Friday, May 10, 2013

Apa kaum Siam Kedah mahu selepas PRU13?

1. Kaum Siam mahu memilih Ketua Kampung/JKKK sendiri melalui proses demokrasi yang melibatkan semua penduduk kampung tersebut yang berumur 21 tahun ke atas. Kebiasaannya ketua kampung/JKKK dipilih di kalangan ketua cawangan UMNO oleh UMNO Bahagian. Dimana ketua cawangan UMNO pula dipilih oleh ahli2 UMNO yang jumlah secukup kuota iaitu 50 orang, sedangkan jumlah penduduk hampir seribu untuk sekampung. Kemasukan ahli baru UMNO cawangan pula disekat oleh ketua cawangan supaya kedudukannya tidak tergugat. Oleh itu, wajarlah Ketua kampung/JKKK dipilih oleh orang2 kampung bukan Ketua UMNO Bahagian.

2. Sijil Pertanian Orang2 Siam yang menjadi duri dalam daging masyarakat Siam selama ini dalam proses permohonan tanah baru kerajaan berstatus Tanah Rizab Melayu. Dicadangkan agar sijil ini dimansuhkan atau dipermudahkan.

3. Dibenarkan membeli tanah yang telah menjadi hakmilik orang2 Melayu. Masalah sekarang orang2 Siam boleh menjual tanah kepada orang2 Melayu tetapi orang2 Siam tidak boleh membeli tanah orang-orang Melayu. Ini mengakibatkan lama-kelamaan keluasan tanah yang dimiliki oleh orang-orang Siam di Kedah semakin berkurangan dan kemungkinan besar menjadi orang asing di negeri kelahirannya sendiri.

4. Masalah pemegang IC merah di kalangan kaum Siam Kedah masih belum selesai sepenuhnya. Harap pihak kerajaan dapat pertimbangkan masalah ini terutamanya kepada kaum Siam yang lahir di Kedah dan asal-usulnya dari Kedah.

5. Kaum Siam amat memerlukan seorang wakil kaum Siam di peringkat Kerajaan Negeri Kedah daripada kalangan kaum Siam sendiri bukannya kaum lain yang tidak memahami kehendak kaum Siam. Sebelum ini pemimpin Cina iaitu Fong Chok Gin dan pemimpin India S. Manikumar menjadi wakil kaum Siam. Lantiklah seorang wakil Siam menjadi Pegawai Khas YAB Menteri Besar Kedah dan seterusnya menjadi Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Masyarakat Siam Kedah. Manakala MB atau EXCO sebagai Penaung/Penasihat.

6. Mohon lantik ahli majlis daripada kaum Siam di dalam Jawatankuasa Majlis Daerah di setiap daerah yang mempunyai penempatan kaum Siam di Kedah seperti Majlis Daerah Baling, Majlis Daerah Kubang Pasu, Majlis Daerah Pendang, Majlis Daerah Sik, Majlis Daerah Padang Terap dan Majlis Perbandaran Sg Petani.

7. Mohon diberi peluang kepada kaum Siam berkhidmat dalam sektor Awam dengan kerajaan Negeri Kedah terutamanya di pejabat-pejabat tanah dan daerah. Sekurang2nya dapat membantu masyarakat Siam berurusan dengan pejabat tersebut.

8. Tunaikan akujanji PRU13 spt memberi geran tahunan untuk pentadbiran 31 buah Sekolah Bahasa Siam dan juga 13 NGO-NGO Siam seluruh Kedah.

9. Selesaikan isu tanah wakaf Wat Siam dan Kubur Siam seluruh Kedah.

10. Elakkan menggunakan institusi keagamaan (Buddha) untuk tujuan politik.

Thursday, May 9, 2013

Luahan generasi muda Siam melalui Facebook.

