Pada 23 – 26 Disember 2009, saya menyertai “Program Goodwill Visit To Thailand” dari keluarga pemimpin JKKKP Kg. Gemuroh, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Kami berkonvoi dengan kereta sebanyak 11 buah seramai 50 orang peserta. Beberapa tempat kami telah melawat antaranya Pulau Tarutao di Satun dan Majlis Utama di Songkhla.
Majlis Utama Wilayah Songkhla baru dibina dan belum siap sepenuhnya. Masjid ini dibina ala Taj Mahal di India. Di hadapannya ada tasik luas dan di tanam pokok-pokok di keliling tasik tersebut. Di bawah masjid pula adalah tempat parking kereta.
Masjid ini akan dijadikan Pusat Pentadbiran Agama Islam di Wilayah Songkhla. Kos pembinaan masjid ini sebanyak 400 juta Bath yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Thailand.
Lain pula di Malaysia, pembinaan masjid sejak 2000 hingga 2008 telah dibiayai oleh kerajaan Malaysia sebanyak RM748.26 juta. Sedangkan pada masa yang sama kerajaan gagal membina rumah ibadat bagi agama lain, kata YB Nga Kar Ming, Ahli Parlimen Taiping.
Ahli Parlimen Taiping, YB Nga Kar Ming telah menyuarakan masalah ini dan beliau dikecam hebat sebagai biadap dan dituduh cuba menyalakan api perkauman. Anda bandinglah dengan sendiri, apa yang dilakukan oleh kerajaan Thailand dan kerajaan Malaysia.
Saya rakyat Malaysia berketurunan Siam yang menganut agama Buddha juga mahu kerajaan Malaysia membantu menyalurkan sejumlah peruntukan yang lebih adil untuk pembinaan rumah ibadat bagi agama Buddha seperti kerajaan Thailand memberi peruntukan membina masjid untuk penganut Islam di sana.
Posting yang bagus. Sekurang-kurangnyanya apabila pemimpin kerajaan baca, mereka tahu bahawa kita juga memerlukan keadilan dalam keagamaan.
ReplyDeleteTeruskan manit. kita bukan memberontak tapi cuma nak hak kita secara adil dan saksama.
ReplyDeleteMenyatakan keperluan kita,meluahkan suara hati kita, atau melontarkan pandangan kita biarpun bercanggah dengan realiti dasar kerajaan, bukan bermakna kita menentang kerajaan.
ReplyDeleteIkan yang hanyut mengikut arus sepanjang masa hanya ikan nazak atau mati. Ikan hidup adakalanya berenang menongkah arus.
Terima kasih kerana mengunjungi blog saya. Saya akan sentiasa menulis dalam blog ini walaupun pahit untuk diterima. Jika saya dapat isu yang sahih tentang permasalahan dalam masyarakat Siam saya akan paparkan di sini.
ReplyDeleteSaya pun dah tak kisah siapa nak sumpah saya. Saya tetap saya.