Wednesday, June 23, 2010

Kaum Siam jadi anak emas.












YB Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil akan merasmikan Program Skuad Sayang Negeri Kedah dan Parlimen Pendang di Kampung Tok Set, Pendang, Kedah pada 24 Jun 2010 jam 2.00 petang. Kampung Tok Set merupakan perkampungan kaum Siam dan Tok ketuanya bernama Nai Reang yang merupakan Penyelaras Masyarakat Siam Daerah Pendang merangkap AJK UMNO Bahagian Pendang.

Aturcara Majlis:

11.00 pg - Ketibaan orang ramai.
11.3o pg - Pertandingan Aspek Wanita.
1.oo tgh - Jamuan Makan dan Persembahan
2.00 ptg - Ketibaan YB Senator Dato' Seri Shahrizat Abd Jalil.
2.05 ptg - Persembahan Kebudayaan Siam.
2.10 ptg - Ucapan Aluan YB Suraya Yaacob, ADUN Sg. Tiang merangkap Pesuruhjaya Skuad Sayang Bahagian Pendang.
2.15 ptg - Ucapan YBhg. Dato' Paduka Haji Md Rozai Haji Shafian, Ketua UMNO bahagian Pendang merangkap Pengerusi Mayang Daerah Pendang.
2.30 ptg - Ucapan YBhg Datuk Maznah Binti Abdul Hamid, Pesuruhjaya Skuad Sayang Negeri Kedah.
2.45 ptg - Ucapan Perasmian oleh YB Senator Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merangkap Pesuruhjaya Skuad Sayang Kebangsaan.
3.15 ptg - Perasmian Skuad Sayang Pergerakan Wanita UMNO Negeri Kedah dan Parlimen Pendang dan Penyampaian Sumbangan kepada penerima bantuan.
3.40 ptg - Lawatan ke rumah pesakit kronik (lumpuh).
4.00 ptg - Bersuarai.

Tuesday, June 22, 2010

Kandungan Perjanjian Bangkok 1909.


DITANDATANGANI DI BANGKOK, 10 HARI BULAN MAC 1909 (RATIFIKASI DIBUAT DI LONDON, 9 HARI BULAN JULAI 1909)

Duli Yang Maha Mulia Baginda King United Kingdom Great Britain dan Ireland dan Dominion British di seberang laut, Maharaja India, dan Duli Yang Maha Mulia Baginda Raja Siam berhasrat untuk menyelesaikan beberapa persoalan yang timbul yang menjejaskan kekuasaan masing-masing, telah membuat keputusan untuk mengikat suatu Perjanjian, dan bagi maksud ini, telah melantik Wakil Penuh Kerajaan masing-masing:

Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain melantik Ralph Paget, Esquire, Utusan Khas Baginda dan Menteri Wakil Penuh Kerajaan, dll.; Duli Yang Maha Mulia Raja Siam melantik Duli Yang Teramat Mulia Putera Devawongse Varoprakar, Menteri Hal Ehwal Luar dll.; yang, setelah menyampaikan Kuasa Wakil masing-masing dan mendapati segala-galanya baik dan sewajarnya, telah bersetuju tentang Perkara-perkara berikut:-

Perkara I
Penyerahan Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, dan Pulau-pulau Bersebelahan kepada Great Britain.

Kerajaan Siam menyerah kepada Kerajaan British segala hak dan apa-apa jua kekuasaan, naungan, pentadbiran dan kawalan yang dimilikinya ke atas Negeri-negeri Kelantan, Terengganu, Kedah, Pedis dan pulau-pulau bersebelahan. Sempadan wilayah-wilayah ini ditentukan melalui Protokol Sempadan yang dilampirkan bersama-sama ini.

Perkara II Tarikh Penyerahan
Penyerahan yang diperuntukkan dalam Perkara terdahulu ini hendaklah dilakukan dalam tempoh tiga puluh hari selepas ratifikasi Perjanjian ini.

