Sunday, September 6, 2009

Review: Penubuhan persatuan kebajikan.

Penubuhan Persatuan Kebajikan Masyarakat Thai Wilayah Utara telah dilakukan pada tahun 2002 dan Mesyuarat Agung Tahunan Pertamanya diadakan di salah sebuah wat di Kedah, pada September 2003.
Inilah barisan jawatankuasa pertama dan terakhir persatuan tersebut.

Saya hanya dipilih sebagai Penolong Setiausaha dalam mesyuarat tersebut.


Buat masa sekarang persatuan tersebut telah dibatalkan pendaftarannya. Saya tidak mahu bincangkan di sini kenapa ia dibatalkan pendaftarannya.

Dalam mesyuarat ini, ada pihak cuba menghalang. Kami telah menggunakan inisiatif sendiri meneruskan juga mesyuarat tersebut.

Kita harus ambil peristiwa ini sebagai ikhtibar. Bersatu kita teguh bercerai bukannya bermaksud kita boleh kahwin lain.

Bye! Bye!

Review: Seminar Beliathai di Olak Madu pada tahun 2004.

Aktiviti takbat dalam Program Seminar Beliathai di Olak Madu pada tahun 2004.

Sesi Meditasi dikendalikan oleh kawan-kawan dari Wat Dhammakaya, Penang.

Saya sedang memberi penerangan kepada barisan urusetia program seminar tersebut selaku Presiden PBTM.

Saya sedang merancang sesuatu bersama barisan urusetia seminar untuk pendekatan yang memudahkan para peserta mudah memahaminya tentang objektif-objektif seminar.

Sdr. Pricha sedang berceloteh sesuatu sehingga sdr. Ah Rong ketawa sakan.

Orang kampung sedang menyediakan makanan kepada semua yang terlibat dengan program seminar tersebut.

Mendiang Than Chau Khun Phrathep Mongkhollayan, Ketua Sami Kedah/Perlis sedang merasmikan program seminar tersebut.

Acharn Vichien sedang mengendalikan sesi suaikenal.

Saya dan sdr. Pricha sedang menyiapkan sesuatu di bilik urusetia.


Barisan urusetia sedang mengendalikan program seminar.

Review: Seminar Beliathai di Baling pada 2003.

Kumpulan Tarian dari Thailand yg turut serta dalam seminar tersebut.

Kumpulan Menora dari Thailand yang datang seramai 1 biji bas ke seminar tersebut di Baling, Kedah.

Mengawal peserta-peserta semasa menikmati jamuan makan tengahari supaya mereka berada dalam keadaan tertib.

Post-Mortem dilakukan setiap malam selepas sesi Seminar pada hari tersebut. Sebagai persediaan untuk hari seterusnya.

Sdr. Pricha sedang mengendalikan majlis sebagai fasilitator seminar.

Cikgu Champi selaku Pengerusi JKKK Kg. Simpang Empat bergambar kenangan bersama YAB Menteri Besar Kedah.


Kehadiran YAB Menteri Besar Kedah untuk merasmikan seminar di sambut oleh orang2 kampung.

YAB Menteri Besar bersalaman dengan masyarakat Siam Baling.


Saya selaku Pengarah projek menyampaikan ucapan alu-aluan dalam Majlis Perasmian Seminar PBTM di Baling pada 2003.

Sejumlah peserta seminar yang hadir seramai 159 orang termasuk dari Kelantan dan Terengganu.

Review: Pesta Kebudayaan Belia Malaysia di Ipoh pada 2007.

Kumpulan Tarian Kebudayaan Siam PBTM menyertai Pesta Kebudayaan Belia Malaysia di Ipoh pada tahun 2007. Ini adalah ending Tarian Meayanang.

Ini adalah ending Tarian Rabam Batik.

Saya selaku Ketua Kontinjen bergambar kenang-kenangan bersama penari dan jurulatihnya di atas pentas persembahan di Ipoh, Perak.


Bergambar kenang-kenangan bersama penari kebudayaan Siam di perkarangan Stadium di Ipoh.

Kumpulan penari berada di Wat Siam Jalan Tambun, Ipoh sedang menunggu bas pihak urusetia untuk ke stadium.

