Wednesday, May 27, 2009

Wujud Tabung Kebajikan Komuniti Forum PEKEMAS.

Pada 26 Mei 2009: Saya telah melawat seorang budak Siam mengidap penyakit jantung berlubang di Hospital Metro, Sungai Petani bersama-sama Sdr. Opat wakil Utusan Malaysia. Sebelum ini, En. Nai Peroi, Pengerusi JKKKP Kg. Lengkuas menghubungi saya untuk mendapat bantuan. Saya dah hubungi ramai ahli VVIP tetapi malangnya mereka tak ambil kisah. Saya pun rancang panggil para media untuk membuat liputan... cuma Utusan dan Sinar Harian sahaja yang hadir.

Mungkin kerana tiada VVIP maka para media tak ambil berat masalah kebajikan masyarakat yang amat memerlukan bantuan. Walau bagaimana pun, selaku pemimpin masyarakat Siam saya perlu ikhtiar untuk membantu walaupun keluarga mangsa daripada keluarga miskin atau kaya.

Pada 27 Mei 2009: Saya bersama En. Bun Yin a/l Ai An, Pengerusi PSK melawat mangsa kebakaran di Kilang Tebu, Alor Setar. Ada 2 buah rumah daripada 9 buah rumah yang terlibat dalam kebakaran adalah rumah orang Siam.

Kami akan berusaha untuk mendapat bantuan daripada mana-mana pihak bagi membantu keluarga mangsa kebakaran tersebut. Saya harap tiada lagi masalah Siam terpinggir daripada arus pembangunan.

Biarlah orang anggap kami jahat atau dituduh cuba memecahbelah masyarakat Siam. Kami tidak putus asa dan akan terus mendampingi masyarakat Siam yang memerlukan bantuan.

OLEH ITU KITA WAJAR TUBUH TABUNG KEBAJIKAN BAGI MEMBANTU MASYARAKAT SIAM YANG AMAT MEMERLUKAN BANTUAN. TABUNG KEBAJIKAN KOMUNITI FORUM PEKEMAS TELAH DIWUJUDKAN BERDASARKAN KES.


1 comment:

  1. Teruskan usaha anda. Suatu yang amat mulia.Sebagai manusia berakal Desbil yakin mereka tahu menilai walaupun bukan penilaian dan pujian yang diharapkan namun keikhlasan itu yang penting. Hari ini mereka memerlukan pertolongan dan bantuan mungkin suatu hari nanti kita pula memerlukannya walau kita tidak mengharapkan balasan. Hari ini kita berada di puncak esok lusa kita akan berada di kaki puncak. kehidupan ini ada pasang surutnya.

    ReplyDelete