Perkara III Persempadanan Sempadan Inggeris-Siam
Suatu Suruhanjaya Bercampur, terdiri daripada kakitangan dan pegawai Siam dan British, hendaklah dilantik dalam tempoh enam bulan selepas tarikh ratifikasi

Perjanjian ini, dan hendaklah dipertanggungjawabkan bagi persempadanan sempadan yang bam. Kerja Suruhanjaya itu hendaklah dimulakan secepat mungkin, sesuai dengan musim, dan hendaklah dijalankan menurut Protokol Sempadan yang dilampirkan bersama-sama ini.

Rakyat Duli Yang Maha Mulia Baginda Raja Siam yang tinggal dalam wilayah yang diperihalkan dalam Perkara I yang berhasrat mengekalkan kerakyatan Siam mereka akan, dalam tempoh enam bulan selepas ratiftkasi Perjanjian ini, dibenarkan berbuat demikian jika mereka berdomisil di wilayah kekuasaan Siam. Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain mengaku janji bahawa mereka itu adalah bebas untuk mengekalkan harta tak alih mereka dalam wilayah yang diperihalkan dalam Perkara I.

Maka adalah difahami bahawa, menurut resam biasa di mana pertukaran kekuasaan berlaku, apa-apa Konsesi dalam wilayah yang diperihalkan dalam Perkara I Perjanjian ini kepada individu atau Syarikat, yang diberikan oleh atau dengan kebenaran Kerajaan Siam, dan diiktirafnya sebagai masih lagi berkuat kuasa pada tarikh penandatanganan Persetiaan ini akan diiktiraf oleh Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain.

Perkara IV Hutang Awam Wilayah yang Diserahkan
Kerajaan Duli Yang Maha Mulia Baginda King Great Britain mengaku janji bahawa Kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu akan membayar segala hutang yang ada kepada Kerajaan Siam bagi wilayah-wilayah yang diperihalkan dalam Perkara I.

Perkara V Penghapusan Bidang Kuasa Konsul di Siam
Bidang kuasa Mahkamah Antarabangsa Siam yang ditubuhkan di bawah Perkara VIII Perjanjian bertarikh 3 hari bulan September 1883, hendaklah, di bawah syarat yang ditentukan dalam Protokol Bidang Kuasa yang dilampirkan bersama-sama ini,4 diperluaskan supaya meliputi semua rakyat British di Negeri Siam yang berdaftar di Pejabat Konsul British sebelum tarikh Perjanjian ini.

Sistem ini hendaklah ditamatkan, dan bidang kuasa Mahkamah Antarabangsa itu hendaklah dipindahkan kepada Mahkamah Siam yang biasa selepas perisytiharan dan permulaan kuat kuasa kanun Siam, iaitu Kanun Jenayah, Kanun Sivil dan Perdagangan, Kanun Tatacara dan Undang-undang bagi penubuhan Mahkamah.

Semua rakyat British lain yang ada di Negeri Siam hendaklah tertakluk kepada bidang kuasa Mahkamah Siam yang biasa di bawah syarat-syarat yang ditentukan dalam Protokol Bidang Kuasa.

Perkara VI Hak terhadap Harta, Kediaman dan Perjalanan, Cukai, dU.
Layanan Negara - Pengecualian daripada Perkhidmatan Tentera, Pinjaman Paksa, dll.
Rakyat British di seluruh Negeri Siam boleh menikmati hak dan keistimewaan yang dinikmati oleh anak watan negeri itu, terutamanya hak terhadap harta, hak kediaman dan perjalanan.

Mereka dan harta mereka hendaklah tertakluk kepada segala cukai dan perkhidmatan, tetapi ini semua tidak boleh berbeza atau lebih tinggi daripada cukai dan perkhidmatan yang boleh dikenakan oleh undang-undang terhadap rakyat Siam. Maka adalah difahami secara khusus bahawa batasan dalam Perjanjian bertarikh 20 hari bulan September 1900, di mana pencukaian tanah tidak boleh melebihi tanah yang serupa di Hilir Burma, kini dibatalkan.

Rakyat British di Siam hendaklah dikecualikan daripada segala perkhidmatan tentera, sama ada dalam angkatan darat atau laut, dan daripada segala pinjaman paksa atau tuntutan atau sumbangan ketenteraan.

