Monday, September 28, 2009

Majlis Penyerahan RM43k kepada semua wat siam telah berjaya diadakan.

Majlis Penyerahan Peruntukan Loy Krathong sebanyak RM43,000.00 kepada wat siam seluruh negeri Kedah telah berjaya diadakan di Wat Titi Akar, Pendang, Kedah pada 25.9.2009. Seramai 34 wat Siam datang menerima peruntukan tersebut manakala 9 wat siam lagi tidak hadir. Lebih kurang 100 pemimpin masyarakat Siam seluruh negeri Kedah hadir termasuk JKKKP dan juga MKK.

Saya tidak dapat hadir ke majlis tersebut kerana ada urusan lain yang lebih penting. Walau bagaimana pun, pihak jawatankuasa Pekemas berjaya mengendalikan majlis tersebut. Semoga kerja berpasukan seperti ini akan sentiasa berkekalan supaya kita dapat membantu membela dan menyatupadu masyarakat Siam yang minoriti di negeri Kedah ini menerusi pergerakan NGO.

Thursday, September 24, 2009

Majlis Ulangtahun Kematian Ketua Sami Kedah/Perlis ke 2.


Semua penganut agama Buddha seluruh Malaysia dijemput ke Majlis Ulangtahun Kematian Phraraj Thamacharn, Ketua Sami Kedah/Perlis yang ke 2 di Wat Kalai, Sik, Kedah pada 29.9.2009 jam 9.00 pagi.

Upacara Rap Pret / Song Pret di Kg. Thai Pegang.

Pada 19.9.2009, saya balik ke rumah di Kg. Thai Pegang, Baling, Kedah. Saya membawa keluarga untuk menghadiri upacara Song Pret di Wat Rattanaram.

Thursday, September 17, 2009

Pesta Rakit Berhias Kg. Pong.

Masyarakat Siam Kg. Pong, Pengkalan Hulu, Perak akan menganjurkan Pesta Rakit Berhias dalam sungai di Kg. Pong pada 10.10.2009 ini.

Kg. Pong merupakan sebuah perkampungan Siam yang berada jauh dalam hutan tebal di negeri Perak. Than Sook merupakan ketua sami di Samnaksong Kg. Pong yang berasal dari negeri Kelantan. Beliau tinggal di dalam gua seperti orang zaman batu. Beliau merupakan sami senior daripada Thanbun, Wat Uttamaram, Kg. Teresek, Repek, Kelantan.

Beliau suka tinggal di kampung tersebut kerana suasana aman dan bebas daripada unsur-unsur kilesa. Beliau tidak pernah memiliki duit walaupun sesen. Semua keperluan diuruskan oleh Jawatankuasa Wat. Beliau hanya mempunyai dhamma dalam dirinya. Ramai anak murid beliau datang dari seluruh Malaysia untuk belajar agama daripada beliau.

Marilah kita beramai-ramai kunjungi Kg. Pong untuk sama-sama memeriahkan Pesta Rakit Berhias di Kg. Pong pada 10.10.2009 (sabtu) depan.

Aturcara majlis
9.10.2009
5.00 petang - Perarakan pokok duit untuk majlis Thod Phapa.
8.00 malam - Joget orang asli + joget orang Siam.

10.10.2009
7.00 pagi - sarapan pagi.
8.00 pagi - Perarakan patung Buddha dari samnaksong ke gua tempat penginapan Ketua Sami.
9.00 pagi - Pesta Rakit Berhias (fasa 1) bermula dari depan gua ke samnaksong.
11.00 pagi - Pesta Rakit Berhias berhenti di hadapan Samnaksong untuk majlis Thod Phapa dan makan tengahari.
2.00 petang - Pesta Rakit Berhias (fasa 2) bermula dari samnaksong ke gua keramat.
4.00 petang - Pesta Rakit Berhias (fasa 3) bermula dari gua keramat ke samnaksong.
5.00 petang - Pesta tersebut selesai.

Sunday, September 6, 2009

Review: Majlis Perundingan Belia Negara.

Ini adalah barisan kepimpinan Tertinggi MBM semasa Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara. Saya telah dilantik sebagai Ahli Majlis ini sejak 2000 hingga 2008.

Ini adalah barisan menteri yang dijemput oleh YB Menteri Belia dan Sukan. Kebanyakkan menteri tersebut berkaitan dengan program belia.

Ini adalah Sdr. Shukur, AJK MBM yang bangun bersuara dalam persidangan tersebut. Beliau mewakili belia 4B.

Ini adalah saya dan berhampiran saya adalah Presiden Junior Chamber International.


