Sejak kebelakangan ini saya jarang melayari internet kerana sibuk dengan tugas-tugas khas di DUN Bukit Selambau sejak 16.3.2009 hingga 8.4.2009. Hari ini saya terpaksa ke Bandar Sungai Petani untuk ke Cyber Cafe melayari blog saya dan seterusnya meluahkan apa yang terpendam dalam hati saya selama ini. Bila isu ini diungkit kembali oleh kawan-kawan semasa berjumpa di Bukit Selambau.
Hari ini saya singgah makan di sebuah kedai makan di Pekan Bukit Selambau dan saya bertemu dengan salah seorang pemimpin parti GERAKAN Kg. Olak Madu dan seorang ahli PSK. Dalam sembang-sembang, banyak juga isu yang kami bincangkan antaranya ialah berkaitan ramai orang Kg. Olak Madu benci kepada saya dan juga isu ambil kesempatan program Pesta Songkran di Wat Padang Pusing pada 10 dan 11 April depan.
Oklah, saya cerita isu pertama dulu... Pemimpin tersebut memaklumkan kepada saya ramai org di Olak Madu benci kepada saya. Tak boleh sebut nama saya pasti ada yang melenting. Tapi bila jumpa saya, mereka nampak cukup baik dengan saya. Saya jawab, saya tahu cuma buat tak tahu je. Kes ini bermula sejak PBTM menganjurkan seminar di Wat Olak Madu pada tahun 2004 lagi.
Duit PBTM keluar sebanyak RM10,000 untuk program tersebut. Jika tak cukup, PBTM akan cover lagi. Saya terpaksa tinggalkan anak bini dan berkampung di Wat Olak Madu. Tapi sayangnya, bukan tujuan anjurkan seminar yang mereka harapkan. Ada yang cuba berusaha mengeringkan kantung PBTM dan menjahanamkan PBTM. Saya selaku Presiden PBTM dilihat sebagai seekor anjing kurap walaupun sanggup tidur dalam kereta semasa berada di wat Olak Madu hanya kerana nak menjayakan program tersebut. Mereka tidak nampak tambahan pula mereka mengagung-agungkan senator mereka walaupun sesen pun tak hulur.
Mereka jemput pemimpin mereka berucap dan menghentam saya selaku Presiden PBTM yg menganjurkan program tersebut. Boleh katakan mereka tikam saya selaku Presiden PBTM di atas pentas PBTM. Selepas itu, ada pula yang sanggup pergi hasut orang-orang Siam Baling mengatakan saya tak guna, saya makan duit persatuan, saya ambil duit persatuan pergi buat banglo besar-besar. Maklumlah saya adalah Penolong Setiausaha PSM Caw. Baling dan Presiden PBTM. Mereka hasut orang Siam rata-rata di seluruh Kedah. Mereka nak semua orang Siam Kedah benci kepada saya dan mudahlah mereka singkir saya dari PSM dan menjahanamkan PBTM. Walaupun saya dah berusaha sedaya upaya membantu mereka menjayakan seminar di kampung mereka, akhirnya saya dibalas sebegini rupa. Walaupun mereka berjaya menlenyapkan PBTM dgn menubuh PBSM untuk menjadi hak mutlak mereka. Saya tak kisah,, saya akan terus berjuang dalam PSK dan PEKEMAS yang baru saya tubuh menggantikan PBTM untuk pembangunan khonthai Kedah.
Dalam kes ke 2 pula, member saya ahli PSK Bukit Selambau memaklumkan kepada saya bahawa ada SMS meminta mereka kutip nama pelajar Siam yg mendapat result exam cemerlang baru-baru ini. Katanya ada pihak nak beri anugerah pelajar cemerlang di Wat Padang Pusing sempena Program Pesta Songkran pada 11 dan 12 April depan. Mereka tanya saya betul ke? Maklumlah saya org Padang Pusing.