Perkara VII Pengesahan Perjanjian Lama
Peruntukan segala Perjanjian, Persetujuan, dan Konvensyen antara Great Britain dengan Siam, yang tidak diubah suai oleh Perjanjian ini, hendaklah kekal berkuat kuasa sepenuhnya.

Perkara VIII Ratifikasi
Perjanjian ini hendaklah diratiftkasikan dalam tempoh empat bulan dari tarikhnya. Pada menyaksikannya, maka Wakil Penuh Kerajaan masing-masing te1ah menandatangani Perjanjian ini dan mengecap padanya meterai masing-masing.

Dibuat di Bangkok, dalam dua salinan, pada 10 hari bulan Mac 1909.

(T.T.) RALPH PAGET.
(T.T.) DEVAWONGSE V AROPRAKAR.

Teks diambil dari Arkib Negara Malaysia, P.112. 2 Lihat Lampiran I (ed.).

Kaum Siam wujud di Kedah sejak nenek moyang lagi sebelum perjanjian ini ditandatangani. Oleh kerana negeri Kedah merupakan tempat tanah tumpah darah maka kebanyakkan kaum Siam kekal berada di sini walaupun kerajaan Siam memberi peluang untuk kaum Siam di Kedah balik ke Negeri Siam semasa Perjanjian Bangkok dilakukan. Kaum Siam wujud di sini sejak zaman "Kerajaan Kedah Tua" lagi dan terdapat dalam lipatan sejarah negeri Kedah.

Monday, June 14, 2010

Kaum minoriti Siam Malaysia adalah kaum pribumi.



Kaum minoriti Siam Malaysia berjumlah lebih kurang 60,000 orang merupakan kaum pribumi di Malaysia. Kebanyakkan penempatan mereka terdapat di bahagian utara tanah air iaitu di Perlis, Kedah, Perak, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu.

Kaum minoriti Siam ini wujud di Malaysia terutamanya di Kedah sejak zaman pemerintahan kerajaan "Kedah Tua" lagi dan ia tercatat dalam sejarah negeri Kedah. Kewujudan kaum minoriti Siam ni tidak dapat dinafikan lagi oleh pemimpin-pemimpin politik di negeri Kedah.

Dalam undang2 tanah Rizab Melayu di negeri Kedah juga tercatat bahawa kaum Siam juga boleh memiliki Tanah Rizab Melayu di negeri Kedah. Ini bermakna kerajaan negeri Kedah mengiktiraf kaum minoriti Siam mempunyai hak sama rata dengan kaum Melayu.

Pada mulanya kaum Siam ini mempunyai 2 puak iaitu Siam Buddha dan Siam Islam. Siam Islam telah diserapkan sebagai Melayu Islam di negeri Kedah oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj semasa beliau bertugas sebagai Pegawai Kerajaan Negeri Kedah. Golongan ini dikenali sebagai 'Sam-sam' dan mereka diiktiraf sebagai kaum Bumiputera seperti kaum Melayu.

Sementara kaum Siam Buddha masih kekal dengan mengamalkan cara hidup, adat resam, kebudayaan dan agama asal mereka. Oleh kerana kaum Siam ni merupakan kaum minoriti maka ia tidak mempunyai kuasa penentu atau pendesak dalam urusan pengubalan perlembagaan di peringkat negeri mahupun peringkat persekutuan.

Di peringkat negeri, kerajaan telah mengubah dasar berkaitan tanah rizab Melayu iaitu kerajaan menetapkan kaum Siam boleh menjual tanah kepada kaum Melayu tetapi kaum Siam tidak boleh membeli tanah kaum Melayu. Inilah yang menjadi permasalahan dalam masyarakat Siam di mana tanah yang dimiliki semakin hari semakin kecil. Ini dapat menjelaskan bahawa hak-hak samarata antara kaum Siam dengan kaum Melayu mula ditarik balik sikit demi sedikit.

Ramai pemimpin politik dari bawah hingga ke peringkat Menteri selalu melaungkan Siam adalah Bumiputera tetapi kemudahan yang disediakan oleh kerajaan untuk kaum Bumiputera telah dinafikan kepada kaum Siam seperti diskaun 5% pembelian rumah, lesen kontraktor kelas F, Sijil Kewangan dari kementerian kewangan, peluang ke IPTA dan sebagainya.


