Sunday, August 30, 2009

Gotong-royong membantu mangsa ribut.

Pada hari Jumaat 21 Ogos 2009, saya membawa keluarga untuk menyertai gotong-royong membersihkan kawasan Wat Kg. Batu Seketul, Sik, Kedah yang ditimpa bencana ribut pada 19 Ogos 2009.

Lebih kurang 200 orang kampung pergi ke Wat Siam Kg. Batu Seketul untuk menyertai gotong-royong. Kebanyakkan daripada mereka adalah jiran dari kampung berdekatan juga datang membantu dalam program tersebut.

En. Chiang, Pengerusi JKKKP Kg. Chong membawa traktornya sendiri dan menyertai program gotong-royong di Wat Siam Kg. Batu Seketul walaupun beliau bukannya berasal dari kampung ini.

Isteri saya juga turut serta bergotong-royong menyediakan makanan untuk orang ramai. Antara menu masakan ialah gulai ayam batang pisang, ikan masin goreng, kubis goreng dan ulam sambal belacan.

Memotong kayu balak dengan mesin gergaji. Lebih kurang 10 mesin gergaji digunakan pada hari tersebut. Masing-masing dibawa sendiri dari rumah.

Sebahagian daripada orang ramai yang datang menyertai gotong-royong di Wat Kg. Batu Seketul.

Peniaga keturunan Melayu yang berniaga berhampiran kawasan tersebut juga menderma air tebu kepada orang ramai yang menyertai program gotong-royong.

Ini anak saya juga datang buat kacau.

Thursday, August 27, 2009

Kerajaan Persekutuan juga tak pinggirkan orang-orang Siam.

Majlis Penyerahan Bantuan daripada Kerajaan Persekutuan kepada mangsa ribut Kg. Batu Seketul, Sik, Kedah pada 26 Ogos 2009. Duduk dari kiri En. Bun Yin a/l Ai An, Pengerusi PSK, YB Tajudin Abdullah, ADUN Belantek, YB Datuk Paduka Ahmad Bashah Hanipah, ADUN Bakar Bata merangkap Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Pegawai KEDA dan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat.

En. Bun Yin a/l Ai An, Pengerusi PSK sedang menyampaikan ucapan alu-aluan bagi mewakili masyarakat Siam.

YB Datuk Paduka Ahmad Bashah Bin Hanipah, ADUN Bakar Bata merangkap Timbalan Pengerusi Badan perhubungan UMNO negeri Kedah sedang menyampaikan ucapan beliau. Berdiri di belakang beliau ialah En. Chiang, Pengerusi JKKKP Kg. Chong.

Orang ramai yang menghadiri majlis tersebut termasuk orang-orang Melayu yg juga terlibat dengan bencana ribut. Lebih kurang 200 orang hadiri.

Orang ramai yang menghadiri majlis tersebut termasuk orang-orang Melayu yg juga terlibat dengan bencana ribut. Lebih kurang 200 orang hadiri.
YB Datuk Paduka Ahmad Bashah Bin Hanipah, ADUN Bakar Bata merangkap Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah sedang menyampaikan sumbangan wang tunai kepada mangsa ribut Kg. Batu Seketul, Sik, Kedah. Sejumlah RM8,600 daripada JKM dan RM1,000 sumbangan peribadi beliau kepada tabung bencana yang dipegang oleh En. Prasert. Sumbangan ini tidak termasuk peruntukan 5 buah rumah baru bernilai RM33 ribu sebuah dan kos memperbaiki rumah-rumah yang selebihnya. Dianggarkan lebih daripada RM100 ribu.


En. Chiang, Pengerusi JKKP Kg. Chong menyampaikan sumbangan hasil kutipan daripada penduduk Kg. Chong kepada mangsa ribut melalui YB Datuk Paduka Ahmad Bashah Bin Hanipah.

En. Nai Anek a/l Ai Nam, Pengerusi JKKKP Kg. Kalai menyampaikan sumbangan hasil kutipan daripada orang-orang Kg. Kalai kepada mangsa ribut melalui YB Datuk Paduka Ahmad Bashah Hanipah.


Sidang media yang dilakukan oleh YB Datuk Paduka Ahmad Bashah Hanipah selepas melawat kawasan yang terlibat dengan bencana tersebut.

Monday, August 24, 2009

Majlis penyerahan bantuan kepada mangsa bencana ribut.

PSK akan menyertai Majlis Penyerahan Bantuan kepada mangsa bencana ribut di Kg. Batu Seketul, Sik, Kedah pada 26 Ogos 2009 jam 9.00 pagi. Semua pemimpin masyarakat Siam negeri Kedah dijemput hadir beramai-ramai.

Majlis tersebut akan dihadiri oleh YB Datuk Paduka Ahmad Bashah Bin Hanipah, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri dan YB En. Tajudin Bin Abdullah, ADUN Belantek dan Pengarah Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah.

