatidiri dan survivalnya di dunia hari ini...

    HAKIKATNYA KITA BUKAN PELARIAN DAN PENUMPANG..KITA ADALAH RAKYAT YANG BERNEGARA.

    ReplyDelete