Esok Masih Ada Tahniah utk anak-anak Muda siam Malaysia. Hari ini aku rasa bangga dgn kamu semua. Jangan sesekali terpegaroh dgn orang Tua BN tu yg kuno wakil orang siam.cuba fikir apa yg akan saya utarakan ini dan cari jawapan utk itu :-
1.Anak-anak siam dapat 10 A keatas kenapa mereka X dapat masuk U.
2.Bumiputra apakah kita ini.hanya sekadar melabur ASB Saja.
3.Mana senator siam kita, pernahkan dia cakap dlm dewan Parlimen tentang masalah orang siam kita.
4.Elaun 8000 RM sebulan utk senator ini. hanya utk mengisi Perut senator itu sendiri saja, dan membiarkan orang siam hidup dlm delima utk mencari sesuatu yg tidak pernah wujud.
5.kalau sekadar berkunjung ke wat bagi 100 ke 200, kelentong sini sana pada orang Tua-tua tal payah lah mengaku kita wakil orang siam.
6.Adakah dgn pemberian BN -BRIM 250 -500 Sudah cukup utk kita orang2 siam.
7.Pernahkah piminpin2 BN selama tempoh 55 tahun perentah Msia mengotakan janji-janji mereka pd orang2 siam Msia.
8.Kita orang Siam Malaysia bukan Bangsa subsidi.Tapi Bangsa yg berdiri atas kaki sendiri drp zaman sebelum merdeka hingga kini.Jadi Wakil siam Botak tu jangan sesekali kamu medabik dada kuno nya, kamu pembela orang-orang Siam.
9.Yang aku tahu selama 55 tahun BN Perentah Msia.IBU dan BAPA Anak-anak siam lah yg membantu anak mereka masing-masing membela Babi,mencucuk tanah, mengerjakaN sawah bendang,berkerja kontrak bangunan utk meyekolahkan anak2 sehingga ke menara Gading tanpa bantuan wakil siam kuno(senator siam) dan kerajaan BN 55 tahun perentah Msia.
9.Persoalan nya? .kemanakah kita orang2 siam Msia selepas ini.
10. Negara kita Msia sudah lama merdeka.dimanakah hak kita orang siam utk mengisi kemerdekaan Negara kita ini sebagai bangsa monoriti kaum siam.inikah kesudahan keturunan Om Phra Mahawangsa. Atau adakah kita ini keturunan KAKI MENGAMPU ATAU KAKI BODEK UTK JAWATAN YG LANGSUNG TIDAK MEMBERI SEBARANG FAEDAH UTK ORANG-ORANG SIAM SEPERTI KITA INI.UTK GENERASI KU ORANG-ORANG SIAM MSIA JANGAN SESEKALI MENGEMIS DIBUMI BERTUAH INI.BERJUANG LAH DEMI ANAK -ANAK BANGSA KITA ORANG SIAM MALAYSIA.
Like · Reply · 3 · 7 hours ago via mobile


Tuesday, May 7, 2013

Jumlah agihan peruntukan Kerajaan Pusat.


Senarai nama persatuan-persatuan Siam yang menerima peruntukan sebanyak RM10,000 daripada pihak kerajaan Pusat di Wat Kg Titi Akar, Pendang, Kedah pada 2 Mei 2013.
1. Persatuan Siam Kedah
2. Persatuan Siam Malaysia
3. Persatuan Masyarakat Siam Kelantan
4. Persatuan Siam Selangor dan Wilayah Kuala Lumpur (PESILA)
5. Persatuan Siam Kedah Selatan
6. Persatuan Kebudayaan Masyarakat Siam negeri Kedah (PEKEMAS)
7. Persatuan Kebudayaan Siam Negeri Perlis
8. Persatuan Wanita Siam Kelantan
9. Persatuan Sami Siam Buddha Malaysia
10. Kelab Rekreasi dan Sosial Negeri Kedah
11. Persatuan Belia Siam Kg. Titi Akar
12. Persatuan Wanita Siam Negeri Perlis
13. Persatuan Wanita Siam Negeri Kedah

dan

RM50,000 untuk bantuan membaiki dewan orang ramai Wat Titi Akar, Pendang, Kedah.
RM620,000 kepada 31 buah Sekolah Bahasa Siam di Kedah, Perak dan Pulau Pinang.


