Thursday, September 30, 2010

Mengundur secara terhormat utk mengukuhkan perpaduan masy, Siam Kedah.


Hanya tinggal 2 bulan lagi saya memegang jawatan sebagai Setiausaha PSK bagi penggal 2009/2010. Saya rasa dalam tempoh 2 tahun sudah cukup untuk saya mencurah bakti kepada masyarakat Siam Kedah sehingga berjaya menghidupkan semula persatuan yang dibubarkan sejak 1997.

Saya tidak mahu dituduh sebagai gila nama atau gila glamour dalam aktiviti kemasyarakatan. Sebelum ini, saya dah meluahkan pandangan saya ingin memberi peluang kepada orang lain untuk menerajui PSK. Saya akan sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada kepimpinan baru PSK.

Agar PSK dapat bergerak aktif sekali lagi. Di samping itu juga, PSK dapat menyatupadukan semula masyarakat Siam di negeri Kedah. Langkah2 untuk mengadakan kunjungan hormati kepada pihak atasan golongan sami adalah tindakan yang positif ke arah perpaduan kaum Siam di Kedah.

Saya akan sediakan laporan terakhir PSK menjelang Mesyuarat Agung Tahunan yang akan diadakan sebelum akhir April 2011 sebelum saya mengundur diri. Biarlah ahli-ahli PSK memilih satu barisan jawatankuasa yang baru, yang lebih berketerampilan dan berkemampuan untuk mewakili masyarakat Siam dalam semua bidang pembangunan.

Saya dah puashati dengan pencapaian dalam tempoh 2 tahun pertama penubuhan PSK. Harapan saya agar tahun2 seterusnya PSK akan lebih cemerlang lagi.

4 comments:

  1. Boleh ke PSK hidup tanpa Manit? Saya rasa PSK akan pincang tanpa Manit. Orang lain ada, tapi rasanya tak ramai yang jujur perjuangkan masa depan orang Siam. Semuanya ada agenda sendiri.

    ReplyDelete
  2. Setuju sangatlah keinginan sedara tu.....atau sekadar mencari belas kasihan sahaja....ha ha.

    ReplyDelete
  3. Saya rasa PSK tak akan ketandusan pemimpin utk menerajui PSK. Saya masih ada untuk memberi sokongan dan bantuan supaya PSK terus bergerak. Isteri di rumah pun sentiasa merungut kerana setiap cuti hujung minggu saya tak pernah ada masa utk mengerja kebun yang terbiar di kampung. Saya bukan lari tapi ingin kurangkan penglibatan dalam NGO. Saya bukannya cuba mencari belas kasihan, jawatan dalam NGO bukannya dibayar gaji. Tapi tugas dlm NGO adalah secara sukarelawan. Bila kita rasa beban maka kita buang sedikit bebanan tersebut agar kebajikan keluarga terjaga di samping itu kerja kemasyarakatan pun kita terlibat.

    ReplyDelete
  4. patah tumbuh hilang berganti.... banyak lagi khonthai KEDAH yg ada talent dan keikhlasan serta berkaliber untuk membantu masyarakat SIAM. Anjakan paradigma perlu untuk orang SIAM maju ke depan.Lagipun dah dua penggal kalau tak undur nanti orang kata monopoli pula.

    ReplyDelete