Pada 6 September 2009, pihak Majlis Sami Negeri Kedah (khanaksong) akan mengadakan Majlis "Thod Phapa Samagghi" untuk mendapatkan dana membantu mangsa yang terlibat.

Emak Timbalan Pengerusi PSK meninggal dunia.

Emak kepada En. Nop Nai Samrong, Timbalan Pengerusi PSK meninggal dunia semalam. Mayat mendiang disimpan di Kg. Simpang Empat, Baling, Kedah dan akan disempurnakan pada 27 Ogos 2009 hari Khamis ini.

Thursday, August 20, 2009

Kg. Siam Tutoi ranap dipukul ribut.

Semalam, 19.8.2009, jam 6.30 petang Kg. Siam Batu Seketul, Sik, Kedah telah ranap dipukul ribut. Sebanyak 43 buah rumah, 18 buah daripada teruk dipukul ribut. Mangsa terlibat terpaksa tumpang jiran untuk sementara waktu. Wat Siam di kampung tersebut juga ranap kecuali bangunan Kuttik Ketua Sami sahaja selamat. Bayangkan sepohon pokok jerai sebesar pelukan 3 orang dewasa boleh tercabut oleh kekuatan angin.




Monday, August 17, 2009

PSK menarik diri daripada Jawatankuasa Khonthai.

Sebelum ini PSK bercadang menganggotai Jawatankuasa Hal Ehwal Orang-orang Siam Kedah untuk memudahkan pihak PSK menyuarakan permasalahan masyarakat Siam Kedah kepada pihak kerajaan negeri terutamanya berkaitan pemilikan tanah rizab melayu di Kedah.

Bila saya teliti senarai nama jawatakuasa yang terdapat dalam surat jemputan mesyuarat, rasanya senarai nama ahli Jawatankuasa yang dilantik sudah cukup ramai untuk mewakili masyarakat Siam Kedah.

Setelah berbincang di kalangan pemimpin tertinggi PSK, maka kami mengambil keputusan menarik diri daripada menganggotai jawatankuasa tersebut di bawah Kerajaan Negeri Kedah. Seterusnya pihak PSK akan berusaha untuk mendapat saluran lain bagi menyuarakan pandangan masyarakat Siam Kedah iaitu melalui Kerajaan Persekutuan di negeri Kedah.

Saya akan membawa usul ini ke Mesyuarat Jawatakuasa PSK akan datang untuk mencadangkan mengadakan kunjungan hormat kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah.

Sunday, August 16, 2009

Persembahan Gendang Panjang pada 15 Ogos 2009.

Kumpulan Gendang Panjang PEKEMAS sedang berlatih dan membuat persiapan untuk mengadakan persembahan di Majlis Perasmian Mesyuarat UMNO Bahagian Kuala Kedah oleh YAB Menteri Besar Perak di Simpang Empat, Kedah.

Pasukan Gendang Panjang PEKEMAS bergabung dengan gendang silat dan gendang India sedang membuat persembahan sementara menunggu ketibaan YAB Menteri Besar Perak.

Kumpulan Gendang Panjang PEKEMAS sedang membuat persembahan menyambut ketibaan YAB Menteri Besar Perak yang diiringi oleh Datuk Latt Shariman, Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah yang juga merupakan Pegawai Tugas-tugas Khas kepada YAB Perdana Menteri.


Setelah selesai program di Kuala Kedah, kami bertolak pula ke Pedu di Majlis Pertandingan Rakit sempena Program Merakyatkan Seni. Tujuan kami adalah untuk menyokong (Kong Chia) kumpulan rakit Kg. Lamdin yang masuk bertanding. Seramai 20 kumpulan masuk bertanding, kumpulan Kg. Lamdin merupakan kumpulan tunggal mewakili masyarakat Siam daerah Padang Terap. Kami membuat persembahan gendang panjang menyambut ketibaan kumpulan rakit Kg. Lamdin di garisan penamat.

Kumpulan rakit Kg. Lamdin diuruskan oleh Sdr. Tang Edam yang juga merupakan Bendahari PSK. Kumpulan rakit Kg. Lamdin mendapat Naib Johan dalam pertandingan tersebut. Sementara Johan dimenangi oleh kumpulan tentera. (gambar di atas ialah kumpulan rakit Kg. lamdin).

Ke Thale Noi, Pattalung, Thailand.


Pada 12 Ogos 2009, saya bersama Nai Pin telah pergi ke Khuan Lang, Hadyai untuk mengambil peralatan tambahan Menora yang ditempah daripada Menora Nongnut. Apabila selesai urusan dengan Menora Nongnut, kami terus bertolak ke Thale Noi (Laut Kecik), Phattalung, Thailand.

Tempat tersebut merupakan Taman Negara di wilayah Phattalung. Disediakan chalet untuk penginapan dengan bayaran berdasarkan sumbangan ikhlas tetapi perlu membuat tempahan awal. Pada keesokkan paginya, ada perkhidmatan bot untuk menikmati alam semula jadi di kawasan perairan di Taman Negara tersebut.