Kaum Siam diberi peluang melabur dalam ASN dan ASB adalah atas budibicara pemimpin politik ketika itu. Di mana pemimpin tersebut adalah ketua kaum Bumiputera yang mempunyai kuasa penentu iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri. Tindakan memberi peluang kaum Siam melabur dalam ASB adalah untuk membantu meningkat taraf ekonomi kaum Siam yang masih mundur.


Bila dilihat dari segi politik pula, ketika itu UMNO mempunyai masalah dalaman sehingga UMNO pecah 2 dan wujudlah UMNO (baru) dan Parti Semangat 46. Untuk menarik sokongan rakyat terutama kaum minoriti Siam dalam pilihanraya Umum, maka kerajaan memberi kelonggaran kaum minoriti Siam melabur dalam saham ASB. Kaum Siam boleh melabur dalam ASB bukan bermaksud kaum Siam diiktiraf sebagai Bumiputera cuma atas dasar budibicara PM sahaja.

Di peringkat persekutuan pula, proses pengubalan undang-undang perlu dilakukan di Parlimen iaitu melalui Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Oleh kerana, tiada seorang pun wakil rakyat dari kalangan kaum Siam maka kaum Siam tidak terlibat dalam pengubalan perlembagaan negara. Pihak ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat termasuk kaum minoriti Siam tidak cuba membawa suara kaum minoriti dalam pengubalan tersebut. Di mana pengubalan Perlembagaan Malaysia Perkara 160 (2) berkaitan taraf bumiputera tidak mengambil kira kaum minoriti Siam.

Pemimpin boleh melaungkan Siam adalah Bumiputera tetapi dalam bukti yang tercatit dalam Perlembagaan Malaysia Perkara 160 (2) menunjukkan kaum Siam bukan Bumiputera. Sekiranya para pemimpin betul2 ingin membela masyarakat Siam di Malaysia kenapa mereka tidak bersuara dalam Parlimen supaya kaum minoriti Siam ini turut terbela.

Selagi tiada catitan hitam putih, selagi itulah masyarakat Siam Malaysia bukannya Bumiputera. Hak-hak kaum minoriti Siam di Malaysia telah diketepikan oleh kerajaan yang memerintah negara yang telah mencapai umur 53 tahun merdeka. Sampai bila masyarakat Siam diperbodohkan oleh kerajaan.


Ditulis oleh;

Manit a/l See Nam

Setiausaha Persatuan Siam Kedah.

Tarikh: 14 Jun 2010

Sunday, June 13, 2010

Pak Menteri Kelentong SIAM BUMIPUTERA.


Kaum Siam bumiputera - Nazri

TUMPAT 12 Jun - Masyarakat Siam Kelantan dan di beberapa negeri di Semenanjung yang kesemuanya dianggarkan kira-kira 60,000 orang adalah kaum bumiputera di negara ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Masyarakat minoriti itu mempunyai hak yang sama dengan warga pribumi lain di samping menikmati pelbagai kemudahan yang disediakan oleh kerajaan, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Wanita Siam Dalam Era Globalisasi di Wat Machimmaram, Kampung Jubakar di sini hari ini.

Majlis sehari itu dihadiri kira-kira 400 wanita masyarakat Siam yang tinggal di kawasan Tumpat dan Pasir Mas dalam usaha meningkatkan kefahaman golongan terbabit sebagai warga negara ini.

Sehubungan itu, Mohamed Nazri yang juga Penaung Persatuan Siam Malaysia menyarankan semua pihak agar memahami status kewarganegaraan yang dinikmati oleh masyarakat Siam di negara ini sebagaimana diperoleh kaum bumiputera lain.

Mengenai kedudukan kira-kira 100 orang masyarakat itu di Kelantan mempunyai kad pengenalan merah sedangkan mereka tinggal sejak awal lagi dan boleh membeli tanah sendiri di Kelantan, beliau berkata perkara itu akan disiasat sebelum tindakan susulan diambil.

