Friday, April 26, 2013
Nak buang Boon Som kena tolak BN.
Bagaimanakah Boon Som dapat jadi Senator ke 3 mewakili masyarakat Siam Malaysia?
Adakah semua JKKKP Siam seluruh Kedah pilih dia? Rasanya tidak, cuma anak buahnya pergi ketuk pintu setiap rumah JKKKP untuk dapatkan tandatangan dan cop jkkkp je. Bila ditanya, dia jawab 'saya bukan nak jadi Senator cuma org bawahan mahukan saya". Betul ke?
Adakah NGO Siam sokong Boon Som jadi Senator? Rasanya tidak, Persatuan Siam Malaysia (PSM) telah membuat pengundian dalam Mesyuarat Agung Tahunannya memilih En. Siri Neng Buah, En. Chalar dan En. Vinai sebagai calon Senator. Persatuan Siam Kedah (PSK), Persatuan Kebudayaan Masyarakat Siam Negeri Kedah (Pekemas) dan Persatuan Kebudayaan Siam Perlis berkecuali dalam perkara ini. Persatuan Masyarakat Siam Kelantan (PMSK) menyenaraikan pemimpin mereka sebagai calon.
Siapakah sebenarnya membantu dia menjadi Senator? Tidak lain tidak bukan, orang yang berdekatan dengan PM iaitu salah seorang Pegawai Khas PM. Adakah dia benar2 faham kehendak masyarakat Siam? Rasanya tidak, pemilihannya atas dasar kawan. Mungkin Boonsom berasal drp wartawan dengan harapan dapat bantu promosi kawan.
Setelah dilantik menjadi Senator dia dapat membawa turun PM utk berjumpa kaum Siam di Pendang. Syabas diucapkan.. Tapi sayangnya, kekuatan jadi kelemahan. Peruntukan yg diumumkan PM tak seimbang hanya Kg. Titi Akar dapat RM500k dan Kg. Tok Set dapat RM400k serta ketua-ketua Sami yang tak pernah mengundi dapat RM9k setiap seorang. Baki 42 kampung Siam lagi tak dapat apa2 hasil kunjungan PM. Tambahan pula, PM umum kaum Siam Bumiputera yang samar2.
Kunjungan TPM pula sebanyak 2 kali. Kali pertama di Hotel Sentosa Alor Setar dapat beri RM500k kepada yayasan,, lesap juga. Kali ke 2 di Wat Naka, Padang Terap pada 16 Feb 2013,, janji macam2 seperti peruntukan kepada NGO Siam. Rasanya janji tinggal janji, membuat orang Siam semakin marah kepada kerajaan.
Kesannya yang paling ketara sekali selepas perlantikan Senator ke 3 ialah pergerakan NGO Siam terbantut. Berbagai2 halangan yang dikenakan sehingga ada NGO Siam hampir mati dan tak berupaya untuk bergerak. Pegawai kerajaan yang aktif ditukarkan pergi jauh daripada masyarakat Siam.
Baru2 ini dikejutkan pula dengan rekemen Senator untuk pemberian pingat PJK kepada kroni dan sanak-saudara dia sahaja. Sehingga pemimpin masyarakat Siam yang betul-betul aktif membantu masyarakat Siam diabaikan.
Oleh itu, kalau nak halang Boon Som daripada disambung khidmat sebagai Senator untuk penggal ke 2, kita haruslah menjatuhkan Be End terlebih dahulu. INI KALILAH.
Thursday, April 25, 2013
Janji Tak Ditunaikan?
Pada 16 Feb 2013 bertempat di Wat Naka, Padang Terap, Kedah,, YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia, tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan kelulusan sebanyak RM1.2 juta iaitu untuk 31 Sekolah Bahasa Siam di Kedah dan Perlis (RM620,000), persatuan dan kelab Siam seluruh negara (RM130,000), membina gelanggang futsal di Kampung Baru Naka (RM200,000), baik pulih Wat Siam Titi Akar di Pendang (RM50,000) dan selebihnya membiayai projek-projek kecil untuk masyarakat Siam seluruh Kedah - Bernama.
Janji tersebut telah ditunaikan atau belom??
Pemuda Siam dah matang dalam politik.
Dahulu orang Siam
begitu segan, malahan takut untuk memberi sokongan kepada parti selain Umno BN.
Sesiapa yang sokong Pas atau DAP akan terima bermacam-macam ugutan. Betapa
jahatnya pemimpin Siam Umno. Sampai hati ugut kaum sendiri!
Sekarang pemuda Siam sudah berani melakukan perubahan dengan menyatakan sokongan padu kepada Pakatan Harapan Rakyat. Ugutan masih ada tetapi dipijak ke tanah. (Jangan diugut lagi, nanti orangnya pula dipijak ke tanah). Mereka sedar bahawa sekian lama mereka ditipu BN. Janji-janji dicapati. Peruntukan diwar-warkan, tapi entah masuk poket siapa. Bagi jawatan Senator, sudah 3 orang, tapi kehidupan masyarakat Siam tak pernah melonjak naik; masih di tahap lama. Suara Siam bersipongang di dewan Parlimen tapi tindakanya tiada. Jika ada pun, sangat perlahan seperti kura-kura. Orang naik Ferrari, kita msih di belakang kura-kura!
Selama 23 tahun Pas perintah Kelantan, 5 tahun Pas perintah Kedah, 5 tahun DAP perintah Pinang dan 5 tahun PKR perintah Selangor telah membuka mata, mematang dan menyedarkan kaum muda Siam bahawa Umno bukan parti yang boleh diharap lagi. Umno BN umpama mimpi indah yang penuh harapan tapi hilang menjelang pagi.
Walaupun setahun dua ini, Umno banyak menabur duit kepada rakyat dalam pelbagai nama - BR1M paling terkenal, namun kaum Siam juga seperti kaum lain, sedar bahaw itu semua adalah umpan politik murahan Umno, umpama ubat penahan sakit yang hanya menahan sakit tapi tak menghilangkan penyakit. Masalah asas masyarakat Siam masih tak diselesaikan. Apabila didesak, Umno melalui wakil yang dilantik (Pak Turut Umno) akan memujuk dengan pelbagai janji manis. Masa berlalu, janji tinggal janji.
Akhirnya, setelah tak tertahan dibohong dan dibohong, masyarakat Siam, melalui pemudanya yang berjiwa besar bertekad, tanpa memecahkan ruyung, masakan akan mendapat sagunya; mereka melakukan lonjakan paradigma memberi sokongan kepada Pakatan Harapan Rakyat. Ini suatu kebijakan yang tak pernah berlaku dalam sejarah kaum Siam. Syabas anak-anak muda Siam!

Subscribe to:
Posts (Atom)