Thursday, April 25, 2013

Pemuda Siam dah matang dalam politik.

Dahulu orang Siam begitu segan, malahan takut untuk memberi sokongan kepada parti selain Umno BN. Sesiapa yang sokong Pas atau DAP akan terima bermacam-macam ugutan. Betapa jahatnya pemimpin Siam Umno. Sampai hati ugut kaum sendiri!

Sekarang pemuda Siam sudah berani melakukan perubahan dengan menyatakan sokongan padu kepada Pakatan Harapan Rakyat. Ugutan masih ada tetapi dipijak ke tanah. (Jangan diugut lagi, nanti orangnya pula dipijak ke tanah). Mereka sedar bahawa sekian lama mereka ditipu BN. Janji-janji dicapati. Peruntukan diwar-warkan, tapi entah masuk poket siapa. Bagi jawatan Senator, sudah 3 orang, tapi kehidupan masyarakat Siam tak pernah melonjak naik; masih di tahap lama. Suara Siam bersipongang di dewan Parlimen tapi tindakanya tiada. Jika ada pun, sangat perlahan seperti kura-kura. Orang naik Ferrari, kita msih di belakang kura-kura!

Selama 23 tahun Pas perintah Kelantan, 5 tahun Pas perintah Kedah, 5 tahun DAP perintah Pinang dan 5 tahun PKR perintah Selangor telah membuka mata, mematang dan menyedarkan kaum muda Siam bahawa Umno bukan parti yang boleh diharap lagi. Umno BN umpama mimpi indah yang penuh harapan tapi hilang menjelang pagi.

Walaupun setahun dua ini, Umno banyak menabur duit kepada rakyat dalam pelbagai nama - BR1M paling terkenal, namun kaum Siam juga seperti kaum lain, sedar bahaw itu semua adalah umpan politik murahan Umno, umpama ubat penahan sakit yang hanya menahan sakit tapi tak menghilangkan penyakit. Masalah asas masyarakat Siam masih tak diselesaikan. Apabila didesak, Umno melalui wakil yang dilantik (Pak Turut Umno) akan memujuk dengan pelbagai janji manis. Masa berlalu, janji tinggal janji.

Akhirnya, setelah tak tertahan dibohong dan dibohong, masyarakat Siam, melalui pemudanya yang berjiwa besar bertekad, tanpa memecahkan ruyung, masakan akan mendapat sagunya; mereka melakukan lonjakan paradigma memberi sokongan kepada Pakatan Harapan Rakyat. Ini suatu kebijakan yang tak pernah berlaku dalam sejarah kaum Siam. Syabas anak-anak muda Siam!


 

1 comment:

  1. INI SEMUA FITNAHHHHHH .......... ORG SIAM KEDAH X TAU MENGENANG JASA KERAJAAN BN N INI HANYA SEBHG SHJ BKN MEWAKILI SELURUH PEMUDA KEDAH D NGRI INI ......APA KEBAIKAN YG DPT DEKIRANYA UNDI PAS ? KALU BETUL2 SOKONG PAS JGN AMBIL BR1M

    ReplyDelete