"Kita harap ketua masyarakat Siam dapat menyenaraikan nama-nama mereka dan beri kepada saya bagi tindakan susulan... kalau betul tidak salah dia mempunyai kad pengenalan biru," katanya. - BERNAMA

Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0613&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_10.htm

The Star OnlinePublished: Saturday June 12, 2010 MYT 3:42:00 PM

Siamese community enjoys Bumi rights: Nazri

TUMPAT: Some 60,000 Siamese in the peninsular, who are categorised as Bumiputeras, enjoy Bumiputera rights like the Malays, said Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

"As such, all quarters must accord them the Bumiputera rights like other Bumiputeras," he told reporters after opening the Women in the Globalisation Era at the Machimmaram Siamese Temple at Kampung Jubakar here Saturday.

Mohamed Nazri, who is also the patron of the Malaysian Siamese Association, said Siamese living along the border of Thailand with Kelantan, Kedah, Perlis and Perak had lived in the country for a long time.

He urged all quarters to understand the Siamese citizenship status and accord them the Bumiputera rights.On the problem of about 100 Siamese without identity cards in Kelantan, Mohamed Nazri said he would investigate the matter.

About 400 Siamese women from Tumpat and Pasir Mas attended the seminar, which is meant to enlighten them on their citizen rights. - Bernama

Ini lagi satu kelentong orang-orang politik terhadap kaum Siam di Malaysia. Kalau betul kita diberi taraf Bumiputera, kenapa Pak Menteri tak suarakan dalam Parlimen? Kenapa tak ubah Perlembagaan Malaysia Perkara 160 (2)? Kenapa hanya lantang kat luar saja? Kalau tak ada kuasa nak ubah Perlembagaan Malaysia perkara 160 (2) jangan dok kelentong kaum Siam lagi. Mudah sangat ke?,, kelentong kaum Siam utk meraih sokongan utk undi BN lagi pada PRU13 nanti.

Tuesday, June 8, 2010

Upacara pembakaran Ketua Sami Wat Lampam.


Upacara pembakaran Ketua Sami Wat Lampam akan dilakukan pada 1 - 3 Julai 2010 ini. Pembakaran sami semalam (7 Jun 2010) adalah Phorluang iaitu salah seorang sami yang tinggal di Wat Lampam. Bukannya pembakaran mendiang Phorchau Ren, bekas Ketua Sami Wat Lampam.

Hari ini saya masuk blog Hinghoi dan terbaca berita tentang pembakaran sami di Wat Lampam semalam. Saya pun rasa terkejut juga, takkan mayat mendiang Phorchau Ren dah disempurnakan. Langsung tak ada publisiti di kalangan masyarakat Siam Kedah. Tengok gambar majlis tu, nampak simple sangat tak setaraf dengan jasa beliau yang tersohor semasa beliau masih hidup.

Untuk menghilangkan kekeliruan ini, saya pun call la member lama Mr. Opat Rattanachot kat Utusan Malaysia untuk mendapat kepastian. Mr. Opat ini merupakan anak jati Kg. Lampam. Beliau menerangkan kepada saya, bahawa sami yang dibakar semalam adalah Phorluang salah seorang sami wat tersebut bukannya Phorchau Ren.

Mayat mendiang Phorchau Ren akan disempurnakan pada 1 - 3 Julai 2010.

Sunday, June 6, 2010

Pemimpin UMNO Kedah kata Siam tu Bumiputera tapi ...

PENJELASAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

DENGAN segala hormatnya, Kementerian ingin merujuk kepada akhbar Utusan Malaysia pada 26 Mei 2010 (Rabu) mengenai berita bertajuk Dengarlah Luahan Vicsofee: "Berdosakah saya menjadi Siam Malaysia" berkaitan lima (5) orang pelajar cemerlang dalam SPM dan seorang pelajar dalam STPM berketurunan Thai tidak mendapat tempat di IPTA.

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi telah menyemak status permohonan calon SPM tahun 2009, ke Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf Sesi Akademik 2010/2011 seperti berikut:
1. Sukeht a/p Thavil
2. Vicsofee Sukahut
3. Maleewan a/p Perashot
4. Syalit Keowmani a/l Eh Sau
5. Elicesa Lalitta a/p Ea Chuan

Berdasarkan kepada rekod semakan, Bahagian ini mendapati empat orang calon berkenaan telah memohon secara Aplikasi Dalam Talian (on line) melalui Laman Web Rasmi Kemasukan Ke IPTA. Pilihan program pengajian calon adalah Program Asasi di UIAM dan Program Pengajian di UiTM yang terbuka kepada bumiputera sahaja.

