Pekemas diwakili saya dan Sdr. Ban Dit a/l Wan selaku Ahli Majlis
MKNK dan Setiausaha Pekemas. Setiap ahli rombongan dikenakan bayaran sebanyak RM2,000.
Manakala ahli MKNK hanya dikenakan bayaran sebanyak RM500 sahaja dan selebihnya
dibiayai oleh MKNK.
Para VIP yang turut serta dalam rombongan tersebut ialah YB
Datuk Johari Bin Abdullah, ADUN Kupang, YB Datuk Yahaya Bin Abdullah, ADUN Jeneri
dan YB Senator Nazri, Ahli Dewan Negara.
Pihak kami bertolak dari Lapangan Terbang Kepala Batas, Alor
Setar pada 27 Disember 2012 jam 8.30 pagi dan bertolak dari KLIA pada jam 2.30
petang. Kami sampai di Lapangan Terbang Sultan Shariff Kassim II, Pekan Baru
pada jam 3.00 petang (jam Indonesia). Kami disambut oleh Mas Joko, agen
pelancongan di Pekan Baru.
Kami menginap di Hotel IBIS, Pekan Baru, Riau, Indonesia
sepanjang kami berada di sana. Hari pertama kami berada di Pekan Baru,
rombongan kami di bawa bersiar-siar di sekitar bandar Pekan Baru. Selepas makan
malam, kami dibawa melawat Toko Media iaitu kedai buku seperti Popular Store di
Malaysia.
Pada hari ke 2, kami bertolak ke Universiti Riau untuk
menghadiri Seminar Kerjasama Sejarah Riau – Kedah. Kami disambut oleh pihak
Universiti Riau dan para pelajar Fakulti Sejarah. Naib YDP MKNK iaitu Prof.
Mohd. Isa adalah salah seorang pembentang Kertas Kerja dalam seminar tersebut.
YB Datuk Johari Abdullah pula menyampaikan ucapan perasmian. Seterusnya kami
dibawa melawat Muzium Riau dan melawat Masjid Ar Nur yang terbesar di Riau.
Pada 29 Disember 2012, pihak kami di bawa melawat istana lama
Kesultanan Siak dan melawat makam Sultan Siak yang terakhir iaitu Sultan
Shariff Kassim II. Perjalanan ke Siak dari Pekan Baru mengambil masa 3 jam,
agak meletihkan. Sebelah petang kami ke Pasar Basah di Pekan Baru berhampiran
pelabuhan lama di pinggir Sungai Siak.Pada 30 Disember 2012, rombongan kami di bawa untuk membeli belah di pusat-pusat perniagaan di Pekan Baru sebelum berlepas pulang ke Malaysia pada jam 2.00 petang. Saya dan Ban Dit sampai di rumah pada jam 11.00 malam selepas berhenti makan malam di Restoran Siam Kg. Cina, Pendang, Kedah.
No comments:
Post a Comment