Kerajaan Pusat tunai janji pada 2 Mei 2013.



Pada 2 Mei 2013 jam 2.00 petang, di Wat Kg. Titi Akar, Pendang, Kedah.. pihak pejabat ICU Kedah telah mengadakan Majlis Penyerahan peruntukan kepada NGO-NGO Siam seluruh Malaysia dan 31 Sekolah bahasa Siam di Kedah, Perlis dan Perak.

Dalam majlis tersebut sebanyak RM800,000 telah diagihkan antaranya ialah RM130,000 kepada 13 buah NGO. Setiap NGO Siam mendapat RM10,000.

Sebanyak RM620,000 kepada 31 buah Sekolah bahasa Siam. Satu sekolah mendapat RM20,000. Semua peruntukan tersebut diamanahkan kepada khanaksong Kedah/Perlis dan diuruskan oleh Phorthan Chuang selaku Pengerusi Biro Pendidikan Bahasa dan Agama.

Peruntukan sebanyak RM50,000 diberikan kepada Wat Titi Akar untuk membaiki bangunana Kuttik lama.

Selepas PRU13, kita akan pastikan Akujanji yang dilaungkan oleh BN akan dilaksanakan.

Friday, April 26, 2013

Nak buang Boon Som kena tolak BN.



Bagaimanakah Boon Som dapat jadi Senator ke 3 mewakili masyarakat Siam Malaysia?

Adakah semua JKKKP Siam seluruh Kedah pilih dia? Rasanya tidak, cuma anak buahnya pergi ketuk pintu setiap rumah JKKKP untuk dapatkan tandatangan dan cop jkkkp je. Bila ditanya, dia jawab 'saya bukan nak jadi Senator cuma org bawahan mahukan saya". Betul ke?

Adakah NGO Siam sokong Boon Som jadi Senator? Rasanya tidak, Persatuan Siam Malaysia (PSM) telah membuat pengundian dalam Mesyuarat Agung Tahunannya memilih En. Siri Neng Buah, En. Chalar dan En. Vinai sebagai calon Senator. Persatuan Siam Kedah (PSK), Persatuan Kebudayaan Masyarakat Siam Negeri Kedah (Pekemas) dan Persatuan Kebudayaan Siam Perlis berkecuali dalam perkara ini. Persatuan Masyarakat Siam Kelantan (PMSK) menyenaraikan pemimpin mereka sebagai calon.

Siapakah sebenarnya membantu dia menjadi Senator? Tidak lain tidak bukan, orang yang berdekatan dengan PM iaitu salah seorang Pegawai Khas PM. Adakah dia benar2 faham kehendak masyarakat Siam? Rasanya tidak, pemilihannya atas dasar kawan. Mungkin Boonsom berasal drp wartawan dengan harapan dapat bantu promosi kawan.

Setelah dilantik menjadi Senator dia dapat membawa turun PM utk berjumpa kaum Siam di Pendang. Syabas diucapkan.. Tapi sayangnya, kekuatan jadi kelemahan. Peruntukan yg diumumkan PM tak seimbang hanya Kg. Titi Akar dapat RM500k dan Kg. Tok Set dapat RM400k serta ketua-ketua Sami yang tak pernah mengundi dapat RM9k setiap seorang. Baki 42 kampung Siam lagi tak dapat apa2 hasil kunjungan PM. Tambahan pula, PM umum kaum Siam Bumiputera yang samar2.

Kunjungan TPM pula sebanyak 2 kali. Kali pertama di Hotel Sentosa Alor Setar dapat beri RM500k kepada yayasan,, lesap juga. Kali ke 2 di Wat Naka, Padang Terap pada 16 Feb 2013,, janji macam2 seperti peruntukan kepada NGO Siam. Rasanya janji tinggal janji, membuat orang Siam semakin marah kepada kerajaan.

