Sinar Harian (30 April 2010), Metro (1 Mei 2010) dan TV1 (2 Mei 2010) telah menyiarkan satu artikel/berita berkaitan demonstrasi oleh Persatuan Kerabat Diraja Kedah berkaitan soalan DUN Kubang Rotan semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri pada 26 April menyentuh tentang bidang kuasa KDYMM Tuanku Sultan sebagai Ketua Agama Islam Negeri Kedah. Mereka mendakwa mendapat sokongan beberapa NGO termasuk Persatuan Siam Kedah (PSK).
Selepas artikel tu disiarkan saya telah menerima beberapa panggilan daripada beberapa pemimpin-pemimpin masyarakat Siam. Mereka melahirkan perasaan tidak puashati PSK terlibat dalam demonstrasi tersebut. Saya akui ada seorang ahli PSK hadir dalam perhimpunan tersebut dan membuat kenyataan. Saya selaku Setiausaha PSK tidak tahu menahu tentang perkara ini. Pihak Jawatankuasa PSK tidak pernah membuat keputusan untuk menyertai perhimpunan tersebut. Ini adalah tindakan dan pandangan peribadi individu tersebut.
Secara peribadi saya juga tidak bersetuju jika ada mana-mana pemimpin politik menghina KDYMM Tuanku Sultan Kedah. Tetapi dalam perkara ini, PSK tidak terlibat dalam pergolakan politik yang berlaku antara PAS dan BN.
PSK adalah sebuah NGO yang mewakili masyarakat Siam seluruh negeri Kedah. Ahli-ahli PSK terdiri daripada ahli-ahli UMNO dan juga Kelab Penyokong PAS. PSK juga bertindak sebagai satu organisasi bagi menyatupadukan masyarakat Siam yang mempunyai fahaman politik yang berbeza. Oleh itu, PSK tidak harus menyebelahi mana-mana pihak dalam pergolakan politik di negeri ini. PSK tidak sesekali menyokong satu pihak dan di masa yang sama menyinggung perasaan pihak yang satu lagi. Walau bagaimana pun PSK boleh bekerjasama dengan semua pihak demi untuk pembangunan kita bersama.
Pihak kami juga perlu berurusan dengan pihak kerajaan negeri bagi menyelesaikan beberapa masalah yang dihadapi oleh masyarakat Siam Kedah terutamanya berkaitan masalah tanah, masalah penganjuran program keagamaan dan kebudayaan. Pihak kami juga perlu bantuan daripada pihak kerajaan Persekutuan dalam pembangunan masyarakat Siam. Oleh itu, PSK perlu berkerjasama dengan semua pihak termasuk pihak kerajaan negeri dan juga pihak kerajaan Persekutuan.
Saya harap semua pihak tidak beranggapan salah terhadap pendirian PSK.
Dari,
Manit a/l See Nam
Setiausaha PSK
Dari,
Manit a/l See Nam
Setiausaha PSK
Tidak wajar pandangan pribadi dikaitkan dengan persatuan yang dianggotainya. Tidak memihak pilihan paling tepat kerana PSK adalah NGO bukan parti politik.
ReplyDeleteIndividu tersebut ikut serta dlm demontrasi dan sidang akhbar dengan memakai uniform PSK. Dan bercakap bagi pihak PSK yg bercanggah dgn pendirian PSK.
ReplyDelete