"... Loy Loy Krathong... Loy Loy Krathong..."
Pastinya ada di antara anda pernah mendengar lirik lagu ini. Namun, ramai juga mungkin tidak tahu apa sebenarnya 'Loy Krathong' itu. Loy Krathong adalah salah satu pesta keramaian popular yang disambut kebanyakan masyarakat berketurunan Thai/Siam di seluruh dunia. Malah, ia juga dilihat sebagai satu simbol kekayaan warisan budaya masyarakat berkenaan. Pesta Loy Krathong lazimnya disambut setahun sekali iaitu pada hari ke-15 dalam bulan 12 mengikut kalendar Lunar Thai (sekitar permulaan bulan November). Tarikh berkenaan dipilih kerana dikatakan akan berakhirnya musim hujan dan paras air sungai yang masih tinggi.
Tentunya ada di antara anda tertanya-tanya apakah kaitan paras air sungai dengan pesta Loy Krathong ini? Sebenarnya, upacara ini berkait rapat dengan sungai sebagai nadi dan tulang belakang masyarakat Thai.
Perkataan 'Loy Krathong' membawa maksud tersendiri. 'Loy' dalam bahasa Thai bermakna hanyut, manakala 'Krathong' pula adalah bentuk bunga teratai. Jadi, dalam erti kata lain Loy Krathong bermaksud 'menghanyutkan bunga teratai'. Titik tolak sambutan perayaan Loy Krathong adalah berasaskan kepercayaan golongan Brahmin dalam agama Hindu purba. Dikatakan pada suatu ketika, masyarakat Brahmin mengadakan upacara menghanyutkan bungai teratai sebagai tanda penghargaan kepada 'Mae Khongkha' atau Dewi Air pada malam bulan purnama.
Sejak itu, unsur keagamaan berkenaan diserap ke dalam kebudayaan masyarakat kebanyakan negara Asia Tenggara seperti negara Thai, Laos, Myanmar, Kemboja dan Vietnam. Malah warisan budaya berkenaan telah diusahakan dan diwariskan kepada generasi muda lebih daripada 700 tahun.
Sungguhpun asal-usulnya dikaitkan dengan upacara keagamaan Hindu, namun masyarakat Thai tetap percaya bahawa Loy Krathong membawa azimat kepada hidup mereka. Dengan itu, wujudlah kepercayaan baru yang mengatakan bahawa segala benda buruk akan hanyut bersama Krathong.
Justeru, di sesetengah tempat dapat dilihat juga di kalangan masyarakat yang menyambut Loy Krathong akan memotong kuku dan rambut pada hari berkenaan untuk tujuan menghanyutkan bersama bunga teratai. Di samping kepercayaan berunsur agama Hindu, terdapat satu lagi lagenda kesusasteraan Thai yang menceritakan asal usul sambutan hari Loy Krathong.
LAGENDA LOY KRATHONG
Lagenda Loy Krathong ini mengatakan pada zaman Sukhothai dahulu, terdapat seorang gundik kanan Raja Lhe Thai yang sangat jelita bernama Nang Noppamas. Nang Noppamas dikatakan mempunyai paras rupa yang cantik dan perawakan terpuji sehinggakan Raja Lhe Thai amat tertarik dengannya. Pada suatu malam, Nang Noppamas telah mengajak Raja Sukhothai ke tebing sungai untuk menyambut upacara itu. Dipercayai beliau adalah orang pertama yang membuat bunga teratai tersebut dan kemudiannya menjadi ikutan ramai.
Keunikan bunga teratai atau Krathong itu ialah ia dibuat daripada batang dan daun pisang. Cara membuat Krathong amat mudah iaitu hanya melipatkan daun-daun pisang dengan kemas sehingga ia menjadi bentuk yang serupa bunga teratai. Selain itu, bagi mencantikkan lagi bunga teratai itu, bunga-bungaan lain juga dimasukkan. Krathong tidak lengkap sekiranya tidak dimasukkan lilin dan tiga batang colok. Namun, peredaran zaman dan kesibukan terutamanya masyarakat bandar telah menyebabkan Krathong kini kebanyakannya diperbuat daripada plastik polystyrene.
Lazimnya, masyarakat Thai akan berkumpul beramai-ramai sejak awal malam lagi di perkarangan Wat (biara Buddha). Masing-masing akan membawa Krathong untuk upacara pembacaan mentera oleh para Bhikkhu (sami Buddha).Tujuan upacara pembacaan mentera diadakan adalah untuk mendapat restu dan kemuliaan daripada para Bhikkhu selaku pendeta agama Buddha.
