YB Lim Soo Nee, ADUN Kulim akan dilantik sebagai EXCO Kerajaan Negeri Kedah bagi menggantikan YB Mohd Radzhi Salleh, ADUN Lunas yang mengumumkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan melepaskan semua jawatan dalam parti itu serta mengisytiharkan dirinya menjadi wakil rakyat Bebas yang menyokong kerajaan Perdana Menteri Najib Abdul Razak.
Kemungkinan besar YB Lim Soo Nee akan memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Masyarakat Siam Negeri Kedah mewakili YB S. Manikumar, ADUN Bukit Selambau. Sekiranya betul, kita akan mendapat ketua baru. Tapi sayangnya, masyarakat Siam baru nak kenal dia tiba-tiba kena tukar orang lain pula.
No comments:
Post a Comment