Sila lihat baik-baik pingat ini. Pingat ini disimpan oleh salah seorang warisnya di Bukit Selambau. Pingat ini diwarisi sejak moyangnya lagi. Mungkin pingat ini mempunyai kaitan dengan moyangnya.
Pingat di atas adalah gambar Raja Taksin merupakan Raja pertama Thailand. Ada tulisan China, mungkin Raja Taksin keturunan China.
Gambar di bawa ada tertera tarikh tahun 2323 (kalender Thailand) sekitar tahun 1780. Nama tertera di bawah ialah Phra Chau Krung Thon.
Sesiapa yang tahu tentang pingat ini? Harap syer sikit pengetahuan.
Sebentar tadi semasa saya bertugas di Pekan Bukit Selambau, saya ditunjukkan pingat ini oleh pemiliknya. Menurutnya pingat ini diwarisi sejak turun temurun oleh nenek moyang beliau. Hanya anak sulung dalam keturunan beliau sahaja boleh simpan pingat ini.
Saudara,
ReplyDeletePingat yang bertulisan Cina lama itu bunyinya zheng ming tong bao (atau tulisan baru Cina 郑明通宝), iaitu nama Raja Taksin dalam bahasa Cina. Somdet Phra Chao Taksin Maharat merupakan seorang berketurunan Cina Teochew. Ada satu lagi pingat dijual di internet yang didakwa berasal dari tahun 1860, juga mengandungi tulisan Cina yang sama.
Di atas pingat ini tercatat tarikh Buddhasakarat 2323. Kalau dikira secara biasa sekali lalu, tahun Masihinya sekitar 1780. Namun, perkiraan saudara saya kira mungkin tepat kerana kalendar Siam pada masa itu belum diselaras dengan kalendar Gregorian. Apa-apapun, tarikh sekitar penghujung 1760-an dan 1780-an memang bertepatan dengan masa pemerintahan Raja Taksin iaitu dari 1768 hingga 1782. Saya kira pingat ini adalah sejenis commemorative coin namun saya tidak pasti.
Raja Taksin telah mati (ada yang kata dibunuh) dalam satu rampasan kuasa yang tidak dapat dipastikan kisahnya. Bagaimanapun, Phrabat Somdet Phra Phutta Yodfa Chulaloke yang pada ketika itu bergelar Chao Phraya, telah mendirikan kerajaan dinasti Chakri selepas kemangkatan Raja Taksin dan seperti yang kita maklum, Phrabat Somdet Phra Chao Yu Hua yang memerintah sekarang adalah keturunan Chakri.
Untuk pengetahuan saudara, saya seorang rakyat Malaysia yang diam di Eropah serta mengkaji sejarah Siam terutamanya sejarah diraja Siam dan rajasap sejak sekian lama. Saya berketurunan Cina Malaysia generasi kesembilan dan beragama Buddha Therawat. Datuk saya lahir pada zaman Phrabat Somdet Phra Chulachomklao di Pantai Timur dan boleh bertutur dan membaca bahasa dan tulisan Siam tetapi malangnya saya cuma mengenali huruf Siam tanpa boleh bertutur. Namun, saya amat menghargai elemen Siam dalam keluarga saya. Trankripsi tulisan Thai ke rumi yang saya gunakan di sini berdasarkan RTGS.
A