Tuesday, June 2, 2009

Tayai Saksit Titi Akar


Titi Akar, 21 Mei 2009: Saya membawa emak saya ke rumah adik-beradiknya di Kg. Titi Akar di mana diadakan persembahan TAYAI SAKSIT. Tok Chi Nuan adalah song Tayai Saksit. Beliau merupakan emak saudara kepada mak saya iaitu adik kepada Tok Wan.

Setiap tahun Tayai Saksit akan diadakan di kalangan keluarga kami di Kg. Titi Akar. Emak saya tak pernah tertinggal untuk pergi ke majlis tersebut. Persembahan Tayai Saksit ini dilakukan di dalam rumah dan diadakan secara bergilir-gilir di rumah saudara mara kami yang merupakan ahli keturunan yang sama.

Bila tiada orang yang ingin menjadi tuan rumah maka Tayai Saksit ini akan diadakan di rumah song sendiri iaitu di rumah Tok Chi Nuan. Antara pantang larangnya ialah jangan jamu makanan daripada daging dan juga minuman keras sepanjang program Tayai Saksit diadakan. Hanya dijamu dengan masakan sayur-sayuran seperti gulai Khilek, gulai rebung, sayur goreng, ulam-ulaman, ikan kering dll kepada tetamu yang hadir. Tayai saksit pula dijamu dengan kuih LA macam mi kering dengan air kosong. Program ini bermula dari petang hingga ke esok pagi, kebiasaannya diadakan pada hari Khamis dalam bulan 6 (mengikut kalender Siam).


9 comments:

  1. ohh...ini kat rumah ten lan blakang umah saya je ni...tapi saya x dapat g tgk pun sebab keja..whatever,bagi pendapat saya,semua tayai n nura n ape2 je mmg saksit.ya chi nuan x pernah long tayai so ni adalah pertama kali ya chi long..setahu saya laa,dgr tenlan crita je..hehe..ape2 pun kuah jala memang sedap.. nong plaimai :P

    ReplyDelete
  2. Bukan pertama kali la, dah berkali-kali Ten Chi Nuan long Tayai. Saya cucu dia, saya tahu la. Kalau kat rumah Ten Lan tu memang pertama kali.

    ReplyDelete
  3. ooo..mcm tu..kalu xgtau kata jd cucu ya chi xtau dah ni..hahaha..nak promote la katakan..huhuhu

    ReplyDelete
  4. Bukan promote cuma cakap yg benar. Abang ten chi Nuan namanya Ten Ting bapa kepada emak saya. Kalau siapa org Praimai akan tau kisah Ten Ting kena bunuh dgn kejam oleh bapa Menora Phrim dan kawan2 suatu ketika dulu.

    Gambar bawah sekali (orang tua sebelah kiri adalah bini Ten Ting dan orang Tua sebelah kanan baju merah tak nampak muka tu anak Ten Ting, mak saya la tu.. Pompuan jaga 2 anak tu, bini saya la).

    ReplyDelete
  5. yer ke?nape kne bunuh?tanya org tua xgtau,tanya khun plak la...mcmna leh jd kes bunuh..??

    ReplyDelete
  6. Saya pun tak tau,, tok aku tu memang kaki samseng sikit. Org kata dia jadi perisik polis ketika itu. Semasa kejadian dia baru balik dari balai polis padang durian. Tempat kejadian dekat titi berhampiran dusun durian wat praimai. Itu kisah lama. Generasi saya dah tak fikir perasaan dendam dgn org yg terlibat.

    ReplyDelete
  7. bagaimana saudara tahu yang dah x fikir dengan perasaan dendam itu ...

    ReplyDelete
  8. apakah jawatan pegawai kerajaan yang kamu sandang? dan adakah kamu pasti tiada org siam lain yg memegang jawatan pegawai kerajaan yang lain?
    bukan apa, saya kenal beberapa org siam yg memegang jawatan pegawai dalam jabatan polis, tentera, kastam dan lain2 lg. adakah itu tak dikira? saya cuma mahukan kepastian dgn kata2 kamu seperti tajuk diatas.

    ReplyDelete
  9. Soalan yg tak berapa bijak.. mungkin otak penuh emosi sehingga tak teliti apa yg dimaksud Jejaka Siam Terakhir. Kepada sesiapa yg pemikirannya telah tertutup, Jejaka Siam Terakhir yg dimaksudkan saya ialah hanya tinggal saya seorang lagi dalam salah sebuah jabatan yg saya kerja sekarang ini. Bukannya dalam semua jabatan sektor kerajaan.

    ReplyDelete