Monday, December 28, 2009

Program Goodwill Visit To Thailand


Pada 23 – 26 Disember 2009, saya menyertai “Program Goodwill Visit To Thailand” dari keluarga pemimpin JKKKP Kg. Gemuroh, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Kami berkonvoi dengan kereta sebanyak 11 buah seramai 50 orang peserta.

Program ini berkonsep bersantai bersama keluarga sempena cuti hujung tahun.

Pada 23.12.2009 jam 12.00 tengah malam, konvoi bergerak daripada Bayan Lepas, Pulau Pinang dan berehat atau mandi di masjid berhampiran di Border Bukit Kayu Hitam.

Pada 24.12.2009 jam 6.00 pagi, saya bersama seorang lagi kawan (Lung Pin) tunggu di Border Dannok, Thailand untuk menyambut dan membantu mereka berurusan dengan pihak Imigresen Thailand. Kami terus menuju ke Pakpara, Wilayah Satun dan menginap di Diamond Beach Resort.

Peserta-pesrta konvoi membawa peralatan masak masing-masing daripada rumah. Golongan isteri bergotong royong memasak sementara anak2 bermain di tepi pantai. Manakala golongan suami tidur di bilik masing-masing kerana keletihan memandu kereta.

Sementara saya dan Lung Pin pergi ke Jeti untuk menyewa sebiji bot besar dengan muatan 50 orang untuk ke Pulau Tarutau pada keesokan pagi. Kalau kita tak biasa berurusan dengan pengusaha-pengusaha bot, kita boleh tertipu. Ada pengusaha bot mengenakan bayaran sewa sampai 32,000 Bath untuk sehari. Kami berjaya mendapat sewa sebiji bot besar dengan kadar sewa 12,000 Bath sahaja sehari.

Pada 25.12.2009 jam 5.00 pagi, golongan isteri bergotong-royong memasak untuk sarapan pagi dan membawa bekalan makan tengahari di Pulau Tarutao.

Jam 10.00, kami menaiki bot ke Pulau Tarutao dari Jeti Pakbara, Satun yang memakan masa selama 50 minit perjalanan. Masuk ke Taman Negara Pulau Tarutao kena bayaran 40 Bath seorang. Saya sempat sewa basikal mengelilingi pulau selama 4 jam sejauh 24 km. Saya juga pergi ke penjara bersejarah di pulau tersebut yang telah menjadi lagenda di wilayah Satun.

Pada 26.12.2009, jam 8.00 pagi kami bertolak ke Koh Yo, Songkhla untuk membeli belah. Sebelum itu kami singgah di masjid utama wilayah Songkhla yang dibina ala Taj Mahal di India dengan kos 400 juta Bath yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Thailand. Seterusnya kami menaiki Feri dari Koh Yo ke Lem Samila, Songkhla. Kami berhenti makan tengahari di Lem Samila dengan bekalan yang dibawa bersama.

Jam 4.00 petang, kami terus ke Market Terapong di Khlong Hee. Ramai pelancong asing tidak ketinggalan untuk singgah di market terapong ini yang dibuka pada hari Sabtu dan Ahad sahaja mulai jam 4.30 petang hingga tengah malam. Semua peniaga diwajibkan pakai pakaian tradisional Siam.

Jam. 6.00 petang kami shopping di Bandar Hatyai. Kebanyakkan peserta konvoi tidak puashati shopping di sini kerana kesuntukan masa.

Jam 10.00 malam kami sampai di Border Dannok untuk balik ke Malaysia.

1 comment:

  1. Berkonvoi memang seronok. Jauh perjalanan, luas pemandangan, dan banyak pengetahuan.

    Foto masjid yang "dibiayai" oleh kerajaan Thailand amat berguna untuk dipaparkan dalam blog sebagai tatapan rakyat Malaysia.

    ReplyDelete