Tuesday, June 2, 2009

Anak Istimewa.

Ini merupakan anak saya yang paling istimewa. Namanya Chatri Sripradit berumur 5 tahun, anak ke 2 daripada 3 orang anak. Pada 7 - 8 Mei 2009, dia dimasukkan ke Wad 5B, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar kerana demam panas. Hanya saya seorang yang boleh temankan dia di wad tersebut. Memang dia cukup rapat dengan saya berbanding emaknya.

Anak saya tak boleh bercakap walaupun dah berumur 5 tahun. Mungkin disebabkan tarik (sawan) semasa berumur 2 tahun. Bila demam panas, dia akan tarik. Sebab itu, bila dia demam saya akan terus bawa dia ke hospital.

Doktor telah memberi surat permohonan Kad OKU kepada anak saya daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Walaupun dia tidak sempurna, saya lebih beri perhatian kepadanya berbanding abang dan adiknya.

2 comments:

  1. Setiap ibubapa menginginkan anak yang sihat dan sempurna namun tidak ada siapa yang mampu melawan takdir/karma.Desbil yakin kasih sayang dan perhatian amat mendorong kepada pemulihannya.

    ReplyDelete
  2. Betoi kata kau Des..

    Khun manit pun dah banyak tolong kebajikan pd orang lain..agar karma baik akan dibalas dg karma baik.

    anak istimewa...bukan sebarangan org yg ada anak istimewa,tak salah klu khun manit memberi lebeh perhatian drp anak-anak yg lain.

    ReplyDelete