Kesannya yang paling ketara sekali selepas perlantikan Senator ke 3 ialah pergerakan NGO Siam terbantut. Berbagai2 halangan yang dikenakan sehingga ada NGO Siam hampir mati dan tak berupaya untuk bergerak. Pegawai kerajaan yang aktif ditukarkan pergi jauh daripada masyarakat Siam.

Baru2 ini dikejutkan pula dengan rekemen Senator untuk pemberian pingat PJK kepada kroni dan sanak-saudara dia sahaja. Sehingga pemimpin masyarakat Siam yang betul-betul aktif membantu masyarakat Siam diabaikan.

Oleh itu, kalau nak halang Boon Som daripada disambung khidmat sebagai Senator untuk penggal ke 2, kita haruslah menjatuhkan Be End terlebih dahulu. INI KALILAH.

Thursday, April 25, 2013

Janji Tak Ditunaikan?


Pada 16 Feb 2013 bertempat di Wat Naka, Padang Terap, Kedah,, YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia, tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan kelulusan sebanyak RM1.2 juta iaitu untuk 31 Sekolah Bahasa Siam di Kedah dan Perlis (RM620,000), persatuan dan kelab Siam seluruh negara (RM130,000), membina gelanggang futsal di Kampung Baru Naka (RM200,000), baik pulih Wat Siam Titi Akar di Pendang (RM50,000) dan selebihnya membiayai projek-projek kecil untuk masyarakat Siam seluruh Kedah - Bernama.

Janji tersebut telah ditunaikan atau belom??

Pemuda Siam dah matang dalam politik.

Dahulu orang Siam begitu segan, malahan takut untuk memberi sokongan kepada parti selain Umno BN. Sesiapa yang sokong Pas atau DAP akan terima bermacam-macam ugutan. Betapa jahatnya pemimpin Siam Umno. Sampai hati ugut kaum sendiri!

Sekarang pemuda Siam sudah berani melakukan perubahan dengan menyatakan sokongan padu kepada Pakatan Harapan Rakyat. Ugutan masih ada tetapi dipijak ke tanah. (Jangan diugut lagi, nanti orangnya pula dipijak ke tanah). Mereka sedar bahawa sekian lama mereka ditipu BN. Janji-janji dicapati. Peruntukan diwar-warkan, tapi entah masuk poket siapa. Bagi jawatan Senator, sudah 3 orang, tapi kehidupan masyarakat Siam tak pernah melonjak naik; masih di tahap lama. Suara Siam bersipongang di dewan Parlimen tapi tindakanya tiada. Jika ada pun, sangat perlahan seperti kura-kura. Orang naik Ferrari, kita msih di belakang kura-kura!

Selama 23 tahun Pas perintah Kelantan, 5 tahun Pas perintah Kedah, 5 tahun DAP perintah Pinang dan 5 tahun PKR perintah Selangor telah membuka mata, mematang dan menyedarkan kaum muda Siam bahawa Umno bukan parti yang boleh diharap lagi. Umno BN umpama mimpi indah yang penuh harapan tapi hilang menjelang pagi.

Walaupun setahun dua ini, Umno banyak menabur duit kepada rakyat dalam pelbagai nama - BR1M paling terkenal, namun kaum Siam juga seperti kaum lain, sedar bahaw itu semua adalah umpan politik murahan Umno, umpama ubat penahan sakit yang hanya menahan sakit tapi tak menghilangkan penyakit. Masalah asas masyarakat Siam masih tak diselesaikan. Apabila didesak, Umno melalui wakil yang dilantik (Pak Turut Umno) akan memujuk dengan pelbagai janji manis. Masa berlalu, janji tinggal janji.

Akhirnya, setelah tak tertahan dibohong dan dibohong, masyarakat Siam, melalui pemudanya yang berjiwa besar bertekad, tanpa memecahkan ruyung, masakan akan mendapat sagunya; mereka melakukan lonjakan paradigma memberi sokongan kepada Pakatan Harapan Rakyat. Ini suatu kebijakan yang tak pernah berlaku dalam sejarah kaum Siam. Syabas anak-anak muda Siam!