Di samping itu, ia juga bagi mengelakkan kecelakaan semasa menghanyutkan bunga teratai.Setelah upacara pembacaan mentera tamat, perarakan Krathong akan bermula. Sepanjang perjalanan ke sungai ataupun tasik, lazimnya pasukan paluan gendang panjang akan mengadakan pertunjukkan mereka. di samping itu, perarakan juga akan diiringi dengan tarian.Menjelang lewat malam, lilin dan colok dalam Krathong yang dibawa bersama akan dinyalakan.
Kemudian, mereka akan mendoakan sesuatu dengan penuh harapan dan menghanyutkannya ke dalam sungai. Malam bulan purnama tersebut diindahkan lagi dengan cahaya lilin Krathong di permukaan air.Cara sambutan hari Loy Krathong kini telah berubah. Pesta Loy Krathong kini semakin meriah berikutan persembahan kebudayaan dan kesenian Thai seperti paluan Klong Yau (gendang panjang) beserta dengan tarian Ramvong. Selain itu, pengunjung pesta Loy Krathong juga dapat menikmati pelbagai juadah masakan ala Thai.Di sesetengah tempat, pesta loy Krathong juga akan dimeriahkan lagi dengan pertandingan ratu cantik. Pertandingan ini dinamakan Noppamas Queen Contest yang diambil sempena nama gundik Raja Lhe Thai.
Di samping itu, kebanyakan hotel di negara Thai, Laos, Myanmar dan Kemboja menyediakan pakej pelancongan yang menarik untuk pelancong menjelang penyambutan pesta Loy Krathong. malah, pesta ini telah menjadi salah satu daya tarikan para pelancong asing untuk mengunjungi negara berkenaan.
LOY KRATHONG DI MALAYSIA
Sungguhpun begitu, kemeriahan pesta Loy Krathong ini juga turut terasa bagi masyarakat Malaysia terutamanya yang berketurunan Thai. Kepelbagaian kaum, budaya, agama dan adat resam di negara ini terbukti apabila masyarakat Thai di negeri-negeri seperti Kedah, kelantan, Perlis, Pulau Pinang, Perak dan Selangor telah menyambut pesta loy Krathong dengan meriah.
Di Pulau Pinang, Persatuan Siam Malaysia (PSM) cawangan Pulau Pinang dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan diberikan mandat menganjurkan pesta Loy Krathong setiap tahun. Lokasi yang dipilih ialah di Wat Buppharam, No. 8, Jalan Perak dan Persiaran Gurney. Kira-kira 2,000 orang telah berkumpul di Wat Buppharam dan Persiaran Gurney setiap tahun untuk meraikan pesta Loy Krathong. Mereka yang datang bukan sahaja terdiri daripada masyarakat Thai, namun boleh dikatakan semua kaum termasuk pelancong asing datang memeriahkan majlis ini.
Lazimnya pesta Loy Krathong disambut di sungai atau tasik tetapi bagi Pulau Pinang, sungai yang ada adalah tidak sesuai. Dengan itu, keunikan pesta Loy Krathong di Pulau Pinang ialah bunga teratai akan dihanyutkan ke laut. Pesta ini menjadi kebanggaan masyarakat Thai berikutan ianya menjadi identiti dan warisan budaya dan harus dikekalkan terutamanya dalam konteks Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Keunikan warisan budaya sesuatu kaum harus dikekalkan sejajar dengan negara Malaysia yang latar belakang masyarakatnya pelbagai kaum.
Pesta ini akan dapat memupuk semangat bertolak ansur dan persefahaman di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang agama. Dengan adanya kepelbagaian budaya, ia dapat menggalakkan persefahaman sesama bangsa. "Kata pepatah, kalau tak kenal maka tak cinta". Sambutan Loy Krathong ini membawa seribu makna terutamanya dalam hal persefahaman antara kaum di Malaysia. Unsur kebudayaan sesuatu kaum ini haruslah diwarisi daripada generasi lama kepada generasi baru.Jelasnya, dapat diperhatikan bahawa kemeriahan pesta Loy Krathong yang diraikan masyarakat Thai di Malaysia juga turut dikongsi bersama dengan masyarakat pelbagai kaum.Dalam konteks ini, pihak kerajaan seharusnya mempergiatkan lagi usaha untuk mengetengahkan kepelbagaian unsur kebudayaan masyarakat Malaysia.

No comments:
Post a Comment