Berdasarkan semakan rekod dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), status kaum calon, ibu dan bapa merupakan kaum Thai. Calon tidak dapat ditawarkan kerana tersalah memilih program yang dikhaskan kepada bumiputera.

Takrif Bumiputera yang diguna pakai dalam proses pemilihan kemasukan pelajar ke IPTA adalah berdasarkan Perlembagaan Persekutuan Malaysia Perkara 160 (2).

"Jika salah seorang ibu atau bapa calon adalah seorang Melayu yang beragama isle/Orang Asli seperti mana yang ditakrifkan dalam Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan; maka anaknya dianggap seorang bumiputera.

"Dimaklumkan proses pemilihan pelajar ke IPTA adalah berasaskan kepada prinsip meritokrasi dengan mengguna pakai 90 peratus markah akademik dan 10 peratus markah kokurikulum. Walaupun Elicesa Lalita a/p Ea Chuan memohon program diploma, berdasarkan kepada pengiraan, markah merit calon ialah 69.86. Markah potongan (cut off point) bagi program yang dipohon adalah tinggi kerana bilangan tempat yang disediakan bagi program pengajian tersebut adalah terhad.

Walau bagaimanapun, pelajar berkaitan layak mengemukakan permohonan rayuan untuk pertimbangan semula bagi kes rayuan. Sehubungan dengan itu, Jabatan Pengajian Tinggi juga mengesahkan hanya tiga daripada lima calon berkaitan, telah mengemukakan rayuan melalui Aplikasi Dalam Talian (e-rayuan) untuk Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf.

Dasar pemilihan rayuan adalah untuk mengisi kekosongan tempat yang berlaku selepas pendaftaran pelajar baru ke IPTA. Semakan keputusan rayuan boleh dilakukan mulai minggu pertama Jun 2010 bagi Fasa 1 dan minggu ketiga Julai 2010 bagi Fasa 2 di Laman Web Rasmi Kemasukan Ke IPTA http://upu.mohe.gov.my/.

Kementerian Pengajian Tinggi juga mengesahkan bahawa calon Phisnukh Uttraphan A/L Pim No. KP 900904-03-5411 calon Lepasan SPM 2007, pernah mengemukakan permohonan bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf Sesi Akademik 2008/2009 dan berjaya ditawarkan pilihan pertama C2425 - Diploma Kejuruteraan Elektronik di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Dikenal pasti calon tidak mendaftar di universiti berkenaan.

Justeru tidak timbul isu Kementerian menolak permohonan dan tidak pernah mendapat tawaran ke IPTA.

Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi telah menyemak rekod permohonan bahawa calon telah mengemukakan permohonan kemasukan ke Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2010/2011 di bawah Kategori STPM tahun semasa.

Calon akan dipertimbangkan berdasarkan syarat am dan khas program serta kriteria pemilihan yang ditetapkan. Pemilihan adalah berasaskan kepada prinsip meritokrasi dengan mengguna pakai 90 peratus markah akademik dan 10 peratus markah kokurikulum.

Keputusan tawaran kemasukan ke IPTA boleh disemak melalui Laman Web Rasmi Kemasukan Ke IPTA http://upu.mohe.gov.my/ mulai minggu ketiga Jun 2010.

Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar
Jabatan Pengajian Tinggi
Kementerian Pengajian Tinggi MalaysiaSumber:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0602&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_03.htm

Pemimpin UMNO Kedah cukup lantang bersuara mengatakan masyarakat Siam di negeri Kedah adalah Bumiputera tetapi hakikatnya kita tidak diiktiraf sebagai Bumiputera seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia perkara 160 (2). Sampai bila masyarakat Siam ditipu kerana ingin mendapat undi semasa Pilihanraya Umum sahaja. Sedangkan tiada siapa yang sanggup membela kaum minoriti ini. Setiap perubahan dalam perlembagaan persekutuan Malaysia tidak mengambil kira golongan minoriti seperti kaum Siam.