YB Datuk Seri Mohd Khir Toyo bekas MB Selangor sedang menyampaikan ucapan. Persidangan ini diadakan di Hotel Marriott Putrajaya (IOI Resort).

Review: Program Kepimpinan PBTM 2007 di Pulau Pangkor.

Seramai 80 orang peserta menyertai program Kepimpinan PBTM di Pulau Pangkor pada tahun 2007.
Berada di Pengkalan Feri di Lumut sedang menunggu Feri ke Pulau Pangkor. Kami datang sebanyak 2 biji bas antaranya 1 dari Perlis dan satu lagi dari Kedah/Perak.
Mengambil gambar sementara menunggu Feri sampai.
Sesi suaikenal dikendalikan oleh Consultan yang dibiayai oleh KBS.
Menanti arahan daripada fasilitator yang dilantik oleh Consultan dari KBS.
Sesi senaman pagi dan pembentukan kumpulan.
Senaman yang dikendalikan oleh Sdr. Jom dari Perlis.
Kerja berkumpulan untuk melatih peserta utamakan teamwork dalam menjalankan sesuatu tugas.
Berkayak adalah salah satu acara dalam program tersebut.
Berjoget dan berkaraoke adalah acara terakhir program tersebut.

Review: Penubuhan persatuan kebajikan.

Penubuhan Persatuan Kebajikan Masyarakat Thai Wilayah Utara telah dilakukan pada tahun 2002 dan Mesyuarat Agung Tahunan Pertamanya diadakan di salah sebuah wat di Kedah, pada September 2003.
Inilah barisan jawatankuasa pertama dan terakhir persatuan tersebut.

Saya hanya dipilih sebagai Penolong Setiausaha dalam mesyuarat tersebut.


Buat masa sekarang persatuan tersebut telah dibatalkan pendaftarannya. Saya tidak mahu bincangkan di sini kenapa ia dibatalkan pendaftarannya.

Dalam mesyuarat ini, ada pihak cuba menghalang. Kami telah menggunakan inisiatif sendiri meneruskan juga mesyuarat tersebut.

Kita harus ambil peristiwa ini sebagai ikhtibar. Bersatu kita teguh bercerai bukannya bermaksud kita boleh kahwin lain.

Bye! Bye!

Review: Seminar Beliathai di Olak Madu pada tahun 2004.

Aktiviti takbat dalam Program Seminar Beliathai di Olak Madu pada tahun 2004.

Sesi Meditasi dikendalikan oleh kawan-kawan dari Wat Dhammakaya, Penang.

Saya sedang memberi penerangan kepada barisan urusetia program seminar tersebut selaku Presiden PBTM.

Saya sedang merancang sesuatu bersama barisan urusetia seminar untuk pendekatan yang memudahkan para peserta mudah memahaminya tentang objektif-objektif seminar.

Sdr. Pricha sedang berceloteh sesuatu sehingga sdr. Ah Rong ketawa sakan.

Orang kampung sedang menyediakan makanan kepada semua yang terlibat dengan program seminar tersebut.

Mendiang Than Chau Khun Phrathep Mongkhollayan, Ketua Sami Kedah/Perlis sedang merasmikan program seminar tersebut.

Acharn Vichien sedang mengendalikan sesi suaikenal.

Saya dan sdr. Pricha sedang menyiapkan sesuatu di bilik urusetia.


Barisan urusetia sedang mengendalikan program seminar.

Review: Seminar Beliathai di Baling pada 2003.

Kumpulan Tarian dari Thailand yg turut serta dalam seminar tersebut.

Kumpulan Menora dari Thailand yang datang seramai 1 biji bas ke seminar tersebut di Baling, Kedah.

Mengawal peserta-peserta semasa menikmati jamuan makan tengahari supaya mereka berada dalam keadaan tertib.

Post-Mortem dilakukan setiap malam selepas sesi Seminar pada hari tersebut. Sebagai persediaan untuk hari seterusnya.

Sdr. Pricha sedang mengendalikan majlis sebagai fasilitator seminar.

Cikgu Champi selaku Pengerusi JKKK Kg. Simpang Empat bergambar kenangan bersama YAB Menteri Besar Kedah.


Kehadiran YAB Menteri Besar Kedah untuk merasmikan seminar di sambut oleh orang2 kampung.

YAB Menteri Besar bersalaman dengan masyarakat Siam Baling.


Saya selaku Pengarah projek menyampaikan ucapan alu-aluan dalam Majlis Perasmian Seminar PBTM di Baling pada 2003.

Sejumlah peserta seminar yang hadir seramai 159 orang termasuk dari Kelantan dan Terengganu.