Saya jawab, setahu saya program anugerah pelajar cemerlang tak ada dalam perancangan. Pesta Songkran yang dianjurkan di Wat Padang Pusing pada 11 dan 12 April ini adalah anjuran Kelab Penyokong PAS Daerah Pendang dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kedah dan Konsul Thailand di Penang dengan peruntukan RM25,000.00. Semasa konsul Thailand datang ke wat Padang Pusing pada 19 Mac lepas, saya hadir dalam perjumpaan tersebut. Tak bangkit pun soal bagi anugerah pelajar cemerlang.
Pada pendapat saya, mesti pemimpin kita nak ambil kesempatan politik mereka dalam program yang dianjurkan oleh orang lain. Dalam kes ini, saya tak berasa hairan langsung. Sebab program seminar PBTM pada tahun 2002, 2003 dan 2004 mereka juga pernah ambil kesempatan walaupun mereka cukup benci kepada saya tetapi datang juga dalam program saya tanpa dijemput.
Tahun 2002, Seminar di Baling anjuran Ruamthai + PBTM.. Senator ke1 dan Senator ke2 mai dan berucap. VVIP masa tu EXCO Kerajaan Negeri Kedah hadir mewakili MB Kedah.
Tahun 2003, Seminar di Baling anjuran PBTM.. senator ke2 hadir,, VVIP masa tu MB Kedah.. Berlakon seakan-akan dia tuan rumah pi sambut MB Kedah. Di atas pentas pula dia duduk dekat MB Kedah selaku dia pengerusi penganjur.
Tahun 2004, seminar di Olak Madu anjuran PBTM sekali lagi senator ke2 datang atas jemputan org kuatnya di kg tersebut. Berucap hentam saya di atas pentas seperti saya kata tadi depan-depan Than Phrakhru Udomdhamma Patibhano, Wat Uttamaram, Kelantan. Kalau tak percaya, tanya beliau.
Tahun 2005, seminar di Guar Musang, Perlis.... dia tak ada peluang tapi dia juga berusaha untuk menghalang. Berpakat dgn alajji bawa lari semua ketua Phra bermesyuarat di penang.
Dalam hati saya, mengatakan biarkanlah DIA... Kita tengok sampai bila dia nak mengambil kesempatan di atas usaha orang lain.
Kenapa Sinato tak pernah clarify walaupun dikecam hebat dalam blog dan forum?
ReplyDeleteApakah Sinato tak celik IT?
Hairan dan musykil.
mngkin ada kebenarannya org kata bekas senator kita gila bayang diri sendiri.
ReplyDeleteKemaruk glamour!
Lepasan luar negeri..USA!!..BUTA IT??
Tak telus..
Saya puji saudara JST kerana beliau telus, kecaman dan pujian beliau hadapi dg terbuka, tanpa berselindung.
SYABAS JST..Teruskan kerja anda.
PADA PENDAPAT AHLI FIKIR, SENATOR MALAS NAK LAYAN KOMENTAR DAN KECAMAN DARI YANG BERFIKIRAN SEMPIT. RASANYA BANYAK LAGI PERKARA YANG BERFAEDAH DAN LEBIH BESAR MENANTI BELIAU UNTUK DILAKSANAKAN, BUKANNYA NAK FIKIR SIAPA DAPAT DPAT DUDUK SEBELAH MB KE..VVIP KE...YANG PENTING TITTLE SENATOR MENGIKUT PROTOKOL MEMANGLAH LAYAK DUDUK SEMEJA DENGAN MB KE..VVIP KE...PM KE...CUKUPLAH......SAUDARA2 SEKALIAN, JANGANLAH MENGHENTAM DAN UNGKIT MENGENAI ORANG LAIN UNTUK MENUTUP KELEMAHAN SENDIRI, SEKIAN..........
ReplyDeleteHah tu dia jawapan dari senato/kroni senato. Senato pertama, aku berpeluang jumpa sekali di wat PJ, tapi senato ke-2 tu tak pernah jumpa, tak tahulah muka dia macam mana...keh..keh..keh.
ReplyDelete