Penari-penari bergotong-royong menyediakan makanan untuk sami Wat Siam Jalan tambun semasa hari yg tidak ada program lain di stadium.

Bergambar kenangan semasa Majlis Penutupan Program Kebudayaan Belia Malaysia di Ipoh.


Ini dia team kebudayaan Siam. Kebanyakkannya dari Perlis.


Nampaknya semua letih menyertai Program Kebudayaan Belia Malaysia dan sedang berlepak di Wat Siam, Jalan Tambun, Ipoh.


Team PBTM dan ahli persatuan belia yang lain sedang berlatih tarian bagi majlis penutupan.

Review: Program Belia di Sabah pada 2003.

Saya dan sdr. Anek bergambar kenang-kenangan bersama Ahli Dewan Tertinggi MBM di Sabah.
Semasa di lapangan terbang Kota Kinabalu untuk bertolak balik dari Sabah.

Saya menerima wang peruntukan PBTM daripada YB Datuk Hishamudin Tun Hussien, Menteri Belia dan Sukan pada 4 Ogos 2003 dan diperhatikan oleh YAB Datuk Seri Mohd. Khir Toyo, MB Selangor ketika itu merangkap Presiden MBM.


Saya menyertai program Pemimpin Bersama Rakyat di Beaufort, Sabah.

Bregambar kenang-kenangan bersama Sdr. Anek di hadapan Dewan Muhibbah, Beaufort, Sabah.

Saya berasa di barisan hadapan dalam Mesyuarat Sidang Tertinggi MBM di Hotel Sutera Harbour & Resort, Kota Kinabalu, Sabah.

Bergambar kenangan bersama YB Datuk Shamsul Nasarah, Ahli Parlimen Lenggong, Perak. Sekarang beliau merupakan Presiden MBM yang baru.

Sdr. Anek sedang menyanyi lagu Menggerak Belia dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi MBM.

Saya bersama pemimpin GEPIMA sedang menikmati jamuan di Hotel Sutera Harbour & Resort, Kota Kinabalu, Sabah.

Saya dan Sdr. Anek mewakili PBTM ke Sabah dalam Majlis Dialog Belia Kebangsaan di Hotel Sutera Harbour & Resort, Kota Kinabalu, Sabah.

Thursday, September 3, 2009

Majlis Thod Phapa Samagghi di Wat Batu Seketul.

Pihak Majlis Sami Negeri Kedah (Khanaksong) akan mengadakan Majlis "Thod Phapa Samagghi" di Wat Batu Seketul, Sik, Kedah pada 6 September 2009 jam 9.00 pagi. Majlis ini dianjurkan bagi mengumpul sumbangan daripada penganut agama Buddha seluruh negeri Kedah bagi membantu masyarakat Siam Kg. Batu Seketul yang dilanda ribut pada 19 Ogos lalu.

Keseluruhan wat dan kampung rosak teruk. Oleh itu, marilah kita ramai-ramai menghadirkan diri ke majlis tersebut. Bersama-sama kita memberi sumbangan bagi meringankan beban masyarakat kita yang dilanda bencana. Saya tidak dapat hadir pada hari itu kerana ada tugas penting di pejabat. Kepada sesiapa yang hadir, sampaikanlah salam saya kepada semua.

Wednesday, September 2, 2009

Kemungkinan besar EXCO baru mengetuai Jawatankuasa Hal Ehwal Masyarakat Siam Kedah.


YB Lim Soo Nee, ADUN Kulim akan dilantik sebagai EXCO Kerajaan Negeri Kedah bagi menggantikan YB Mohd Radzhi Salleh, ADUN Lunas yang mengumumkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan melepaskan semua jawatan dalam parti itu serta mengisytiharkan dirinya menjadi wakil rakyat Bebas yang menyokong kerajaan Perdana Menteri Najib Abdul Razak.

Kemungkinan besar YB Lim Soo Nee akan memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Masyarakat Siam Negeri Kedah mewakili YB S. Manikumar, ADUN Bukit Selambau. Sekiranya betul, kita akan mendapat ketua baru. Tapi sayangnya, masyarakat Siam baru nak kenal dia tiba-tiba kena tukar orang lain pula.