Wednesday, February 17, 2010

Hinghoi mula menyerang saya.

Nampaknya Hinghoi mula menyerang saya. Pada mulanya MKK Padang Pusing cerita kepada saya apa yg berlaku di wat dangsing. Saya juga simpati dgn apa yg berlaku.

Sdr. Bunyin call saya, minta saya wakilkan dia semasa perjumpaan di pejabat Imigresen. Saya tak dapat pergi kerana ada meeting di KL.

Baru semalam, saya dimaklumkan lagi oleh MKK Padang Pusing. Nampaknya kali ini mengejutkan saya. Mereka tuduh semua yg berlaku adalah angkara saya.

Bagaimanakah saya sanggup menghancurkan kampung halaman saya sendiri? Saya tak pernah buat kerja sekutuk itu. Harap Hinghoi berlaku adil dalam perkara ini. Ini kes besar bukannya kecik. Jangan tuduh tanpa bukti. Tidak adil kepada org yg tak melakukannya.

Semasa Pesta Songkran dan program bersama Menteri Belia di Wat dangsing pun saya balik membantu kampung saya sendiri. Adakah saya sejahat sampai tak kenal mana kampung sendiri? Kes penempatan 22 keluarga di dangsing yg dituntut oleh tuan tanah pun saya balik bantu.

Memang saya aktif mengkritik puak pemimpin melalui internet. Tak mustahil puak yang saya kritik hala muncung meriam ke arah saya apabila berlaku sesuatu. Tetapi anda Hinghoi, antara kita tidak pernah bermusuhan. Kenapa anda juga menghala muncung meriam ke arah saya?

9 comments:

  1. Saudara,

    Kalau saudara tidak buat apa-apa kesalahan, janganlah saudara takut dgn Hinghoi.
    Jangan rasa teraniaya kalau benar kita tak buat. Tuhan ada mata. Kebenaran akan timbul.Don't panic and gelabah.
    Kini saudara rasa takut dan gelisah bila meriam akan dituju kepada saudara. Begitulah rasanya orang lain bila dikritik dan diserbu oleh saudara dulu.
    Dulu kalau saudara tak tuduh orang tanpa usul periksa,saya percaya saudara tak terima ini semua.Kebenaran akan timbul dan Tuhan ada MATA.
    Insaflah sahabatku.

    ReplyDelete
  2. Wahai Saudaraku DEKLWP,
    Saya amat menyokong kenyataan anda. Kalau kita tak buat, apa risaunya. Begitu juga dengan tindakan anda, MANIT, yang dok tuduh orang merata tanpa bukti. Mereka pun berperasaan macam anda juga apabila dituduh. Tetepi dalam perkara ini siasatan sedang dijalankan. Dan akhirnya topeng akan dibuka. Tak kiralah sebesar mana orang yang membuat perkara itu.

    ReplyDelete
  3. Thanks kerana menyokong komen saya. Tujuan saya adalah untuk kesedaran kepada semua orang supaya jgn membuat komen membuta-tuli demi mengejar publisiti dan kepuasan diri sendiri.
    perkara yang akan diketengahkan oleh Hinghoi nanti akan memberi impact yg banyak kepada kita orang Siam yg lebih cenderung kepada perpecahan kaum dan kutuk mengutuk sesama bangsa.

    ReplyDelete
  4. menuduh tanpa berasas bkn prinsip hinghoi..itu aje yg boleh komen

    regards

    ReplyDelete
  5. Kalau saya nak join blog khun Hinghoi, boleh tolong hantar link?

    ReplyDelete
  6. Terima kasih Hinghoi kerana memberi penjelasan.. Kebetulan rumah saya juga mengadakan program BBQ di Dangpleng, saya ingat kamu tuju kepada saya.

    ReplyDelete
  7. Dalam hal ini perkara yang sebenar akan ternyata tidak lama lagi. Kita tunggu sajalah. Nanti kita akan tahu siapa yang menderhaka bangsa sendiri dan membuat perkara yang keji itu. Saya tak tahu siapa yang buat tapi yang pastinya orang Siam kita sendiri. Orang lain mana tahu infor tentang perayaan yang akan diadakan di Dangsing.

    ReplyDelete
  8. Harap janganlah kita cepat melatah.Orang yg melatah selalunya akan penat.
    JST takut sebab dia kebetulan buat BBQ hari tu jugak. Ha ha ha lawak betul. Lain kali jgnlah takut atau risau jika kita tak pernah buat sesuatu yg salah.
    Berkenaan surat kepada pihak Imigresen,saya setuju dgn komen 11.05am.Orang itu kita boleh labelkan sebagai PENDERHAKA BANGSA.Org itu patut bertaubat sebab berniat memalukan bangsa sendiri demi kepentingan peribadi.
    Saya harap identiti orang itu akan diketahui secepat mungkin.Jika dia terlepas hari ini tetapi percayalah dia akan terima bahang pembalasannya oleh TUHAN juga suatu hari nanti.Saya juga nak tahu apa motif dia berbuat begitu?Apa guna Khonthai bersengketa sedangkan kita minoriti?Apa guna kita mempermain institusi watt kita yg menjadi tempat perjumpaan dan amalan ugama kita?

    Saya anti PENGKHIANAT BANGSA.Saya cuma mahu lihat Khonthai maju kehadapan,dipandang mulia, bersatu, kuat dalam segala bidang dan menjadi rakyat MALAYSIA yang baik,berjaya serta bersama-sama kaum yang lain dapat menyumbang kepada pembangunan negara kita.

    ReplyDelete
  9. Laporan telah dibuat dr org yang dikambingkan. Laporan drpd pertubuhan yang dikambingkan juga sedang menyusul. Proses undang2 sedang dikaji dan perbincangan dgn rakan2 peguam sedang aktif!

    Harap ia akan menjadi pengajaran kepada semua!

    Jangan menuduh dulu...biar pihak yang berwajib menjalankan tugas2 mereka. Court Order dlm perjalanan, kes Datuk Siti dan Datuk Pah dulu pun takleh nak tutup...

    ReplyDelete