Monday, April 6, 2009
Persembahan Menora dan Gendang Panjang.
PEKEMAS juga akan mengadakan persembahan Tarian Menora dan Gendang Panjang di Penang International Arena Sport (PISA) pada 22.5.2009.
Program Menora dan Anugerah Pelajar Cemerlang berjaya diadakan.
Antara tetamu yang hadir ialah Datuk Lat Shariman Abdullah (Pegawai Khas PM), Timbalan Ketua UMNO Bahagian Merbok, Datuk I Ting Tan Ah Kee (bekas Pengarah LPP), Boonsom Inong (Setiausaha Akhbar Menteri Kerjaraya), JKKKP Kg. Padang, Kg. Chang Deng, Kg. Tas, Kg. Lengkuas, Kg. Chong, Kg. Kalai, Kg. Tok Set, Kg. Huma, Jitra, Kg. Batas Baru-Padang Sera, Kg. Padang Sekawan...
Sebahagian besar Ahli Jawatankuasa Persatuan Siam Kedah juga hadir. Boleh dikatakan ramai pemimpin-pemimpin masyarakat Siam negeri Kedah turun ke padang berganding bahu menjayakan program tersebut. Sekiranya keadaan seperti ini berterusan, permohonan dan desakan kepada pihak kerajaan bagi menjaga kebajikan dan pembangunan masyarakat Siam negeri Kedah akan menjadi lebih mudah.
Sunday, April 5, 2009
PBSM atau GBSM?
Beliau tanya kepada saya, siapa pemimpin Persatuan Belia Siam Malaysia (PBSM) dan siapa pula pemimpin Gabungan Belia Siam Malaysia (GBSM).
Saya jawab, saya tak tahu tentang perkara ini. Tentang PBSM tu, yang saya tahu YB Menteri Belia dan Sukan Malaysia dah serah Sijil Pendaftarannya kepada Cikgu Vinai di Wat Padang Pusing, Pendang, Kedah pada 6.2.2009 lalu.
Tentang penubuhan GBSM, saya langsung tak tahu.
Beliau berkata ada 2 persatuan belia Siam sekarang dalam rekod mereka. Persatuan bertaraf kebangsaan tetapi ahli jawatankuasanya daripada satu kampung sahaja.
Pemimpin kita mengelupur kerana dituduh belot.
Dato' Badri Hj. Yunus sedang berbincang dengan kami di sebuah kedai makan di Pekan Bukit Selambau. Puan Yuni a/p Echeng sedang asyik mendengar luahan daripada Dato' Badri. BUKIT SELAMBAU, 5 April 2009: Pagi ini saya bertemu dengan YBhg Dato' Badri Bin Hj. Yunus, Ketua Penerangan MUBARAK. Beliau pernah menjadi ADUN Bukit Selambau sejak 1986 - 1995 dan ADUN Tanjung Dawai pada 1995 - 1999. Bersama-sama dengan Dato' Badri ialah Puan Yuni a/p Echeng, Wanita parti GERAKAN.
Dato' Badri menceritakan kepada kami bahawa ada seorang pemimpin Siam mengadu kepada beliau mengatakan orang-orang Siam di Bukit Selambau cop dia sebagai pembelot. Sedangkan dia masih setia pada BN dan juga UMNO.
Dato' Badri tanya kepada saya, cerita sebenarnya macam mana? Saya jawab, saya tak berapa pasti cuma dengar daripada orang kampung sahaja.
Dulu semasa BN kecundang di Kedah, satu jawatankuasa Persatuan Pusat yang diketuai oleh Presidennya bertemu dengan YAB Menteri Besar Kedah. Gambar pertemuan mereka tersebar luas di dalam internet.
Saya juga dengar khabar, salah seorang pemimpin Siam di Bukit Selambau membawa YB Arumugam melawat kawasan sekitar Bukit Selambau. Memperkenalkan YB Arumugam sebagai EXCO Kerajaan Negeri Kedah mewakili orang-orang Siam Kedah kepada penduduk Bukit Selambau.
Oh, begitu,, keluhan Dato' Badri. Memang la betul orang-orang Siam sini kata dia belot. Kita orang politik mesti la ada pendirian, mesti la ada kesetiaan terhadap parti dan pemimpin. Jangan jadi ular 2 kepala.
Bila BN menang kita kata kita orang BN. Bila BN kalah kita pulak beralih angin berpaut kepada pembangkang. Orang macam ini bahaya walaupun berada di dalam mana-mana parti.
Saya juga dapat call daripada En. Bau semalam, beliau memaklumkan bahawa beliau telah menghubungi Presiden Persatuan Federal. Beliau juga memaklumkan mengenai perletakan jawatan beliau sebagai Pengerusi Persatuan Cawangan Bukit Selambau dengan serta-merta. Beliau mengakui telah menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR). Katanya lagi, Presiden memaklumkan kepada beliau bahawa nama beliau, nama Ko Chu Liang dan nama saya ada dalam senarai polis SB.
Ini satu lagi tamparan hebat kepada Persatuan Federal, setelah cawangan KL dah dibubarkan dan akan diikuti cawangan Kelantan dan Terengganu. Oleh itu, kembalilah amalan Demokrasi dalam persatuan kepada ahli-ahli Persatuan. Bulan April ini merupakan penggal terakhir bagi semua jawatan dalam Persatuan untuk tempoh 1 penggal 2 tahun. Benarkanlah masyarakat Siam memilih pemimpin Persatuan secara demokrasi sekiranya ingin menyatupadukan masyarakat kita di Malaysia.
Bersama Datuk Lat Shariman




Saturday, April 4, 2009
Pegawai Khas Perdana Menteri dijangka akan bertemu masyarakat Siam di Bukit Selambau.
Saya mendapat maklumat, pagi tadi Sdr. Bun Yin pergi menjemput YBhg Datuk Lat Shariman di Airport dan mereka dalam perjalanan ke Sungai Petani dan bermalam di Hotel Seri Malaysia.
Jika tiada aral melintang, YBhg Datuk Lat Shariman akan hadir ke Program Persembahan Menora di Kampung Padang Sekawan di atas usaha PSK ekoran permintaan pengundi-pengundi Siam di DUN Bukit Selambau.
Kehadiran Pegawai Khas PM dapat memberi gambaran bahawa masyarakat Siam tidak terpinggir dan masih terbela walaupun Kedah diperintah oleh parti Pakatan Rakyat. Siapa nakkan jawatan Senator ke 3 mewakili masyarakat Siam, lantaklah diorang. Kami akan terus dengan perjuangan kami untuk menjaga kebajikan masyarakat Siam di negeri Kedah tanpa mengharapkan bakal Senator datang membantu.
Saya juga rasa tergelak bila membaca komen dalam Bolg Komuniti Siam Baru mengatakan YAB Perdana Menteri Malaysia memberi surat kepada bakal Senator Siam ke 3 untuk berkempen di Bukit Selambau. Kehadiran bekas senator Siam ke pekan Bukit Selambau pun pengundi Siam di sini tak ambil tau. Tambahan pula, bekas senator hanya hadir jika ada VVIP hadir. Kalau tak ada VVIP, batang hidung pun tak kelihatan. Hanya muka saya tiap-tiap hari mereka nampak. Hari-hari saya makan free, pengundi Siam di sini belanja. Baik sungguh hati budi pengundi Siam di sini.